Tuesday, March 31, 2009

Antara ha'ah, benar dan betul

Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya.. dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.

"Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?"

Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab... "ha'ah"

Pelancong itu tidak faham perkataan 'ha'ah'.

Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul. Masih dalam kebingungan... melintaslah pula seorang remaja di depannya... Lalu sekali lagi dia bertanya..

"Maaf dik.. tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir?"

Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, "Benar"

Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan 'benar'.

Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul. Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya

"Maaf encik.. saya tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?"

Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, "Betul."

Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk menghapus rasa keraguannya. . dia bertanya lagi..

"Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawapannya 'ha'ah'.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya 'benar'. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab 'betul', tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?"

"Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab 'ha'ah' bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje... Kalau yang menjawab 'benar', orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau yang menjawab 'betul' itu pastinya orang itu ada sarjana," jawab orang dewasa itu...

"Jadi.. Anda tadi menjawab 'betul', bererti anda seorang sarjana ya?" tanya Pelancong lagi..

Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, "ha'ah"

Wednesday, March 25, 2009

Bersanding dan Menabur Beras Kunyit...

Ana ada sedikit kemusykilan berhubung dengan cara pelaksanaan kenduri perkahwinan yang biasa dijalankan oleh masyarakat Melayu Islam di Malaysia ini. Ana ada membaca tentang kaedah yang dianjurkan oleh Islam. Namun yang menjadi kemusykilan adalah adakah perarakan pengantin, mengadakan pelamin, persandingan tanpa tepung tawar dan menjaga aurat yg sebenar juga tidak dibenarkan dalam Islam? Harap boleh memberi bantuan berhubung perkara ini.

Jawapan :

Perarakan, pelamin dan persanding yang dilarang ialah apabila pasangan pengantin melakukan beberapa perkara yang dilarang oleh Islam seperti membuka aurat, bersolek, menunjuk-nunjuk kemewahan pakaian, barang kemas dsbgnya. Ia juga termasuk dalam kategori membazir.

Jika pasangan pengantin berpakaian seperti kebiasaan asalkan kemas dan menutup aurat dan maka tidak ada salahnya untuk bersanding. Ianya adalah sepertimana orang biasa berpakaian kemas dalam kehidupan harian mereka ke pejabat, majlis dsbgnya. Tepung tawar dan tabur beras kunyit adalah dari budaya hindu dengan kepercayaan ianya dapat menyelamatkan pasangan drpd sebarang nasib buruk atau gangguan makhluk halus. Ia sekarang ini menjadi adat kebiasaan masyarakat melayu tanpa mengetahui sebab-sebab di belakangnya. Mereka melakukannya bukan kerana memohon perlindungan tetapi sebagai menyerikan majlis.

Justeru hukumnya adalah haram jika dilakukan sebagai satu cara memohon perlindungan, harus jika ia adalah sekadar penyeri majlis tanpa apa-apa maksud lain di sebaliknya. Diketahui bahawa sesetengah pihak melarang hal-hal di atas kerana ia bukan berasal dari budaya Islam. Hal ini diakui namun perlu diingatkan bahawa Islam tidak melarang sebarang adat dan budaya selagi ia tidak mengandungi unsur-unsur haram di dalamnya dan tidak meniru atau menyerupai mana-mana budaya agama lain...


Hukum mewarnakan rambut

Apa hukumnya mewarnakan rambut?

Jawapan :

Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. ini selaras dengan sabda nabi SAW yang bermaksud :

"Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan"

Oleh yang demikian, perbuatan mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus dengan syarat pewarna tersebut tidak mengandungi bahan-bahan najis dan telap air serta tidak bertujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain. Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dan lain-lain, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-

1-Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.

2-Menggunakan pewarna yang suci dan halal.

3-Tidak mengakibatkan mudarat terhadap kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau alergik ataupun mudarat terhadap janin akibat bahan kimia pewarna tadi.

4-Memutihkan rambut iaitu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.

Ketiadaan Doktor Wanita

Soalan:

Adalah saya telah membaca mengenai isteri yang diperiksa oleh Doktorlelaki. Bagaimanapun pertanyaan saya ialah di Pulau Pinang tidak terdapat doktor perempuan Islam kecuali di bahagian Tanah Besar. Ketika ini saya sedang mengandung anak yang pertama dan saya telah bertanya hampir kesemua hospital di Pulau Pinang mengenai doktor perempuan Islam namun tidak ada. Pencarian ini adalah mengikut kemampuan saya dari segi kewangan. Namun di hospital kerajaan tidak terdapat doktor sakit puan perempuan malah bukanIslam pun tidak ada. Oleh bagaimana keadaannya sedemikian. Sekiranya untukke Tanah Besar adalah jauh dan memakan masa, tambahan pula masalahpengangkutan?
Bakal Ibu, P Pinang

Jawapan:

Berusahalah seboleh mungkin mencari doktor atau bidan wanita di tempat puan ketika mengadakan pemeriksaan bulanan. Tidak perlulah mesti mencari yang pakar dalam bidang sakit puan ketika pemeriksaan tersebut, kerana ketika pemeriksaan bulanan bukan dalam keadaan darurat. Namun jika mengalami masalah tertentu yang memerlukan rujukan para pakar sakit puan, maka ketika itu ada keringanan menurut Islam demi mementingkan keselamatan puan sendiri. Jika tidak mengalami kesukaran untuk pergi ke Tanah Besar, lakukanlah bersama-sama suami, kerana pemeriksaan ini hanya dilakukan sebulan atau dua bulan sekali.

Kita sekadar berikhtiar atau berusaha untuk mencari yang terbaik untuk diri dan agama kita, namun jika mengalami kesukaran kita serahkan kepada Allah SWT, maka insya Allah niat baik yang tersimpan dalam hati kita itu akan mendapat pahala daripada Allah meskipun tidak sempurna pelaksanaannya. Seandainya niat suci demi menjaga akhlak dan diri itu dapat terlaksana bererti kita telah menang dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan kemurnian Islam dalam rumahtangga kita sendiri. Maka besarlah nilai perjuangan dan jihad puan dalam mencari sesuatu yang bererti dalam Islam, meskipun perkara tersebut telah dipandang remeh oleh orang-orang Islam yang lain.

Biarlah kita bersusah-payah dalam menegakkan kebenaran, bahkan jika kita ungkapkan perkara ini kepada sesetengah orang, mereka akan beranggapan kita kolot, tidak berpendidikan dan sebagainya. Memang tepatlah ungkapan sebuah hadis yang mengatakan bahawa Islam pertama sekali datang itu dianggap aneh dan akhirnya ketika dunia hampir kiamat nanti, Islam juga dianggap aneh. Ketika agama Islam pertama sekali datang, semua orang merasa aneh melihat kebenaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad, ketika ini pun jika kita mengatakan perkara yang benar tentang Islam, orang ramai melihat perkara tersebut menjadi aneh, disebabkan yang ada disekitar kita kebanyakannya perkara yang bertentangan menurut ajaran Islam.

Berusahalah menurut kemampuan masing-masing dalam menegakkan nilai-nilai Islam ini, jika saat melahirkan nanti pihak puan tidak menemukan doktor wanita Islam untuk menyambut kelahiran tersebut, maka perkara ini tergolong darurat atau kemudahan yang diringankan dalam Islam. Jangan terlalu memikirkan perkara ini sehingga mengganggu kosentrasi puan yang akan menjejaskan kedudukan janin dalam kandungan. Berusahalah dan serahkan kepada Allah, maka insya Allah segalanya akan dimudahkan oleh-Nya nanti. Pihak kami juga mendoakan agar puan melahirkan anak yang pertama ini dalam keadaan aman dan selamat serta melahirkan anak yang soleh/solehah yang diredhai-Nya. Amin.

Jimak 4 x dan Mandi Wajib 1 x

Soalan:

Adakah setiap kali keluar mani kita wajib mandi? Misalnya 4 kali keluar air mani, adakah wajib 4 kali mandi wajib? Jika saya hanya melakukan sekali sahaja adakah saya masih didalam hadas besar? Sebelum ini saya tidak tahu yang ianya wajib, adakah saya berdosa besar?
Azwan, Klang

Jawapan:

Bagi suami isteri yang telah melakukan jimak maka hendaklah ia melakukan mandi wajib. Jika dalam melaksanakan jimak tersebut keluar mani beberapa kali, maka cukuplah mandi wajib itu sekali saja setelah proses keseluruhan jimak itu berakhir. Namun setelah berjimak kemudian mandi wajib setelah itu melakukan jimak (atau keluar mani lagi) maka hendaklah mengulangi mandi wajib.

Dalam sebuah hadis dijelaskan bahawa Abdullah bin Qais bertanya kepada Aisyah ra. "Bagaimana perbuatan Rasulullah SAW dalam mandi janabah, apakah baginda mandi sebelum tidur atau tidur sebelum mandi ?" Aisyah segera menjawab: "Semua cara itu pernah dikerjakan oleh baginda. Adakalanya baginda mandi sebelum tidur dan seringkali juga berwuduhuk sebelum tidur". Kemudian Abdullah bin Qais berkata: "Alhamdulillah semua perkara ada kelonggarannya".

Walaupun anda melakukan sekali jimak samada keluar mani ataupun tidak maka anda wajib mandi. Jika selama ini anda tidak tahu tentang ketentuan agama ini lantaran kejahilan anda, maka bertaubatlah dan belajarlah ilmu agama secara lebih mendalam agar tidak terjerumus ke dalam dosa dan maksiat. Untuk lebih jelas belilah buku yang berkaitan tentang mandi wajib ini, kerana ini merupakan perkara asas yang wajib diketahui oleh setiap umat Islam.

Menghadapi Isteri yang Ego

Soalan:

Isteri saya menuntut cerai kerana dia enggan mendengar nasihat saya bagi perkara2 tertentu. Dia masih merasa sangat marah sehingga perasaan benci dan dendam sudah mula timbul. Dia tidak lagi menganggapkan dirinya itu sebagai isteri saya. Dia sudah beberapa bulan tidak memberi nafkah batin, mengusir saya keluar dari rumah dan keluar rumah tanpa kebenaran saya. Ibunya pula menyokong pendiriannya juga. Dia tidak mahu bercakap dengan saya juga kerana tersinggung dengan percakapan saya. Saya masih bersabar. Saya mengerti akan tikah lakunya kerana isteri saya itu mengikut perasaan. Lagipun fahaman agamanya pun kurang. Walaupun demikian, saya belum lagi menjatuhkan talak. Saya masih mengasihi isteri saya dan saya ingin membimbingnya kembali kepangkuan jalan. Apakah saranan yang terbaik bagi saya. Saya masih bersabar, saya tidak mahu bercerai berai.
M. Tariq, Singapura

Jawapan:

Berdosa besar bagi seorang isteri yang tidak melayan kehendak suaminya. Seandainya suami menginginkan agar pada malam tersebut isterinya melayannya sedangkan si isterinya menolak permintaan suami itu, maka semalaman malaikat mengutuk perbuatan isteri tersebut. Bayangkan saja jika sudah berbulan-bulan isteri tidak mahu melayan kehendak suami tentu semakin besar dosa yang ditanggungnya.

Dalam Islam seorang isteri hendaklah mendengar dan menjalankan segala perintah yang disuruh oleh suami selagi perintah tersebut tidak menjurus kepada mensyirikkan Tuhan atau sesuatu perkara yang bertentangan dengan syarak. Jika isteri ingkar maka isteri tersebut tergolong isteri yang derhaka, jika ia mati dalam keadaan tidak mendapat keredhaan suaminya maka ia mati dalam keadaan membawa dosa yang besar. Menghadapi isteri yang ego seperti ini, suami hendaklah bersabar kerana wanita tercipta dari tulang rusuk yang bengkok, jika kita paksakan untuk meluruskannya maka ia akan patah dan jika kita biarkan dia dalam keadaan yang keliru itu maka selamanyalah ia akan menjadi bengkok.

Berusahalah menasihatinya dengan cara yang baik dan sesuai dengan cara yang disyariatkan Islam. Carilah sebab mengapa dia bertindak demikian setelah itu pujuklah dengan menggunakan pendekatan psikologi dan agama. Jika dengan berbagai cara tidak dapat melembutkan hatinya, maka lakukanlah solat istikharah, bermohonlah kepada Allah agar diberikan jalan yang terbaik dalam menyelesaikan masalah keluarga anda tersebut. Jika perceraian merupakan jalan yang terbaik ada baiknya anda ceraikan, kerana talak merupakan perkara yang halal sebagai suatu jalan menyelesaikan masalah dalam perkahwinan. Seandainya kita telah meminta keputusan melalui solat istikharah maka , insya Allah, Allah SWT akan memberikan jalan yang terbaik buat kita. Wallahu A'lam.

Mengatasi Keinginan Nafsu yang Kuat

Soalan:

Saya ingin menanyakan bagaimana mengatasi keinginan nafsu yang kuat? Masalahnya suami saya juga tidak dapat memenuhi keinginan saya ini?
Zie, KLumpur

Jawapan:

Salah satu penyebab keresahan umat zaman moden ini adalah tidak dapat terpenuhi dorongan nafsu berahi secara sempurna. Padahal jika mengikut sunnah Rasulullah SAW suami dan isteri jika mengadakan hubungan jimak hendaklah melakukan dengan cara yang baik dan sempurna. Itulah sebabnya baginda menyuruh agar suami sebelum melakukan jimak hendaklah melakukan cumbu rayu terlebih dahulu, setelah isteri benar-benar merasa puas barulah mereka melakukan jimak dengan cara yang dituntut.

Rasulullah juga berpesan kepada para suami, jika mereka telah sampai kepada titik kepuasan, sedangkan isteri belum sampai kepada kemuncaknya, maka suami jangan membiarkan isteri dalam keadaan tergapai-gapai, sebaliknya bantulah isteri untuk menyudahkan kepuasannya pula. Jika perkara ini dilakukan oleh suami dan isteri, maka mereka telah melakukan sunnah yang dituntut oleh Rasulullah SAW.

Jika suami kurang peka dalam persoalan kepuasan hubungan jimak suami isteri ini, maka isteri hendaklah lebih banyak memainkan peranannya. Isteri boleh membantu suami dalam memulai cumbu rayu supaya lebih hangat, dan jangan hanya sekedar menuggu reaksi suami sedangkan isteri tidak aktif. Jika ini terjadi maka yang akan menanggung penderitaan adalah isteri. Sebab didalam hubungan jimak jika tidak sampai kepada kenikmatan yang sempurna, maka boleh mengganggu kosentrasi dan minda seseorang. Oleh sebab itu kerjasama kedua-dua belah pihak sangat diperlukan demi mencapai kenikmatan dalam berumahtangga. Jangan saling menyalahkan antara satu dengan yang lainnya, tetapi carilah formula yang sesuai agar segala masalah dapat diatasi secara bersama.

Makan dan Minum Ketika Mayat di Rumah

Soalan:

Apakah hukumnya jika kita makan atau minum ketika mayat masih berada di rumah?
Hasley, Samarahan

Jawapan:

Dibolehkan makan dan minum bagi ahli keluarga si mati, bahkan dianjurkan bagi yang berziarah membawa makanan untuk mereka, kerana ketika itu keluarga tersebut sedang dalam keadaan duka cita. Menurut fuqaha' Hanbali disunatkan membuat makanan untuk keluarga si mati selama 3 malam kerana berdasarkan kepada hadith Rasulullah SAW yang maksudnya: "Buatlah makanan untuk keluarga Jaafar, kerana mereka sekarang sedang berdukacita".
(HR. Abu Daud dan Tarmizi)

Menyediakan makanan untuk keluarga si mati adalah kerja kebajikan dan makruf, malah keluarga si mati hendaklah dipaksa memakan makanan yang disediakan itu, kerana perasaan dukacita yang melampaui batas sehingga meninggalkan keperluan makanan akan membuat mereka menjadi lemah. Tidak wajar disediakan makanan untuk orang yang berkumpul di rumah, malah makhruh berbuat demikian. Imam Ahmad menganggap perbuatan berkumpul di rumah si mati sebagai amalan jahiliyah. Menurut Imam Malik jika keluarga si mati berada dalam kekurangan diharamkan menyediakan makanan bagi orang yang datang.

Syeikh Ali Mahfuz menjelaskan, perbuatan yang dilakukan oleh masyarakat sekarang dengan membuat makanan untuk orang yang datang mengucapkan takziah dan berbelanja besar untuk mengadakan malam-malam kenduri kemudian diikuti kenduri untuk setiap malam Jumaat dan jamuan yang ke 40 hari adalah termasuk ke dalam bid'ah yang keji dan bercanggah dengan sunah Rasulullah SAW dan amalan salafussoleh.

Isteri Mengandung Diperiksa oleh Doktor Lelaki (Yang Bukan Muhrim)

Soalan:

Ada suatu perkara yang selama ini mengganggu fikiran saya, dan bagi saya ia telah menjadi perkara yang SERIUS. Saya telah mempunyai empat orang anak, keempat-empat anak saya tersebut lahir melalui perawatan doktor lelaki. Semenjak dari pemeriksaan hinggalah sampai mereka lahir, doktor lelaki itulah yang melaksanakannya. Yang menjadi kemusykilan saya apakah pemeriksaan bulanan ketika mengandung yang dilakukan oleh doktor lelaki tersebut dengan memegang bahagian-bahagian aurat seperti perut dan sebagainya dikira sebagai darurat. Sedangkan ketika itu isteri saya bukan dalam keadaan sakit tapi dalam keadaan normal. Apakah hukumnya jika kita membiarkan perkara itu terjadi di depan kita sedangkan mungkin kita boleh mencari alternatif lain seperti mencari doktor pakar wanita ataupun bidan?
Keluarga Muslim, KL

Jawapan:

Pada diri wanita ada ciri-ciri atau kriteria yang spesifik dan itu tidak dimiliki oleh lelaki, begitu pula sebaliknya. Apabila salah satu pihak meninggalkan kriteria yang telah ditetapkan Allah bererti ia telah meninggalkan fitrah dan merosak kudrat insaniah. Ada beberapa ketentuan dalam syariat Allah sehubungan kriteria yang dimiliki oleh wanita, oleh sebab itu berpegang teguhlah dengan syariat tersebut dan jangan perkenankan lelaki campur tangan dalam urusan dalaman jika tidak ingin dirugikan ataupun kehidupan fizikal dan kejiwaan wanita akan rosak.

Secara syariat, wanita muslimah hendaklah menjaga dirinya dan auratnya dari dilihat orang lain, kerana jika perkara ini terjadi pasti akan menimbulkan fitnah. Secara fitrah baik lelaki ataupun wanita yang bukan muhrim bersentuhan pasti akan menimbulkan berahi dan getaran jiwa yang akan mendatangkan tekanan syahwat baik banyak mahupun sedikit. Inilah namanya nafsu yang pasti ada pada diri seorang lelaki ataupun wanita yang normal.

Wanita mengandung ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bukanlah tergolong dalam keadaan darurat, kerana ketika itu wanita tersebut bukan dalam keadaan sakit. Jika ia bukan dalam keadaan darurat sudah tentu hukumnya berdosa ketika seorang doktor lelaki menyentuh bahagian-bahagian tertentu tubuh wanita tersebut. Kedudukan darurat dalam Islam adalah jika sesuatu keadaan itu tidak ada pilihan lain, maka secara terpaksa atau harus kita melaksanakan sesuatu yang pada dasarnya bertentangan dengan ketetapan Allah. Umpamanya, memakan daging khinzir hukumnya haram, namun ketika dalam keadaan tidak ada sedikitpun makanan melainkan daging itu sahaja, sedangkan kita dalam keadaan kelaparan yang boleh membawa maut, maka hukumnya menjadi harus memakan daging tersebut sekadar mengelakkan dari mati.

Begitu juga halnya dalam masalah pemeriksaan bulanan, ia bukanlah dalam keadaan darurat, sebab masih ada cara lain atau alternatif lain untuk mencari doktor wanita ataupun bidan yang beragama Islam. Apatah lagi di negara kita sekarang ini mudah didapati doktor wanita, bahkan di hospital dan klinik kerajaan pun kebanyakan yang memeriksa wanita hamil terdiri dari doktor atau bidan wanita. Mengapa kita mesti mencari doktor lelaki jika hanya sekadar menginginkan kepakaran mereka disaat mengadakan pemeriksaan bulanan. Bahkan doktor wanita yang pakar sakit puan pun telah ramai di negara ini. Maka tidak timbullah istilah 'darurat' ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bagi wanita hamil. Kecualilah ketika akan melahirkan, di mana wanita yang akan melahirkan tersebut memerlukan pembedahan dan perhatian yang serius dari ramai pihak. Maka ketika ini barulah boleh dipakai istilah darurat tersebut, kerana wanita yang ingin melahirkan itu tidak terfikir masalah lain, melainkan ingin selamat melahirkan anaknya.

Ditinjau dari aspek psikologi pun proses pemeriksaan bulanan yang dilakukan wanita hamil dengan doktor lelaki ini akan menimbulkan kesan yang jauh dan negatif dalam hubungan kekeluargaan. Bayangkan saja bagi seorang wanita yang selama ini hanya disentuh oleh suaminya, tentu akan merasa suatu getaran ketika lelaki lain menyentuhi tubuhnya. Rasa kelainan dan getaran inilah yang membenihkan suatu keinginan tertentu kepada yang lain selain suaminya, lebih-lebih lagi ketika mereka menghadapi masalah atau krisis rumahtangga. Perkara ini sepintas lalu nampaknya macam perkara biasa dan sederhana, namun dalam jangka masa panjang, kesannya sangat membahayakan minda dan jiwa isteri tadi serta suaminya juga. Dalam hal ini bagi doktor lelaki mungkin tidak merasakan apa-apa perasaan terhadap pesakitnya, disebabkan terlalu ramai pesakit yang dirawatnya setiap hari dan ini menjadikannya lali dengan keadaan tersebut. Namun bagi seorang wanita yang normal dan sihat, getaran di jantungnya pasti akan terasa dan getaran inilah yang dinamakan syahwat.

Jika perkara ini terjadi bukanlah bererti setiap wanita yang hamil itu tidak baik atau wanita yang rendah moralnya, malah perkara ini membuktikan kenormalan wanita tersebut. Dalam hal ini kebijaksanaan suami sangat dituntut untuk melaksanakan tuntutan Islam agar isterinya mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor wanita Islam sahaja.

Saya ingin membawa contoh yang sama dalam diri seorang lelaki. Bagaimanakah rasanya perasaan seorang lelaki jika bahagian tertentu tubuhnya disentuh oleh doktor wanita dengan nada bahasa yang lemah-lembut dan baik. Sebagai seorang lelaki yang normal, pasti dia akan merasakan getaran di jantungnya, kecualilah jika ketika itu ia betul-betul sakit (dalam keadaan darurat), sehingga tidak ada yang lain difikirkannya melainkan kesembuhan dari sakitnya itu. Begitu juga halnya dengan doktor wanita yang menyentuh pesakit lelaki mungkin merasa lali dengan situasi tersebut disebabkan profesi dan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.

Fahamilah tentang kaedah batas-batas aurat bagi seorang wanita atau lelaki yang bukan muhrim. Jika perkara ini tidak diberi perhatian secara serius, lama kelamaan akan runtuhlah sendi institusi rumahtangga keluarga muslim. Seandainya seluruh umat Islam tidak mengambil berat tentang perkara ini, bukan saja institusi rumahtangga malah negara pun akan runtuh kerana kejatuhan nilai moral dan agama dalam kehidupan bangsa. Peliharalah diri dan keluarga kita agar kehidupan bahagia di dunia dan di akhirat serta terhindar dari seksa api neraka. Wallahu A'lam...

Mengelakkan Persetubuhan kerana Keletihan Bekerja

Soalan:
Saya baru berumahtangga empat bulan. Saya seorang isteri yang bekerja. Haruskah saya melayani suami saya bila-bila sahaja dia perlukan senggama walaupun saya penat. Akan kecewakah dia jika saya selalu tidak mahu? Saya rela dia bersatu bila saya tak kerja sahaja. Saya tidak mahu dia akan terasa kecewa atau bosan.
Nor, Singapura

Jawapan:

Seorang suami dikehendaki menanggung segala nafkah isteri dengan sempurna. Jika ia merasakan keperluan rumahtangganya masih belum cukup, ia boleh memberi kebenaran kepada isterinya berkerja dengan kerja-kerja yang sesuai dengan sifat fitrah semulajadi seorang wanita. Kerja itu pula tidak melibatkan percampuran bebas antara kaum lelaki dan perempuan dan dalam batas-batas menutup aurat.Memanglah seorang isteri akan mengalami kepenatan apabila berkerja disiang hari dan kepenatan ini kadang-kadang sudah cukup baginya untuk tidak dapat melayan kehendak suaminya.

Bagaimanapun seorang isterinya yang diajak oleh suaminya untuk melakukan persetubuhan tidak boleh menolak ajakan ini. Jika ia menolak bererti ia telah menderhaka kepada suaminya atau nusyuz kecuali jika ia sendiri uzur syar'i.. Berdasarkan hadis riwayat At-Tabrani isteri yang nusyuz tidak akan diterima solatnya oleh Allah SWT. Dalam hadis riwayat Abu Dawud pula menjelaskan isteri yang nusyuz akan dilaknat oleh para malaikat. Al-Imam Az-Zahabi menjelaskan sebuah hadis dalam kitabnya Al-Kabair apabila seorang suami mengajak isterinya supaya melakukan persetubuhan tetapi ia enggan berbuat demikian, ia akan dilaknat oleh malaikat sampai ke pagi.

Beliau juga mengemukakan sebuah hadis yang menjelaskan apabila seorang suami mengajak isterinya melakukan persetubuhan, hendaklah segera dipenuhi ajakan suaminya walaupun ia sedang memasak di dapur, malah jika suami mahukan isteri bersetubuh di atas belakang unta sekalipun isteri hendaklah taat. Jika tidak taat sudah pasti suami akan kecewa. Kekecewaan ini kadang-kadang membuatkan suami merasa tawar hati kepada isteri dan akhirnya mewujudkan hubungan yang renggang dalam keluarga.

Thursday, March 19, 2009

TEPUNG BUNGKUS

Bahanbahan:

Untuk inti:

1) ½ biji kelapa muda parut
2) 1 ketul gula melaka
3) 2 sudu makan air
4) 1 helai daun pandan

Untuk kuih:
1) 1 cawan tepung beras
2) 2 cawan santan
3) ½ sudu teh garam
4) 4 sudu besar tepung pulut (bancuh dgn 1 sudu makan air membentuk doh)
5) Daun pisang yang telah dilayur dan lidi secukupnya


Cara-cara membuatnya:

Untuk inti:

1) Cairkan gula dengan air bersama daun pandan di atas api kecil hingga mendidih.
2) Masukkan kelapa parut dan gaul rata. Tutup api dan sejukkan.

Untuk kuih:
1) Leperkan doh tepung pulut dan masukkan sedikit inti. Tutup jadikan bebola. Buat sampai habis.
2) Bancuh tepung beras bersama santan. Kacau atas api hingga separuh masak.
3) Panaskan kukusan.
4) Ambil dua sudu makan bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 bebola tadi dan tutup dengan dua sudu lagi tepung.
5) Tutup daun pisang dan lipat keduadua hujung daun seperti bungkus tapai, semat dengan lidi dan kukuskan selama 20 minit.
6) Sejukkan dan hidangan sedia untuk dihidangkan.

Teknik Cakaran Harimau

1) Langkah pertama
- Dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.

2)Langkah kedua
- Mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan...

3)Langkah ketiga
- Dengan membuat `jemput-jemput' pada bahagian tulang belikat....

4)Langkah keempat & 5)Langkah kelima
- Merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau' - menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.

Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang.

6) Langkah enam
- Dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.

7) Langkah ketujuh
- Sebenarnya merupakan satu `bonus' tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.

8) Langkah 8
- Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami.

9) Langkah 9
- Ehem...ehem...ehemmm... Lu pikir la sendiri...

Spaghetti Goreng

Bahan-bahan A:
200 gm isi ayam, hiris nipis
10 ekor udang
2 sudu makan (bumbung) sos barbeku tradisional
2 sudu makan (bumbung) sos tiram
2 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan oregano
1 sudu makan lada hitam, tumbuk kasar - boleh kurangkan jika tak mahu pedas
Sedikit lada sulah

Bahan-bahan B:
1 labu bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, cincang
1 biji tomato, hiris
1/2 biji lada benggala, hiris

Bahan-bahan C:
200 gm spaghetti, direbus

Cara menyediakannya:
1. Campurkan semua bahan A dan perap (saya perap dalam 4 jam).
2. Panaskan sedikit minyak zaitun, tumis bawang besar dan bawang putih.
3. Masukkan A, tomato dan sedikit air.
4. Setelah mendidih, masukkan spaghetti dan lada benggala. Gaul rata.
5. Sedia untuk dihidang.

Akhir Sebuah Pertengkaran

Ketika makan tengahari bersama, Man berbual dengan Mat, jiran sebelah rumahnya.

Man : Mat, aku dengar semalam kau bertengkar dengan isteri kau?"

Mat : Ya betul...

Man : Mesti hebat kan? Jadi akhirnya macam mana?

Mat : Akhirnya dia berlutut di depan aku...

Man : Wuahhhh hebat sekali kau... kau memang jantan sejati, kemudian apa kata isteri kau?

Mat : Isteri aku berteriak dengan kerasnya, "Hei kalau kau anak jantan, keluarlah dari bawah katil tu dan hadapi aku!!"

Man : @#$!%^&%"

Monday, March 16, 2009

KETUK

Ada la sepasang suami isteri hidup di sebuah pekan..

Nak dijadikan cerita, si suami selalu pukul isteri dia..pukul guna tangan, kaki, sepak, terajang, penampar, sumer skali lar..

Bini amat lah x tahan dek selalu sgt kene pukul...jd, dia pn pergila mintak cerai fasakh kat mahkamah..dapat la dia cerai...

Lepas je beberapa bulan, dia pn nk cari laki baru... Cari kat internet plak 2...zaman kan dah moden... dia tulis la ciri-ciri yg dia nk..

First, dia nk suami yg baik2 je...x pukul gn tgn, kaki, penampar, sepak n terajang...

Kedua plak, dia nk yg kuat SEKS je..

Nak dijadikan kisah, dtg la seorang lelaki, xde tangan, xde kaki.... KETUK la pintu umah perempuan 2...

"Tok, tok, tok"....

perempuan tu pun buka la pintu,

Perempuan : Ya, encik ada apa dtg jumpa sy?

Laki : Saya nak jadi calon suami awak"...

Pasal x nk hampakan laki ni... dia jawab la "Ok"

Perempuan : "Awak ada memenuhi ciri-ciri yg sy tulis dlm internet 2 ke?"

Dgn sedih, laki 2 jawab : "Saya xde tgn, xde kaki, mcm mn sy nk pukul awk.."

Perempuan : Ok... Awak ni kuat SEKS?

Laki 2 pn tunduk.....

Dengan perasaan malu, laki jawab : Cuba awak pkir, sy KETUK pintu umah awk gn ape?


Jangan tengok perempuan tak pakai baju

Budak lelaki 1: Kenapa awak takut bila tengok gambar perempuan tak pakai baju? Best ape.

Budak lelaki 2: Sebab mak saya cakap, kalau tengok perempuan tak pakai baju, kita akan bertukar jadi batu. Sekarang pun dah ada bahagian anggota saya yang makin mengeras!

Info seks Larut malam yang perlu dibaiki

1. Buat pasangan rasa berahi..

- sebelum pulang keje pastikan anda sms pasangan anda dgn ucap kate2 yg romantik n nakal2..
- berikan bayangan pada si pasangan ape yg akan anda berdua lalui mlm nanti...

2. Bantu pasangan di rumah

- bantu2 lah pasangan anda membuat keje rumah agar dia tak terlalu letih untuk bersama

3. Puji Pasangan

- bila dah berdepan dgn pasangan jgn malu2 untuk puji pasangan dr seluruh tubuhnya... puji ke indahan dan kehangatan yg pernah diberikan olehnya...

4. Datanginya dgn tertip dan romantik..

- Pasangan akan rasa lebih disayangi sekiranya anda dtg kpd nye dgn lemah lembut walau pun agresif n nakal sikit...

5. Pastikan pasangan juga merasai nikmatnye..

6. Luah kan perasaan syg anda kepadanya..

- Lepas dah menikmati nikmat bersama jgn lupa untuk foreply... jgn trus tido pulak.... hehehee....

Amalkan selalu..pasti anda dan pasangan rasa seperti baru berkahwin... selamat mencuba dan beramal....

CERITA SEORANG KAWAN (kemaafan dan terima kasih)

"Ini adalah sebuah kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorang menampar temannya. Orang yang kena tampar, berasa sakit hati, tapi tanpa berkata apa-apa pun, dia menulis di atas pasir : HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENAMPAR PIPIKU.

Mereka terus berjalan, sampai menemui sebuah oasis, di mana mereka membuat keputusan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya, cuba berenang namun nyaris tenggelam dan lemas, tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya. Ketika dia mulai sedar dari lemas dan rasa takut sudah hilang, dia menulis di atas sebuah batu : HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENYELAMATKAN NYAWAKU.

Orang yang menolong dan menampar sahabatnya, bertanya, "Kenapa setelah saya melukai hatimu, kamu menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu ?"

Temannya sambil tersenyum menjawab, "Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak hilang ditiup angin."

Moral:
Dalam hidup ini sering timbul berbeza pendapat dan konflik kerana sudut pandangan yang berbeza. Oleh sebab itu, cubalah untuk saling memaafkan dan lupakan masalah lalu. Belajarlah menulis di atas pasir

Thursday, March 12, 2009

Cara Jika Staff Bawahan Lebih Tua

CAKAP MMG SENANG... 
HANYA YG MENGALAMINYA AKAN MEMAHAMI MACAM MANA SUKARNYA NAK ATASI SUMER NIE.... 

Kadangkala dalam situasi bila anda baru saja dinaikkan menjadi ketua atau dapat kerja sebagai ketua dan *staff bawahan* anda pula lebih tua daripada anda, timbul rasa kurang keyakinan diri, sangsi dan serba salah. Dalam pada itu, orang bawahan anda akan memperlekehkan anda. 

Mereka memperbudak-budakkan lalu memandang rendah pada kebolehan anda kerana anda jauh lebih muda daripada mereka yang satu umur dengan ayah/ibu anda. Pangkat anda sebagai ketua mereka, membuat ego mereka tercabar apatah lagi jika anda seorang perempuan muda yang masih bujang. 

Jika Anda dalam situasi seperti yang saya terangkan di atas, anda akan jadi tertekan. Sebab, orang-orang bawahan tidak akan ikut semua arahan anda, kerana mereka mahu dihormati oleh anda sebagai orang lebih tua walaupun anda ketua mereka. Lagipun, dalam masyarakat, tak sopan juga menyuruh-nyuruh orang yang 10-20 tahun lebih tua daripada kita. Tak ke haru biru kita jadinya bila dah camtu...

Bagaimana untuk menyelesaikan masalah ni? 

Apa langkah yang boleh Anda gunakan supaya mereka mengikut arahan anda sebagai seorang ketua? 

1. Usah jadikan umur Anda jadi penghalang untuk anda membangunkan kemahiran memimpin organisasi Anda. Kepimpinan dan karisma seorang ketua tidak mengira umur, tetapi mengambil kira tahap kemahiran dan kebolehan mengawal situasi. 

Pelajarilah cara-cara bagaimana untuk menjadi pemimpin disegani, belajar cara pengucapan awam dan terapkan karisma kepimpinan dalam diri anda langkah demi langkah. Tampilkan cara bekerja yang professional. 

2. Anda perlu tahu banyak tentang mereka. Oleh itu, jangan pernah berhenti belajar perkara baru, peka dengan isu semasa dan gali lebih banyak maklumat berkaitan tugas Anda dan bidang kerja Anda. 

3. Perbaiki komunikasi internal dan external. Komunikasi internal adalah komunikasi dalaman, antara anda dengan minda anda dan hati anda. Untuk sentiasa bersemangat, pastikan wujud komunikasi positif di antara Anda dan minda anda.. 

Komunikasi external adalah komunikasi di antara anda dengan orang bawahan anda, ketua anda dan orang atas dalam organisasi anda. Komunikasi yang baik adalah komunikasi yang dapat menjaga hati kedua-dua belah pihak. 

4. Earn their respect. Tarik kekaguman mereka terhadap anda dengan meng'upgrade' disiplin kerja, kerajinan dan kualiti kerja anda. Walaupun umur anda muda, tunjukkan sebab mengapa anda dipilih sebagai ketua dan apa kelayakan anda. Perbaiki diri secara berterusan sepanjang masa. 

Biasanya, masalah situasi sebegini hanya sementara. Jika anda mengikuti langkah-langkah yang dicadangkan di atas dan percaya bahawa ia boleh menjadi penyelesaian pada masalah anda, usah ragu melakukannya. Keadaan boleh berubah bila-bila masa. Yang pasti, ia tak akan berubah, jika kita tidak berubah terlebih dahulu. Jadikan motto “ubah diri, bina peribadi” sebagai slogan peribadi anda supaya bersemangat mendepani apa saja cabaran di tempat kerja. 

Peribadi yang baik akan membentuk persekitaran yang baik. Beranikan diri berdepan kegagalan. Sebaik-baik gagal adalah gagal yang dilupakan, kemudian buat dengan lebih baik lagi sekiranya mendapat peluang seterusnya. 

Ingat, terus perbaiki diri...!!!

Wednesday, March 11, 2009

Lelaki Menangislah….

Sejak dahulu lagi lelaki memang terkenal sebagai anti-menangis. Biasalah, ia kerana ego yang begitu menebal di dalam diri mereka. Walaupun hati mereka hancur ketika itu, tapi demi mempertahankan ego mereka, lelaki tidak akan sesekali menumpahkan air mata. Kaum lelaki sering beranggapan, menangis sama sahaja mengumumkan kepada dunia bahawa mereka orang yang lemah.

Namun wanita perlu memberitahu lelaki pandangan tersebut patut diubah. Beritahu si dia kalau mereka ingin menangis atau berasa sedih, lakukanlah dan ia sesekali tidak akan langsung mengurangkan rasa kagum wanita terhadap keperkasaan lelaki malahan wanita akan makin kagum kerana sedar, jauh di sudut hati lelaki, mereka juga berjiwa halus.

Tetapi awas, jangan berlebihan menangis kerana kelihatan sangat buruk kalau lelaki menangis keterlaluan. Tahukah anda menangis akan membuatkan seseorang itu berasa lega dan dapat meredakan segala masalah yang bersarang di dada.
Apabila pasangan menunjukkan rasa simpati, hubungan pasangan tersebut akan bertambah erat dan penuh kemesraan.

*Mulut berkata benci pada hal…*

Sebenarnya memang agak susah untuk memahami hati lelaki. Sifat mereka yang lebih fokus berbanding wanita yang agak emosi membuatkan sesetengah wanita begitu sukar memahami hati lelaki. Sikap wanita yang lebih menumpukan kepada perkara yang kecil dan remeh berbanding dengan lelaki adakalanya membentuk "satu dinding" antara lelaki dan wanita. Ketidakfahaman dan kejahilan kaum lelaki dalam memahami perkara yang kecil dan remeh boleh menyebabkan kaum lelaki sentiasa dianggap tidak mempedulikan, tidak romantik, tidak ambil berat, tidak memahami, tidak macho, tidak peka, tidak prihatin kepada perasaan dan sebagainya.

Perkara ini jika dianggap serius oleh pasangan maka ia boleh mencetuskan konflik dalam perhubungan. Tapi tahukah anda, mulutnya sahaja berkata benci pada hal lelaki sebenarnya enggan berterus-terang. Tahukah anda bila lelaki akan bersikap begini:-

~ Saat bila pasangannya membeli beg tangan yang harganya sangat mahal tetapi juga sangat cantik. Sebenarnya lelaki ingin memuji tetapi kebanyakannya tidak tahu bagaimana untuk menyatakan.

~ Adegan ‘You Complete Me’ dalam filem Jerry Maguire. Ada adegan di dalam filem tersebut mengajar lelaki bila pada suatu hari mereka melukakan hati wanita, mereka hanya perlu menyebut satu ayat sahaja iaitu ‘maaf’ namun kebanyakan lelaki ego untuk melafazkannya.

~ Saat bila mana wanita bersolek terlalu lama untuk menghadiri majlis. Tapi lelaki tidak memikirkan bila mana terselit rasa bangga di dalam hati mereka apabila pasangannya dipuji oleh rakan-rakannya.

~ Jika isteri berkawan baik dengan rakan lelaki mereka.

~ Soal pernikahan. Ada sesetengahnya memang tidak sukakan komitmen tetapi ramai lelaki yang menyukai saat di mana mereka bangun pagi, ada peneman iaitu seorang isteri di sisinya.

Perkara sebelum & selepas Kahwin

1. ANGKATKAN BEG

Sebelum : Come sayang, let me carry the bag 4 u. Kesian u...

Selepas : Beg u pun u malas nak bawa. Lain kali jangan bawa beg ah!

2. TERSUNGKUR BATU

Sebelum :'Sayang, intan payung, you ok tak darling? Bodoh punye batu!'

Selepas :Jln betul2 la! Buta ke? Mata letak kat mana? Lutut? Batu tu macam besar pun tak nampak!

3. PAKAI SEXY

Sebelum :Lawanye u pakai baju ni. Seksi! Turn on I, macam nak gigit-gigit you sekarang jugak!

Selepas :'Ni ape ni, tetek terjojol, nampak longkang! Dengan berlipat-lipat! Tak malu eh?'

4. MANJA DI PUBLIC

Sebelum :Manjanye syg i ni. Cium sikit sayang! Firm nye pipi you!

Selepas :Oi! Org tgk ah! Tunggu balik rumah bole tak? Tak malu eh orang tengok?!

5. KEMPUNAN

Sebelum :U nak makan burger ramly? Ok, besok i masuk JB belikan eh syg...

Selepas :Burger McDonald pun sama pe! Jgn cerewet ah! Makan je!

6. KECANTIKAN

Sebelum :Cantik nye you hari ni. Eye shadow you lawa la! Berseri-seri muka you!

Selepas :Ape ni make up mcm tepung gomak? Wayang "tong-tong cang" pun kalah tau! Bulan2 asyik beli make up je!

7. KEKAYAAN

Sebelum :U takde bnyk duit pun, i tetap syg u. Kekayaan tk menjanjikan kebahagiaan.

Selepas :Tu la, dulu tak nak blajar betul2. Skrg baru nak menyesal! Duit tong sampah bulan ni camne?

8. SEX

Sebelum :Kalau kita kawin, hari2 i nak main dgn u.

Selepas :Eh, i penat tau! Ingat i robot ke? Gatal!

9. KESABARAN

Sebelum :Sudahlah syg, jgn merajuk. Sorry eh Sayang. Memang salah I. I ni kekasih tak guna! Jangan merajuk lagi ye Sayang.. I minta maaf. Maafkan i eh?

Selepas :Salah you, you nak suruh I cakap Sorry! Banyak cantik muka you! Dah buat salah tak nak mengaku. Tau nak merajuk je. Awak punye pasal ah! Tak kuasa aku!

10. MASAKAN

Sebelum :Sedapnye u masak (walaupun tak sedap)

Selepas :Mak u tak ajar masak ke? Ni Nasi lemak ke nasi basi?

11. DUIT NO PROBLEM

Sebelum :Syg, kita mkn dekat restoran mahal tu eh? Mahal takpe lah, skali skala...

Selepas :Mak oi! Pe mahal! Da la! Mee grg mamak pak kassim lagi sedap. Tak mau ah!

12. LUV PEGI LUV BALIK

Sebelum :Bye syg, I luv u too. Muaks! Miss u lah syg. (Padahal smlm baru jumpe)

Selepas :Ah, ok bye! Tak bole lah. Kawan i ade ni! Bye la... bye la!

13. PENGORBANAN

Sebelum :Takpe Sayang, I tak kisah. I sanggup buat apa saja untuk you. I fetch you later eh?

Selepas :You ni, takde kepala otak ke yang I ni penat baru balik kerja. Apa salahnya you balik sendiri. Manja sangat ah!

14. JUMPA LAMBAT

Sebelum :Takpe Sayang. Asalkan you selamat sampai

Selepas :Takpe la. Da biasa da!

15. BUANG ANGIN

Sebelum :You kentot eh sayang? Hehehehehe! Cute la you ni! *cubit-cubit*

Selepas :Oi, asal bole kentot je eh! *pukul-pukul badan*

Tuesday, March 10, 2009

Cara mengetahui sebab kita memilih pasangan!!!

Beberapa hari lepas, ada seorang sahabat saya telah bertanya satu soalan psikologi yang saya kira sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka.

Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.

Nak tahu apa soalan tersebut? Baik, saya kongsikan dengan anda. Soalannya berbunyi begini.

Ada 5 perkara berlaku serentak.

1. Air mendidih kat dapur.
2. Air paip melimpah kat bilik air.
3. Bayi menangis.
4. Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu?
Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.

Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.

Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.

Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.

Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.

Fikir.

Fikir.

Fikir.

Fikir.

Fikir.

OK, dah habis fikir dan buat keputusan?

Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?

Baik, mari kita semak jawapan andaapakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.
  • Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.
  • Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.
  • Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.
  • Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.
  • Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.

Haaa macammana dengan keputusan anda? Bagus? Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.

Size

Customer : My wife needs a bra but , I don't know the size...

Sales girl : Touch my breast and try to calculate...

Customer : Oh ! I forgot she needs panties too....

5 + 5 = 11

Sani murid tahun 2 yang agak lembab dan suka menyediri. Cikgu yang paling dia takut ialah Cikgu Kumar, guru matematik sekolahnya. Dengar suara Sir Kumar menengking rasa nak terkencing...

Suatu hari Sir Kumar memulakan kelas dengan menguji kecekapan conggak... Semua murid berdiri dan kalau tak dapat jawab, berdiri atas kerusi. semua murid mesti jawab spontan... tak boleh kira... bila tiba giliran Sani, Sir Kumar menengking

"5 + 5 berapa? cepat!!!!!"

Sani cuba mengira secara sorok.. Dia masukkan kedua-dua tangannya dalam kocek seluar. Bergerak-gerak seluarnya kerana menghintung... rasa nak terkencing pun ada sebab takut... Sir Kumar senyum melihat telatah Sani.

"Cepat Sani.. 5 + 5 berapa.."

"11 cikgu..."

Sir Kumar senggih sambil keluar kelas...

Friday, March 6, 2009

"P" Mana??

Pada suatu hari, adela pak mat amik lesen kat bandar. Beberapa bulan kemudian,die pun balikla kampung,tetapi die lupe nak lekatkan 'P' kat kereta.sewaktu dalam perjalanan,die ditahan polis....

POLIS: Pakcik,'P' mane?

PAKMAT: Pi balik kedah.

POLIS: Pakcik jangan main-main ngan saye. 'P' mane?

PAKMAT: Ape yg main-main, saya kate nak pi balik kedah, Aloq Staq.

POLIS: Saya kate 'P' mane...?

PAKMAT: Skarang sape yg main2.awak sebagai polis,tidak ada kuasa untuk menghalang perjalanan orang yg tak bersalah.awak juga harus ......pok,pek ,pok,pek.

POLIS: (selepas puas mendengar ceramah) Baiklah. Pakcik pergilah teruskan perjalanan pakcik.

PAKMAT: Asallamualaikum.

POLIS: Waalaikummusallam.

Thursday, March 5, 2009

Family First

"RENUNGKANLAH"


Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar su ara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",


"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu su ka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu su ka bunga itu, terutama yang unggu,


FAMILY


Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan su atu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah mak su d yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU


"
HARGAILAH KELUARGA ANDA "

Monday, March 2, 2009

Siapa lebih Manja??


Di suatu ketika, pada suatu masa terdapat dua kumpulan iaitu satu kumpulan lelaki dan satu kumpulan wanita, sedang berdebat atas isu "SIAPA YANG LEBIH MANJA, LELAKI ATAU WANITA". Kumpulan wanita menyokong, lelaki lebih manja daripada wanita, sementara kumpulan lelaki pula menyokong wanita lebih manja daripada lelaki. 

Perdebatan berkenaan kelihatan seperti tiada penghujungnya dan jauh sekali akan tamat. Tiba2 bangun seorang dari kumpulan wanita. Wanita cantik dan manis, belesung pipit di pipinya serta bertahi lalat di atas bibir dengan senyum menawan pun berkata, "Saya tetap mengatakan kaum lelaki adalah...adalah lebih manja daripada kaum wanita..... Alasannya...semasa masih bayi dan kanak2, lelaki termasuk suami saya menyusu dengan ibu mereka dan apabila telah berkahwin pun kaum lelaki masih lagi menyusu termasuklah suami saya....." 
The Most Popular Traffic Exchange