Monday, May 25, 2009

Jual Rumah

Sepasang suami isteri mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Oleh kerana tempoh pembelajaran memakan masa yang lama maka mereka sepakat untuk menjual harta yang ada termasuk sebuah rumah. 

Lalu datang seorang lelaki yang agak berumur untuk melihat keadaan rumah. Setelah puas meninjau dalam dan luar rumah, lelaki itu bersetuju untuk membelinya. 

Si suami tadi secara jujur menjelaskan tentang kedudukan rumah tersebut. “Di sebelah barat terdapat sebuah kilang getah, manakala bahagian selatan ada kilang belacan dan di utara adalah tempat pembuangan sampah,” jelas si suami. 

“Kalau begitu apa keistimewaannya jika saya membeli rumah ini? Tak de keistimewaan langsung” tanya lelaki itu kepada si suami. 

“Salah satu keistimewaannya ialah, anda boleh mengetahui dari mana arah angin yang bertiup," jawabnya selamba. 

Friday, May 15, 2009

Misteri Bulan Mengambang

Si Rahmat baru saja kawin dengan Siti . Tapi pada malam pertama mereka tidak terus berhubungan intim, karena mereka letih tolong kemas dapur/kemah dll.

Pada malam harinya mereka makan burger MacDonald bersama di dalam bilik. Emak Rahmat pasang telinga dari balik pintu dan mendengar suara...

Siti : "Bang, dah dipicit picit tak keluar-keluar. " (Sambil memicit sos MacDonald.)

Rahmat : "Memanglah dah lubangnya kecik!"

Siti : "Dahtu nak buat macam mana? Saya potong jelah hujungnya!"

Emak Rahmat terus panik, terus buka pintu bilik dan berteriak, "Jangan!!! Jangan gunting anu anak aku!".

Rahmat & Siti : **#@##^%&??!!!
The Most Popular Traffic Exchange