Friday, July 15, 2016

10 Langkah Untuk Memulakan Bisnes Kedai RM2

Melalui posting Tawaran Bisnes Kedai RM2, banyak panggilan yang kami terima...


Ini antara soalan favourite yang kerap saya terima tapi tak sempat nak menjawab nya kerana kekangan masa. Jadi hari ni saya kongsikan kepada anda 10 Langkah Untuk Memulakan Bisnes Kedai RM2 : 

1st ? Anda kena dapatkan dulu kedai / lokasi di mana anda ingin buka kedai RM2 tersebut. Dapatkan semua maklumat ttg kedai ini seperti sewa, deposit, keluasan kedai dsb. Sila rujuk dalam posting sebelum nya ttg teknik untuk memilih lokasi yang terbaik. 

2nd ? Daftar sykt anda di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Sekarang waktu yg terbaik untuk daftar kerana SSM ada buat promosi daftar 5 tahun hanya RM60 sahaja. Kadar biasa untuk 5 tahun adalah RM250. Bawa salinan IC dan 3 nama cadangan syarikat. Tulis dalam column bidang perniagaan ? Menjual Barang Serbaneka dan Runcit. Dalam 1 jam anda akan dapat lesen SSM anda. Lesen ini penting untuk sewaan kedai dan appy lesen majlis nanti. 

3rd ? Selesaikan proses sewaan kedai dengan owner. Dapatkan salinan aggrement sewaan kedai, bil cukai pintu dan cukai tanah. Dapatkan juga slip bomba warna biru untuk pemadam api. Jika tiada, anda perlu beli atau hantar servis pemadam api yg sedia ada untuk dapatkan slip biru nin. Gantung banner di hadapan kedai ? KEDAI RM2 AKAN DI BUKA? sbg promosi awal / tanda pemberitahuan kepada org lain supaya tidak buka kedai RM2 yg lain. Anda dah booking dulu.. 

4th ? Order barang dengan saya. Anda boleh order barang sahaja atau ambil pakej setup satu kedai. Hubungi kami untuk detail ttg pakej ini. Saya boleh supply brg ikut budget anda..Packing dan penghantaran barang yg di tempah akan mengambil masa 7 hari selepas confirm order. 

5th ? Lakukan kerja renovation (wiring, partition, cat, CCTV). Semua kerja ini mesti selesai sebelum rak di pasang. Kedai RM2 tidak perlu nampak mewah, nnt customer takut nak masuk Nampak mcm mahal. Apa yg perlu hanya lampu yg byk kerana kedai perlu nampak terang. Lampu perlu di pasang semasa operasi kedai. 

6th ? Pemasangan rak. Budget untuk rak mestilah tidak lebih dari 30% nilai barang. Contoh jika anda order barang dengan saya RM30,000 maka kos rak tidak lebih dari RM9000. Rak adalah kos hangus yang tidak mendatangkan duit. Lebih baik duit di habiskan pada stok barang yg boleh di jual. Jika anda perlu rak yg murah, boleh berhubung dengan saya kerana kami ada panel kami sendiri..Anda juga boleh mula tempah sign boad waktu ini. 

7th ? Susun barang. Untuk dapat idea mcm mana nak susun barang, anda boleh kunjungi kedai saya ataupun mana kedai RM2 yg berdekatan. Selepas susun anda akan dapati ada lagi ruangan yg kosong, maka anda boleh tambah lagi stok2 baru. Cara menyusun yg betul perlu mengambil kira faktor kemas, padat, mudah di cari, ikut jenis dan dalam lingkungan pemerhatian anda ? supaya tak senang di curi. Jika anda menggunakan pos system (barcode), proses susun barang ni akan lebih rumit kerana anda perlu key in satu persatu pada computer dan tampal barcode pada yg tiada. Ambil masa seminggu lebih untuk selesai. 

8th ? Apply lesen majlis perbandaran. Gunakan khidmat runner jika nak mudah. Sykt pasang sign board biasanya ada servis begini. Anda sediakan dokumen ? salinan ic, gambar 4 keping, aggrement sewa, bil cukai tanah, bil cukai pintu, slip bomba, salinan ssm dan duit lesen RM150++. Kos runnner dalam RM100++. Majils akan beri anda lesen sementara 3 bulan. Anda boleh berniaga terus dan selepas 3 bulan tu anda kena renew lesen setahun RM400++. Bomba akan datang check premis anda dalam 3 bulan pertama ni.. 

9th ? Mula berniaga. Saya galakkan owner jaga sendiri kedai dalam 3 bulan pertama. Kenal customer anda dan dapatkan feedback dari mereka ttg barang apa yg mereka perlukan. Sediakan brg2 tersebut agar mereka tidak beli dari kedai lain. Lakukan promosi seperti banner, bunting, edar fliers ke kawasan sekitar. Jika ada budget, buat kenduri doa selamat agar customer sekitar kenal dengan anda dan kedai anda. Jika byk brg2 yg mereka minta di atas RM2, anda boleh tukar konsep kedai anda ke RM2 KE ATAS. Saya akan terangkan kemudian ttg konsep ini dalam posting seterusnya.. 

10th ? Stabilkan perniagaan anda. Jika lokasi yg anda pilih bagus, dalam 3 bulan anda dah boleh pulang mudal semula. Jika sales tak bagus, perhebatkan lagi promosi pada 3 bulan seterusnya dan perbaiki kelemahan yang ada. Jika dalam 6 bulan sales anda masih teruk, pertimbangkan lah untuk berpindah ke lokasi lain. Saya akan ajar anda nanti bagaimana untuk mengira target sales daily , week ly dan monthly dalam posting seterusnya..

No comments:

Post a Comment

Any comments??? Please Share...
Sebarang komen??? Silakan...

The Most Popular Traffic Exchange