Saturday, July 23, 2016

Produk Atomy Malaysia

Matlamat Atomy adalah untuk menyediakan keperluan rakyat. Atomy membekalkan pelbagai rangkaian produk keperluan harian rakyat yang berkualiti pada harga relatif murah demi kebajikan ramai meliputi kesihatan, sosial dan juga kewangan. Antara ratusan produk itu ialah HemoHIMProduk Penjagaan Diri (Atomy Personal Care), Produk Kecantikan Atomy (Atomy Beauty Care), Sistem Penjagaan Kulit Atomy (Atomy Skin Care System), Produk Keperluan Rumah (Atomy Home Care), Makanan dan Minuman Atomy (Atomy Food & Drinks) dan banyak lagi.

Ketika ini Atomy Shopping Mall mempunyai lebih 100 jenis produk dan syarikat merancang menambah bilangan produk jenama Atomy antara 30 hingga 50 jenis setahun tanpa berkompromi tentang kualiti dan harga. Ini jelas dari motto Atomy iaitu "Absolute Quality & Absolute Price". Sasaran Atomy adalah untuk menjadi mini market atau pasaraya online yang menjual berbagai produk ekslusif keperluan harian jenama Atomy ke seluruh penjuru dunia.



Berbelanja di Atomy tidak saja menjimatkan malah mendapat produk produk yang kualitinya tidak perlu diragui lagi selain pengguna dapat menjana pendapatan tambahan untuk memperbaiki taraf sosial dan kewangan diri serta keluarga. Ini tidak boleh diperolehi di luar sana bila membeli di kedai kedai, mini market atau pasaraya. Pengguna hanya perlu mengubah tabiat berbelanja mereka dengan membeli keperluan harian mereka di Atomy untuk mendapatkan keuntungan dan faedah yang ada di Atomy. Ianya tidak saja menjimatkan malah dapat menjana sumber pendapatan baru tanpa sebarang bebanan atau tekanan.

Dengan jaminan "100% Money Back Guarantee" dari Atomy, pengguna tidak perlu risau dan ragu untuk berbelanja di Atomy kerana mereka boleh menuntut wang kembali jika produk yang dibeli tidak memberi manfaat sebagaimana yang dinyatakan. Ini adalah bukti bahawa Atomy amat yakin dengan kualiti produk mereka.

Setiap produk Atomy akan mempunyai nilai PV (Purchase Value) masing masing dan kiraan komisyen atau bonus adalah berdasarkan PV produk ini. Satu yang perlu difahami ialah lebih banyak anda membeli produk, lebih murah produk berkenaan tetapi nilai PV nya tetap sama. Untuk ahli ahli yang mahu berniaga atau berjualan, pembelian dalam kuantiti yang banyak pasti akan menyumbangkan lebih keuntungan runcit.

Setiap ahli yang berbelanja di Atomy akan mendapat PV masing masing (personal PV) dan PV ini akan terkumpul (accumulate) dan tidak akan lupus. PV peribadi ini lah akan menjadi penentuan asas berapa banyak (maksima) bonus yang ia layak dapat dalam sehari atau sebulan.

Sebagai contoh, dengan membeli beberapa Set Berus Gigi Atomy dan Atomy Tooth Paste bernilai 10.000 PV, ia umpama lesen untuk kelayakan Bonus General harian USD 25 (RM100) atau bersamaan USD 750 (RM3,000) sebulan. Dan bila PV peribadi sudah terkumpul 300,000, had bonus harian bertambah ke USD75 (RM300) sehari atau bersamaan USD 2,250 (RM9,000) sebulan.

Memandangkan banyak produk produk keperluan harian peribadi dan keluarga terdapat di Atomy, berarti ahli ahli dan orang ramai tidak hanya akan membeli produk seperti berus dan ubat gigi semata mata malah banyak produk produk kegunaan harian yang lain yang semuanya berkualiti dunia akan dibeli. Dan ini dengan cepat akan meningkatkan PV peribadi dan secara tidak langsung ikut menggandakan peningkatan dalam GPV (PV kumpulan)  dan seterusnya nilai bonus ahli masing masing (hal ini akan diperhalusi dalam topik Pelan Pemasaran).



Bagaimana Untuk Membeli Dan Mendapatkan Produk Produk Atomy?
Setelah anda menjadi ahli Atomy (Percuma), anda akan mendapat ID No Keahlian Atomy serta Password. Kemudian anda boleh login di website koperat Atomy iaitu dihttps://www.atomy.com:449/us/Home/Account/Login (link rasmi Atomy Malaysia akan diupdate kemudian selepas pelancaran rasmi dan ianya dalam Bahasa Malaysia). Kemudian anda ke page Shopping Mall dan boleh melakukan pembelian apa saja produk kesukaan anda.

Bagaimana Cara Membuat Bayaran?
Bila website Atomy Malaysia dilancarkan kelak, ahli ahli di Malaysia boleh membuat belian dan bayaran samada mengguna Kad Kredit, Kad Debit atau Kaedah Tranfer Bank ke Akaun Bank Atomy Malaysia Sdn Bhd. Beberapa pilihan bank mungkin akan disediakan untuk memudahkan transaksi dibuat.

Bagaimana Dengan Penghantaran Produk?
Produk akan dikirim oleh syarikat melalui pos terus ke alamat pembeli. Bagaimana pun untuk masa hadapan, banyak Atomy Center akan diwujudkan di bandar bandar utama serta daerah daerah tertentu dimana pusat pusat ini akan dikelola oleh ahli ahli Atomy yang layak yang mencapai pangkat Master. Ketika ini ahli ahli mungkin boleh memilih untuk mengambil sendiri produk produk yang dibeli di pusat berdekatan.

 
 
 
Antara Produk Atomy Yang Mendapat Sambutan
 
 
 
 
 
 
 
 
Kenapa Produk Atomy Luar Biasa? Tonton Video di Bawah:





 


No comments:

Post a Comment

Any comments??? Please Share...
Sebarang komen??? Silakan...

The Most Popular Traffic Exchange