Friday, May 20, 2011

Surat Khabar

Aku baca Harakah- rokok membahayakan kesihatan, aku berhenti merokok.

Aku baca Suara Keadilan- minum arak berdosa, aku berhenti minum arak.

Aku baca Mastika- dadah bahaya, aku berhenti hisap dadah.

Aku baca Dewan Masyarakat- ais tak bagus untuk kejantanan lelaki, aku berhenti minum ais

Aku baca Berita Harian- seks bahaya, AKU BERHENTI BACA Berita Harian!!!

Shampoo Baba

Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

"Sabun apa yang anda gunakan selama ini?".

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, "sabun Baba".

"Kalau deodorant, deodorant apa yang anda gunakan?".

" Deodorant Baba," jawab pelajar itu.

"Minyak wangi?".

"Minyak wangi Baba".

"Shampoo?".

"Shampoo Baba."

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, "Ok, apakah jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar? Siapa tahu anda selama ini memakai produk yang tidak sihat".

Pelajar itu menjawab, "bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba itu rakan sebilik saya.

Staff Penipu


Seorang bos sedang menunggu staff-staffnya datang ke ofis untuk bermesyuarat. Bos itu sungguh marah kerana tiada seorang pun sampi ke ofis. Tiba-tiba kelihatan salah seorang staffnya berlari menuju pintu ofis.

Ang Yii Nii: Bos jangan marah dulu. Saya boleh jelaskan kenapa saya lewat hari ini. Saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas tetapi terlepas, saya menaiki teksi tetapi teksi tersebut rosak di tengah jalan. Saya terjumpa ladang dan membeli seekor kuda. Sedang dalam perjalanan kuda itu jatuh dan mati dan saya berlari 10 km dan baru sampai.

Bos tersebut amat hairan dan pelik dengan penjelasan staff tersebut tetapi membiarkan sahaja kerana beliau dapat datang jugak. Seketika kemudian 8 orang staff datang dengan keadaan kelam kabut dan bos pun bertanya setiap seorang dari mereka kenapa mereka lewat.

Bos: Kenapa kamu lewat ?.

Sasikala Ramiah: Saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas tetapi terlepas, saya menaiki teksi tetapi teksi tersebut rosak di tengah jalan. Saya terjumpa ladang dan membeli seekor kuda. Sedang dalam perjalanan kuda itu jatuh dan mati dan saya berlari 10 km dan baru sampai.

Bos itu pelik dan agak hairan dengan penjelasan staff tersebut tetapi dia telahmelepaskan staff yang pertama dari apa-apa hukuman dan terpaksa juga melepaskan staff yang kedua itu. Dan setiap staff yang ditanya mengapa mereka lewat dan penjelasan mereka juga sama dan akhirnya soalan ditujukan kepada staff ke-9.

Bos: Ha! kamu pula, apa pula penjelasan kamu?

Yanti Rahiza : Saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas tetapi terlepas, saya menaiki teksi tetapi....

Bos: Biar saya teka..[bos itu menyampuk] Teksi tu rosakkan.

Yanti Rahiza : Bukan. Ada terlalu banyak bangkai kuda di tengah jalan. Teksi langsung tidak boleh bergerak.

Perompak Bas Kilang

Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang menuju kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung.
Dalam perjalanan itu mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas.

Nak di jadikan cerita ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut nak mintak tumpang. Jadi bas tu pun berhenti la. Tetiba lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut.

Sorang perompak berkata," Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang ada!!Cepat.!!".

Sorang pekerja kilang tu membalas," ..tapi..kami tak bawak barang kemas kalau gi keja. Duit pun sikit je".

Perompak berfikir seketika,"Ha! gini la. Sebab korang takder barang kemas dan duit kami rogol korang SEMUA ha!ha!ha!ha!".

Pekerja kilang yang muda berkata," Alalaa...takkan la mak cik yang kat belakang tu nak rogol jugak. Tak kesian ker".

Tetiba mak cik tu berdiri," Weh! kau nie tak paham ker kalau dia cakap SEMUA SEMUA la..".

Akhir Dari Sebuah Pertengkaran

Ketika makan tengahari bersama, Aziz berbual dengan Asri jiran sebelah rumahnya.

Aziz : Asri, aku dengar semalam kau bertengkar dengan isteri kau?

Asri : Ya betul.

Aziz: Mesti hebat kan? Jadi akhirnya macam mana?

Asri : Akhirnya dia berlutut di depan aku.

Aziz : Wahhhh!! hebat sekali kau. Kau memang jantan sejati, kemudian apa kata isteri kau?

Asri : Isteri aku berteriak dengan kerasnya, "hei! kalau kau anak jantan, keluarlah dari bawah katil tu dan hadapi aku!!"

Aziz : @#$!%^&%

Minta Tolong

Seorang gadis sedang sibuk menulis di atas meja di dalam pejabat pos. Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki separuh umur.

"Maafkan saya,"kata lelaki itu."Saya nak minta tolong sedikit ni. Boleh tak saudari menulis dan menghantar poskad ini bagi pihak saya?"

Gadis tersebut bersetuju dan meminta barang-barang tersebut. Dia juga tidak kisah untuk menandatanganinya selepas menulisnya nanti.

"O.k! Siap,"kata gadis tersebut tersenyum sambil menghulurkan poskad yang telah ditulis dan ditandatanganinya. Gadis itu pun meminta diri .

Tak sampai beberapa langkah berjalan, gadis itu berhenti kerana dipanggil oleh lelaki tadi. Sambil senyum gadis itu bersuara, "Er...ada apa-apa lagi yang boleh saya lakukan untuk encik?"

"Ya," jawab lelaki tersebut. "Di bahagian bawah poskad ini tolong tuliskan :
P/S - Maafkan saya kerana tulisan ini tidak cantik".

Menantu VS Mertua

Alkisah ada seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma puterinya saja.

Dia lalu memutuskan menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu dan terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa berfikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.

Besoknya ketika keluar dari rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah dan secarik kertas bertulisan "Dari ibu mertuamu".

Giliran menantu ke-2 yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh dan terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian dan dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta.

Besoknya di depan rumah menantu ke-2 terparkir Toyota Alphard, disertai kertas bertuliskan "Dari ibu mertuamu".

Ketika giliran menantu ke-3 diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.

Sempat-sempatnya dia berkata, "rasakan kau", sambil berputar membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, "Dari ayah mertuamu"

Pertandingan Buah Dada Terbesar


Di bandaraya Jakarta berlangsung pertandingan buah dada terbesar peringkat dunia. Serata dunia menghantar wakil masing-masing untuk memasuki pertandingan yang julung-julung kali itu.

Ramai kaum wanita yang memasuki pertandingan. Setelah pihak pengadil mengukur kesemua buah dada para peserta, maka tiba saat yang dinanti-nantikan oleh para peserta untuk mengetahui siapa pemenangnya.

Setelah mendapat kata sepakat dari pihak pengadil, naik pengacara untuk mengumumkan
keputusan.

“Dengan ini diumumkan keputusan pertandingan buah dada terbesar. Tempat ketiga jatuh kepada peserta dari negara Sweden sebesar buah kelapa”.

Maka riuh-rendah para hadirin mendengar keputusan tersebut. Kemudian pengacara melanjutkan pengumuman seterusnya.

“Tempat kedua digondol oleh peserta tuan rumah sebesar buah tembikai”.

Kelihatan para hadirin tidak sabar untuk mengetahui sebesar mana buah dada bagi tempat pertama.

“Maka tempat pertama dimenangi oleh peserta dari India sebesar buah manggis”.

Para hadirin memprotes keputusan pengadil. Bangun seorang hadirin dalam keadaan marah bertanya kepada pengadil, “hoi! macam mana nombor satu sebesar buah manggis boleh menang”.

Dengan tenang ketua pengadil menjawap, “sabar pak, bawa bertenang. Itu baru putingnya saja pak, belum buahnya lagi”.

Pemandu Terbaik

Rahim memandu kereta dan tiba-tiba seorang polis menahannya.Rahim menurunkan tingkap keretanya dan bertanya kepada polis tersebut.

Rahim : Ye encik, ada apa masalah?

Polis : Erm! tak ada apa, saya telah memerhatikan cara pemanduan encik.Hari ini adalah hari bertuah encik kerana saya ingin memberikan encik wang tunai sebanyak RM5,000 kerana dianugerah pemandu terbaik.Tahniah! encik akan buat apa dengan wang ini nanti?

Rahim berfikir sejenak lalu dia pun berkata,

Rahim : Saya rasa saya nak guna duit ni untuk buat lesen kereta.

Mahmud yang duduk di sebelahnya menyampuk percakapan Rahim.

Mahmud : Encik jangan dengar apa yang dia kata.Dia ni bengong sikit kalau dah mabuk todi.

Leman yang duduk di belakang pula menjerit dalam kekecewaan.

Leman : Aku dah cakap, kita takkan terlepas dengan kereta curi ni!!

Seketika itu, kedengaran pulak dari bonet belakang kereta di ketuk dan terdengar seseorang berkata, "pak! pak! udah sampe ke belom?"

Seluar Dalam

Isteri Thanikody marah-marah dan menuduh pembantu rumahnya mengambil seluar dalamnya. Keadaan kecoh membuatkan suasana yang bising dan mengejutkan Thanikody dari tidur.

Thanikody : Apa yang bising ni?

Sasikala : Seluar dalam saya hilang ane. Tentu Seri yang ambil.

Thanikody : Seri, betul kami yang ambil?

Seri: Tidak pak, Seri tak ambil.

Sasikala : Kalau seluar dalam biasa saya tak kisah, ini seluar dalam berjenama. Masih tak pakai lagi. Bukan satu tapi setengah dozen. Seluar dalam tu saya beli masa kat Eropah dulu.

Thanikody : Tentu awak tak cari betul-betul ni.

Sasikala : Dah semua tempat saya cari. Dalam rumah ni tak ada orang lain yang ada. Takkan la ane pakai seluar dalam saya.

Thanikody : Mana ada ane ambil. Seri, betul ke kamu tak ambil seluar dalam tu?

Seri: Betul pak. Sumpah. Pak pun tahu saya TAK PERNAH PAKAI seluar dalam. Masakan saya teringin seluar dalam tu.

Deng Xiaoping Pergi Ke USA


Deng Xiaoping seorang pemuda Taiwan yang sangat kaya tetapi tidak memiliki kemampuan berbahasa Inggeris tiba di airport New York. Setelah melalui pemeriksaan imigresen, ketika ingin cop passport petugas menanyakan beberapa pertanyaan untuk mengetahui tujuan kunjungannya ke USA .

Pertanyaan pertama imigresen, "Apa nama terakhir dari presiden pertama kami?".

Kerana tidak faham bahasa Inggeris dengan baik, dia telah menduga bahawa petugas menanyakan nama keluarganya (surname). Lalu dia menjawab, "Wo Xing Deng " (dibaca: Wo Sing Teng). Dalam Mandarin bermaksud: "keluarga saya"). Fyi, dalam budaya China, orang China selalu memperkenalkan keluarganya dulu ketika pertama kali berkenalan.

Petugas mendengar "Washington" (sama bunyinya) lalu dia melanjutkan ke pertanyaan ke-2, "untuk apa kamu datang ke sini?".

Fikirnya secara logik tentu sekarang dia menanyakan nama saya. Lalu dia menjawab, "Xiaoping".

Petugas mendengar, "shopping".

Pertanyaan ke-3, "kenderaan apa yang kamu guna di Taiwan?".

Dia berpikir, dia ditanyakan statusnya di Taiwan dan menjawab dalam bahasa Hokkien, "bo bo.” (dalam Hokkien bererti: "Belum beristeri").

Dan petugas mendengar "Volvo!", lalu dia tersenyum dengan hormat dan bertanya lagi.

Pertanyaan ke-4, "siapa penyanyi pop yang paling terkenal di USA?”.

Masa ini lelaki Taiwan sudah mulai hilang sabar dan mula berkata dengan keras dalam bahasa Hokkien, "Mai Ko Cai Seng" . (Erti: "Jangan main-main lagi dengan saya").

Petugas mendengar, "Michael Jackson".

Kagum dengan pengetahuan pelancung tadi, petugas itu mengecop passportnya. Deng Xiaoping terus pergi.

Kisah Skirt Ketat




Seorang perempuan berpotongan seksi dan cantik memakai skirt ketat separas lutut dan sehelai blouse lengan panjang sedang berdiri di sebuah perhentian bas. Ketika itu ramai orang sedang memenuhi pondok tersebut.

Apabila bas datang, perempuan tersebut mengalami kesukaran untuk memanjat tangga bas dek kerana skirtnya yang ketat tersebut.

Setelah berfikir seketika akhirnya dia mengambil keputusan untuk membuka sedikit zip skirtnya namun masih gagal dan dia menurunkan sedikit lagi zip tetapi masih sukar. Akhirnya dia terus membuka keseluruhan zip skirtnya kerana tiada apa yang perlu dibimbangkan sebab bajunya dimasukkan kedalam skirt. Namun dia masih juga gagal memanjat tangga bas, sedangkan ramai orang sedang beratur dibelakangnya.

Perempuan tersebut telah habis akal. Sedang dia berfikir tiba-tiba dia terasa ada tangan menolak punggungnya menaiki tangga bas. Dia menoleh dan didapati lelaki di belakangnya yang melakukan perbuatan tersebut.

Dengan nada lantang dia memarahi lelaki tersebut, "apahal kau pegang punggung aku? gatal".

Jawap lelaki tersebut, "kau pun gatal jugak. Yang pergi bukak zip seluar aku tiga kali apasal?".

Sunday, May 15, 2011

DUA BELAS AURAT WANITA

DUA BELAS AURAT WANITA




1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng...... .jadi hantu loceng...... ....


3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.







Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya
- Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

KAIN PAK IMAM

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.

Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.

Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu.

Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.

Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.
The Most Popular Traffic Exchange