Monday, May 25, 2009

Jual Rumah

Sepasang suami isteri mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Oleh kerana tempoh pembelajaran memakan masa yang lama maka mereka sepakat untuk menjual harta yang ada termasuk sebuah rumah. 

Lalu datang seorang lelaki yang agak berumur untuk melihat keadaan rumah. Setelah puas meninjau dalam dan luar rumah, lelaki itu bersetuju untuk membelinya. 

Si suami tadi secara jujur menjelaskan tentang kedudukan rumah tersebut. “Di sebelah barat terdapat sebuah kilang getah, manakala bahagian selatan ada kilang belacan dan di utara adalah tempat pembuangan sampah,” jelas si suami. 

“Kalau begitu apa keistimewaannya jika saya membeli rumah ini? Tak de keistimewaan langsung” tanya lelaki itu kepada si suami. 

“Salah satu keistimewaannya ialah, anda boleh mengetahui dari mana arah angin yang bertiup," jawabnya selamba. 

No comments:

Post a Comment

Any comments??? Please Share...
Sebarang komen??? Silakan...

The Most Popular Traffic Exchange