Showing posts with label Lawak Jenaka. Show all posts
Showing posts with label Lawak Jenaka. Show all posts

Thursday, August 1, 2013

Anugerah Astro Lawak Warna


Siapa jejaka and wanita paling lawak di Malaysia?!

Anugerah Astro Lawak Warna akan berlangsung pada 16 Ogos di Istana Budaya dan LIVE di Astro Mustika HD.


Ada orang kata Zizan Razak & Didie Alias akan menang Anugerah ni. Betul ke?

Click the photo to know more!!!

Wednesday, July 31, 2013

Cerita Teladan

Suka Berleter

Ada seorang suami yang hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter. Setiap hari isterinya akan beleter tak kira masa. Balik kerja lambat setengah jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter. Rumah berselerak sikit, berleter.

Oleh kerana sudah tidak tahan dengan leteran isterinya itu, si suami berjumpa dengan Hj. Ahmad, imam di kampungnya selepas solat jumaat. Hj. Ahmad ni memang terkenal dengan warak dan kepandaiannya mengubat pelbagai penyakit.

Bila diceritakan oleh si suami tentang perangai isterinya, Hj. Ahmad ni tersenyum dan bagitau pada si suami.

"Betoi ka hang ni dah tak larat dengaq bini hang berletiaq".

"Betoi haji. Saya minta tolong sangat pada pak haji ni".

"Kalau macam tu, hang bagi ubat ni kat minuman bini hang, biaq dia tidoq lena. Lepas tu hang pi buang dia kat dalam satu lubang yang dalam".

"Itu saja ke haji?"

"Itu saja. Hang pi buatlah apa yang aku suruh. Tapi hang jangan menyesal di kemudian hari."

"Terima kasihlah haji, tengoklah nanti macam mana".

Si suami ni rasa tak tergamak nak buat apa yang Hj. Ahmad tu suruh. Tapi bila tiba di rumah saja, si isteri terus berleter.

"Orang lain pun sembahyang Jumaat juga, tapi tak ada lah balik sampai lewat sangat. Awak ni merayau ke mana?. Lain kerja tak ada, asyik merayau, merayau, merayau. Cubalah ingat sikit orang kat rumah ni."

Olah kerana tak tertahan dengan leteran si isterinya ni, si suami ni pun nekad nak buat apa yang Hj. Ahmad ajar pada dia tadi.

Waktu maghrib tu, lepas saja selesai sembahyang, si suami ni bancuhlah ubat yang diberi oleh Hj. Ahmad tu tadi. Dia pun beri kat isterinya. Si isterinya pun sambil mengambil air itu sempat lagi berleter, "Ni buat-buat baik ni ada lah sebabnya tu. Mesti ada hati nak tambah bini lagi. Tu yang konon-konon buat baik ni".

Selesai saja minum air tu, si isteri terus tertidur tak sedarkan diri. Si suami pun angkat si isteri ni tadi dan bawak ke belakang rumah. Di sana ada sebuah perigi buta yang dah 20 tahun tidak digunakan. Sampai kat perigi buta tu, si suami ni pun terus campak isterinya ke dalam. Si suami pun pulang ke rumah.

Keesokkan harinya, si suami ni rasa aman. Tak ada orang berleter dia bangun lewat. Balik kerja pun tak ada orang berleter. Dia rasa selesa duduk di rumah.

Masuk hari kedua, si suami ni rasa lain macam. Rasa rindu pulak pada leteran isterinya. Dia dah mula rasa gelisah. Sepanjang hari tu asyik teringat aje pada isterinya. Masuk hari ketiga, si suami tahu dia tak boleh hidup tanpa isteri dia. Selepas saja solat maghrib kat masjid, dia pun berjumpa dengan Hj. Ahmad.

"Haji, saya rasa menyesallah haji sebab buang isteri saya dulu. Boleh tak saya dapatkan balik isteri saya tu?".
"Itulah hang. Aku dah bagitau kat hang. Kalau hang nak buat, jangan menyesal. Laa ni aku pun tak tau apa nasib bini hang. Aku nak tolong pun aku tak jamin bini hang selamat atau tidak. Tapi hang boleh pi cuba. Malam ni juga, hang kena pi tempat hang buang bini hang tu, hang bawak sekali tali panjang. Hang campak tali tu masuk ke dalam lubang tempat hang buang bini hang, lepas tu hang selawat 3 kali. Lepas selawat 3 kali, hang tarik tali tu ke atas. Hang cuba 3 kali. Kalau lepas 3 kali pun bini hang tak keluaq, maknanya bini hang dah mampuih la."

Si suami pun tanpa berlengah terus balik ke rumah, ambil tali panjang dan terus pergi ke perigi buta tempat dia mencampakkan isterinya 3 hari yang lepas.

Sampai saja di perigi buta tu, si suami tu terus mencampakkan tali ke dalam perigi buta tu. Selepas saja selawat 3 kali, si suami tu tariklah bini dia naik ke atas. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, tiada isterinya keluar.

Si suami cuba buat kali yang kedua. Kali ni dia selawat 7 kali pulak. Tapi usahanya masih hampa. Si suami ni pun mulai risau. "Dah mati ke bini aku ni?"

Si suami cuba buat kali yang ketiga. Kali ni dia selawat 11 kali. Bila ditarik tali tu ke atas, dia terasa berat. Hati si suami begitu gembira. Selepas habis tali tu ditarik ke atas, yang keluar dari perigi tu bukan isterinya tapi satu jembalang yang berbulu amat lebat.

"Siapa kau ni? Mana bini aku? Celaka lah kau kalau kau makan bini aku!"

Jawab si jembalang tu, "Aku ni penunggu perigi buta ni. Dah bertahun aku duduk kat sini. Tapi sejak bini kau datang, aku jadi tak senang duduk. Hari-hari, pagi, petang, siang, malam asyik berleter, berleter, berleter. Aku sampai naik berbulu satu badan. Aku dah tak tahan. Aku nak pindah pergi tempat lain. Kalau kau nak bini kau, kau ambillah dia kat bawah tu. Aku pun dah tak tahan lagi dah".

Hah...moral of the story...jembalang pun tak tahan dengor org yg suka berleter tau!!!

Tuesday, July 23, 2013

Lawak Malam Pertama

Rahmat baru sahaja berkahwin dengan Era..

Pada malam pertama selepas majlis pernikahan, mereka berehat di dalam bilik kerana keletihan membantu mengemas dapur, membersihkan periuk, kuali dan segala macam benda lagi..

Sambil berehat di dalam bilik, mereka makan burger yang dipesan dari sebuah restoran makanan segera..

Emak Rahmat yang sememangnye suke menjaga tepi kain orang termasuk anak2nye sendiri memasang telinga dari pintu bilik untuk mendengar perbualan antara anak dan menantu barunye…


Era : bang, dah dipicit2 ni…tp xkeluar2 pon…

Rahmat : lambat sket la tuh nk kuar...lubangnye kecik sgt..sbrlah syg..

Era : ala…lambatnye..xsbr lah bang..saye potong jek lah hujungnye..bg bsar sket lubang ni…boley ke bang..

secara tiba2…mak Rahmat meluru masuk ke bilik anaknye dan terus berteriak..

Mak : jangan!!!!!!! jangan gunting anu anak aku!!!!!!!!!!!!

Rahmat & Era : @#$%%^&**.. nape ni mak.. nk potong sos cili paket ni xboley ke??

Tuesday, May 14, 2013

Cikgu Bendul

Suatu pagi ketika pengajaran geografi dikelas 3 merah sekolah Titom,
Seorang Cikgu bertanya kepada murid-muridnya satu persatu tentang ibukota negara.

*Cikgu*: "Palin, cuba sebutkan ibukota Britain?"

*Palin*: "London, Cikgu!"

*Cikgu*: "Bagus, kamu pulak Apis, sebutkan ibukota Malaysia?"

*Apis*: "Pasti Kuala Lumpur, Cikgu."

*Cikgu*: "Bagus, dan sekarang kamu Lola ibukota Peru?"

*Lola*: "Lima, Cikgu!"

*Cikgu*: "Bagus, sekarang kamu sebutkan satu persatu ibukota Peru."

*Lola*: @#$#@!

Monday, April 1, 2013

BAJU CINTA

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu dgn tanpa seurat benang pun di badannya.

Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

"Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja nie nek!"..


"Yg kau telanjang tu nape!!!???"
marah si nenek.

"Ini la BAJU CINTA saya" balas si cucu perempuannya.

"BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan.

"Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek." pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur.

Sesampainya di rumah, si nenek tadi terus menanggalkan semua pakaiannya, mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya.

Kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang. Beberapa ketika si atok pon pulang.

Sebaik saja pintu di buka, si atok mendapati si nenek berbogel kat depan pintu....

"Awat hang nie? Dah buang tebiat keeer???" marah si atok tadi.

"Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek tadi.

"BAJU CINTA???...... Kok iyea pun..... IRON la dulu baju tuh!! nampak sangat kedutnyer....."

Technology...

Gf : Nk kuar mkn dgn kwn boley ? Si Abu..
Bf : Ok. Jgn balik lambat.
Gf : Yey! Ok. (Bbm xdelivered)
Bf : Kuar dgn sape ni? Senyap je.
Gf : Abu la. Da tau kn. (Xdelivered)
Bf : Kt mane? Ad affair dgn kwn ke kluar lama!!
Gf : Da kt rmh! Line bengong :( (xdelivered)
Bf : OK! U curang, I curang !
Server : Yey! Ok. (baru delivered yg 1st td)
Bf : Ni yg u nak? U pilih I or dia?
Server : Abu la. Da tau kn. (2nd)

heheh...pening palo den.....

Monday, June 13, 2011

x pakai under????

Alkisah ada seorang lelaki yang berusia lewat 50an dan bekerja sebagai CEO disebuah syarikat yang besar di KL.

Pada suatu hari tu... Boss ni memanggil la dia punya seketeri masuk ke ofisnya... seperti biasa seketerinya pun masuk la...

Tolong buatkan saya surat untuk kita punya client...

Si Boss ni pun mula la cakap dia punya mukadimahnya... biasa la Boss... malas nak tulis... cakap punya cakap... Boss ni pun pusing-pusing meja sambil tangan masuk dalam poket seluar... 10 minit kemudian acara mengarang ayat pun habis... si seketeri pun mula bersuara...

Seketeri : Boss... pagi tadi kan ... masa saya nak datang ke Ofis... saya nampak pintu garage boss terbuka...

Boss : (Dalam keadaan kelam kabut) ye ke... tak apa, nanti saya call rumah...terima kasih...

Si seketeri pun blah balik ke meja dia... dan si Boss pun call rumah dia tanya wife dia...

Boss : Yang... tolong tengokkan garage rumah kita... pintu dia terbuka la...
Bini : Tak la bang... baru tadi saya tengok... mana ada terbuka...
Boss : Iye... terbuka... cuba pergi tengok semula.
Bini : Tidakkkkk, tertutup... saya tahu la bang...
Boss : Pergi la tengok... kalau tak terbuka macam mana orang boleh nampak?????
Bini : Okay la... okay la..

Setelah setengah jam kemudian... masa Boss ni tengah relek-relek... baru dia perasan yang zip seluar dia terbuka... (dah memang perangai dia tak suka pakai underware... ) maka nampaklah... mengelabahlah si Boss ni memikirkan mana macam nak cover malu kat seketeri dia tu... dan petang yang sama juga...

Boss : Errr... tadi pagi masa you nampak garage I terbuka... ada tak you nampak BMW kat dalam tu?

Seketeri : Tak... yang I nampak cuma ada Mini Cooper; dengan dua tayar depannya pancit
woakakaakakakaakakakkak.....

Moral: Jangan berlagak... dan pastikan sentiasa berunderware.....

Sunday, June 12, 2011

Burung Kakak Tua yang Gatal

Ada seekor burung kakak tua yang sangat cerdik dan mempunyai pandangan mata yang sangat tajam sehingga boleh menembusi apa-apa halangan yang menutup matanya (Transparent le tu... )

Setiap pagi burung ini akan bertenggek di dalam sangkarnya yang tergantung di tingkap. Rumah tuan punye burung ni terletak di antara sekolah rendah dan kuaters guru Setiap pagi ada 3 orang cikgi melintas di hadapan rumah tuan punye burung ni dari sekolah ke kuaters guru, oleh itu hari-hari lah burung ni perhati 3 orang cikgi yang bertutup litup tuh ke hulu ke hilir... ke hulu, ke hilir.....

Setiap hari burung ni tengok cikgi-cikgi tu atas bawah, atas bawah.. Bila dia boring dia menyanyi -nyanyi... tak pun, dia akan baca skrip cerita sembilu 2... lama-lama makin boring pulak... so dia ternampak le si cikgi-cikgi tu berderet jalan slow-slow nak pergi ke sekolah Burung ni pun kuyu-kuyukan mata dia... then tonyoh tonyoh sikit mata dia... dah tu dia kibas-kibas kan kepak dia... pas tu dia jerit kuat-kuat...
"BELANG!! PUTIH!! BIRU!!!"

Cikgi-cikgi tadi sama-sama menoleh ke arah burung tu dan pandang ke depan semula. Mereka jalan cepat-cepat... Sampai di sekolah mereka cuma saling pandang memandang..... Keesokan harinya cikgi-cikgi tu pun macam biasa lalu depan burung tu lagi. Bila balik ke rumah kuaters guru, burung tu buat dek je... bila cikgi ni nak ke sekolah, burung tu jerit lagi...
"PUTIH!!! BUNGA-BUNGA!!! PINK!!!"

Cikgi-cikgi tu terkejut... dan berjalan cepat-cepat lagi... sampai di sekolah depa pun tanya sesama depa.....cikgi pertama bercakap "camna burung kakak tua tu tau warna sepender yang kita pakai?" Cikgi kedua menjawab "Tak tau pulak... ahli sihir ke apa ntah..." Cikgi ketiga mencelah "Alah..kebetulan je agaknyer... .. tak pe, kita tengok besok pulak camana... " Keesokan hari nya macam biasa... pagi-pagi cikgi-cikgi tu lalu depan rumah burung tu... burung tengah bersenam memusing-musingkan kepaknya 360 darjah...."Iyah! iyah! lapan lapan lagi... satu... dua... " dan seterusnya. Bila cikgi ni nak ke sekolah, lalu lagi depan burung... Burung pun tengok... dia jerit lagi..
KELABU!! HIJAU!! PURPLE!!"

Cikgi-cikgi berlari-lari anak tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Setiba di sekolah guru mereka berbicara lagi...

Cikgi pertama "Memang betul apa yang burung tu cakap... heh, apa nak buat hah?"

Cikgi kedua "Kita mesti buat something untuk uji burung tu... "

Cikgi ketiga... "Aku tau... apa kata esok kita semua pakai color hitam"

"Okey...Set!!!!!" balas depa...

Keesokan harinya... sama juga... bila ke sekolah, burung tu jerit lagi...
"HITAM!! HITAM!! HITAM!!!!"

Cikgi-cikgi tu berlari anak lagi... di sekolah mereka berbincang...

Cikgi pertama "Nampak nya burung tu mempunyai pandangan mata yang transparent... "

Cikgi kedua "Atau pun dia cuma boleh kenal warna... ."

Cikgi ketiga... "Betul tu, mungkin dia dah di latih untuk meneka warna, tapi tidak dilatih untuk meneka bentuk. Kengkawan, apa kata esok kita jangan pakai sepender langsung."

"Orait!! Set!!" depa jawab.

Keesokan hari nya, lagi sekali macam biasa Di waktu pagi burung buat dek je... . bila cikgi-cikgi tu nak ke sekolah, burung tu tengok... ditenungnye lama-lama... cikgi-cikgi tu mula tersenyum dan jalan slow-slow... sambil toleh-toleh kat burung tu... burung tu tengok lagi... dia naik-naikkan mata macam Ziana Zain gitu... dah tu pusing belakang... dia tengok lagi dengan cara menonggeng... dah tu dia pandang ke depan balik... dia garu-garu kepala... dah tu usap-usap dagu... dia cekak pinggang.. dah tu burung tu pegang dagu lagi... pastu dia senyum... .. dia jerit lagi kuat kali ni...

"LURUS!!! LURUS!! KERINTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Cikgi-cikgi ni terus lari sampai tak cukup tanah gamak nyer...

*cikgi=ganti nama pd cikgu pompuan yek...

Saturday, June 11, 2011

Cigarette Name story

I am Peter Stuyvesant I have two friends, Benson and Hedges. I came from the city of Marlboro, in the Salem high country. I Always carry a Mild Seven. I rode on a White Horse. going to Kingsway in Kent.

It was Lucky Strike I fell in love with the daughter of Master Duke. Her name Was YSL. We got married by Perillys, the priest. We checked in at the house of Dunhill and booked into room number 555. I laid her on the bed made of Gold Leaf. I played with her two Matterhorns. When I poked in my Rothmans King Size.

She cried in delight, 'You are a Rough Rider!!!

'You are riding like a mad Camel.

When I asked her if she is satisfied. She answered' I want MORE!!!!

Then suddenly she turned around and asked me if I want to enter her Gudang Garam. She said... depan belakang puas, barulah SAMPOERNA!!!

Jiran yang nakal

Seorang lelaki menghampiri rumah jirannya dan mengetuk pintu... Ketika wanita muda tuan rumah itu membuka pintu..lelaki itu bertanya...

"Cik Puan... adakah cik puan pandai bermain seks?"

Kerana terkejut... wanita muda itu menghempas pintu rumahnya dengan perasaan marah... Namun, lelaki itu tetap mengetuk pintu rumah tadi dan bertanyakan soalan yang sama. Kali ini wanita muda itu menjerit sekuat hati sambil mengusir jirannya yang tidak senonoh itu...

Malamnya.. wanita itu telah menceritakan kejadian memalukan siang tadi kepada suaminya. Suaminya berjanji akan menunggu lelaki biadap itu keesokan harinya jikalau dia datang lagi.

Ternyata benar... keesokan harinya lelaki yang sama datang lagi dan mengetuk pintu. Wanita itu segera membuka pintu sementara suaminya bersembunyi sambil memegang senapang...

Lelaki itu terus bertanya.. "Cik Puan... Cik Puan ni pandai tak main seks?"

"Mestilah pandai.. kenapa encik bertanya soalan ini?" jawab wanita itu dengan berani...

"Baguslah kalau pandai..." kata lelaki itu...

"Kalau begitu.. puaskanlah suami cik puan dan beritahu dia supaya menjauhi isteri saya!!!"

Friday, May 20, 2011

Surat Khabar

Aku baca Harakah- rokok membahayakan kesihatan, aku berhenti merokok.

Aku baca Suara Keadilan- minum arak berdosa, aku berhenti minum arak.

Aku baca Mastika- dadah bahaya, aku berhenti hisap dadah.

Aku baca Dewan Masyarakat- ais tak bagus untuk kejantanan lelaki, aku berhenti minum ais

Aku baca Berita Harian- seks bahaya, AKU BERHENTI BACA Berita Harian!!!

Shampoo Baba

Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

"Sabun apa yang anda gunakan selama ini?".

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, "sabun Baba".

"Kalau deodorant, deodorant apa yang anda gunakan?".

" Deodorant Baba," jawab pelajar itu.

"Minyak wangi?".

"Minyak wangi Baba".

"Shampoo?".

"Shampoo Baba."

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, "Ok, apakah jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar? Siapa tahu anda selama ini memakai produk yang tidak sihat".

Pelajar itu menjawab, "bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba itu rakan sebilik saya.

Staff Penipu


Seorang bos sedang menunggu staff-staffnya datang ke ofis untuk bermesyuarat. Bos itu sungguh marah kerana tiada seorang pun sampi ke ofis. Tiba-tiba kelihatan salah seorang staffnya berlari menuju pintu ofis.

Ang Yii Nii: Bos jangan marah dulu. Saya boleh jelaskan kenapa saya lewat hari ini. Saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas tetapi terlepas, saya menaiki teksi tetapi teksi tersebut rosak di tengah jalan. Saya terjumpa ladang dan membeli seekor kuda. Sedang dalam perjalanan kuda itu jatuh dan mati dan saya berlari 10 km dan baru sampai.

Bos tersebut amat hairan dan pelik dengan penjelasan staff tersebut tetapi membiarkan sahaja kerana beliau dapat datang jugak. Seketika kemudian 8 orang staff datang dengan keadaan kelam kabut dan bos pun bertanya setiap seorang dari mereka kenapa mereka lewat.

Bos: Kenapa kamu lewat ?.

Sasikala Ramiah: Saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas tetapi terlepas, saya menaiki teksi tetapi teksi tersebut rosak di tengah jalan. Saya terjumpa ladang dan membeli seekor kuda. Sedang dalam perjalanan kuda itu jatuh dan mati dan saya berlari 10 km dan baru sampai.

Bos itu pelik dan agak hairan dengan penjelasan staff tersebut tetapi dia telahmelepaskan staff yang pertama dari apa-apa hukuman dan terpaksa juga melepaskan staff yang kedua itu. Dan setiap staff yang ditanya mengapa mereka lewat dan penjelasan mereka juga sama dan akhirnya soalan ditujukan kepada staff ke-9.

Bos: Ha! kamu pula, apa pula penjelasan kamu?

Yanti Rahiza : Saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas tetapi terlepas, saya menaiki teksi tetapi....

Bos: Biar saya teka..[bos itu menyampuk] Teksi tu rosakkan.

Yanti Rahiza : Bukan. Ada terlalu banyak bangkai kuda di tengah jalan. Teksi langsung tidak boleh bergerak.

Perompak Bas Kilang

Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang menuju kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung.
Dalam perjalanan itu mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas.

Nak di jadikan cerita ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut nak mintak tumpang. Jadi bas tu pun berhenti la. Tetiba lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut.

Sorang perompak berkata," Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang ada!!Cepat.!!".

Sorang pekerja kilang tu membalas," ..tapi..kami tak bawak barang kemas kalau gi keja. Duit pun sikit je".

Perompak berfikir seketika,"Ha! gini la. Sebab korang takder barang kemas dan duit kami rogol korang SEMUA ha!ha!ha!ha!".

Pekerja kilang yang muda berkata," Alalaa...takkan la mak cik yang kat belakang tu nak rogol jugak. Tak kesian ker".

Tetiba mak cik tu berdiri," Weh! kau nie tak paham ker kalau dia cakap SEMUA SEMUA la..".

Akhir Dari Sebuah Pertengkaran

Ketika makan tengahari bersama, Aziz berbual dengan Asri jiran sebelah rumahnya.

Aziz : Asri, aku dengar semalam kau bertengkar dengan isteri kau?

Asri : Ya betul.

Aziz: Mesti hebat kan? Jadi akhirnya macam mana?

Asri : Akhirnya dia berlutut di depan aku.

Aziz : Wahhhh!! hebat sekali kau. Kau memang jantan sejati, kemudian apa kata isteri kau?

Asri : Isteri aku berteriak dengan kerasnya, "hei! kalau kau anak jantan, keluarlah dari bawah katil tu dan hadapi aku!!"

Aziz : @#$!%^&%

Minta Tolong

Seorang gadis sedang sibuk menulis di atas meja di dalam pejabat pos. Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki separuh umur.

"Maafkan saya,"kata lelaki itu."Saya nak minta tolong sedikit ni. Boleh tak saudari menulis dan menghantar poskad ini bagi pihak saya?"

Gadis tersebut bersetuju dan meminta barang-barang tersebut. Dia juga tidak kisah untuk menandatanganinya selepas menulisnya nanti.

"O.k! Siap,"kata gadis tersebut tersenyum sambil menghulurkan poskad yang telah ditulis dan ditandatanganinya. Gadis itu pun meminta diri .

Tak sampai beberapa langkah berjalan, gadis itu berhenti kerana dipanggil oleh lelaki tadi. Sambil senyum gadis itu bersuara, "Er...ada apa-apa lagi yang boleh saya lakukan untuk encik?"

"Ya," jawab lelaki tersebut. "Di bahagian bawah poskad ini tolong tuliskan :
P/S - Maafkan saya kerana tulisan ini tidak cantik".

Menantu VS Mertua

Alkisah ada seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma puterinya saja.

Dia lalu memutuskan menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu dan terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa berfikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.

Besoknya ketika keluar dari rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah dan secarik kertas bertulisan "Dari ibu mertuamu".

Giliran menantu ke-2 yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh dan terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian dan dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta.

Besoknya di depan rumah menantu ke-2 terparkir Toyota Alphard, disertai kertas bertuliskan "Dari ibu mertuamu".

Ketika giliran menantu ke-3 diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.

Sempat-sempatnya dia berkata, "rasakan kau", sambil berputar membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, "Dari ayah mertuamu"

Pertandingan Buah Dada Terbesar


Di bandaraya Jakarta berlangsung pertandingan buah dada terbesar peringkat dunia. Serata dunia menghantar wakil masing-masing untuk memasuki pertandingan yang julung-julung kali itu.

Ramai kaum wanita yang memasuki pertandingan. Setelah pihak pengadil mengukur kesemua buah dada para peserta, maka tiba saat yang dinanti-nantikan oleh para peserta untuk mengetahui siapa pemenangnya.

Setelah mendapat kata sepakat dari pihak pengadil, naik pengacara untuk mengumumkan
keputusan.

“Dengan ini diumumkan keputusan pertandingan buah dada terbesar. Tempat ketiga jatuh kepada peserta dari negara Sweden sebesar buah kelapa”.

Maka riuh-rendah para hadirin mendengar keputusan tersebut. Kemudian pengacara melanjutkan pengumuman seterusnya.

“Tempat kedua digondol oleh peserta tuan rumah sebesar buah tembikai”.

Kelihatan para hadirin tidak sabar untuk mengetahui sebesar mana buah dada bagi tempat pertama.

“Maka tempat pertama dimenangi oleh peserta dari India sebesar buah manggis”.

Para hadirin memprotes keputusan pengadil. Bangun seorang hadirin dalam keadaan marah bertanya kepada pengadil, “hoi! macam mana nombor satu sebesar buah manggis boleh menang”.

Dengan tenang ketua pengadil menjawap, “sabar pak, bawa bertenang. Itu baru putingnya saja pak, belum buahnya lagi”.

Pemandu Terbaik

Rahim memandu kereta dan tiba-tiba seorang polis menahannya.Rahim menurunkan tingkap keretanya dan bertanya kepada polis tersebut.

Rahim : Ye encik, ada apa masalah?

Polis : Erm! tak ada apa, saya telah memerhatikan cara pemanduan encik.Hari ini adalah hari bertuah encik kerana saya ingin memberikan encik wang tunai sebanyak RM5,000 kerana dianugerah pemandu terbaik.Tahniah! encik akan buat apa dengan wang ini nanti?

Rahim berfikir sejenak lalu dia pun berkata,

Rahim : Saya rasa saya nak guna duit ni untuk buat lesen kereta.

Mahmud yang duduk di sebelahnya menyampuk percakapan Rahim.

Mahmud : Encik jangan dengar apa yang dia kata.Dia ni bengong sikit kalau dah mabuk todi.

Leman yang duduk di belakang pula menjerit dalam kekecewaan.

Leman : Aku dah cakap, kita takkan terlepas dengan kereta curi ni!!

Seketika itu, kedengaran pulak dari bonet belakang kereta di ketuk dan terdengar seseorang berkata, "pak! pak! udah sampe ke belom?"

Seluar Dalam

Isteri Thanikody marah-marah dan menuduh pembantu rumahnya mengambil seluar dalamnya. Keadaan kecoh membuatkan suasana yang bising dan mengejutkan Thanikody dari tidur.

Thanikody : Apa yang bising ni?

Sasikala : Seluar dalam saya hilang ane. Tentu Seri yang ambil.

Thanikody : Seri, betul kami yang ambil?

Seri: Tidak pak, Seri tak ambil.

Sasikala : Kalau seluar dalam biasa saya tak kisah, ini seluar dalam berjenama. Masih tak pakai lagi. Bukan satu tapi setengah dozen. Seluar dalam tu saya beli masa kat Eropah dulu.

Thanikody : Tentu awak tak cari betul-betul ni.

Sasikala : Dah semua tempat saya cari. Dalam rumah ni tak ada orang lain yang ada. Takkan la ane pakai seluar dalam saya.

Thanikody : Mana ada ane ambil. Seri, betul ke kamu tak ambil seluar dalam tu?

Seri: Betul pak. Sumpah. Pak pun tahu saya TAK PERNAH PAKAI seluar dalam. Masakan saya teringin seluar dalam tu.
The Most Popular Traffic Exchange