Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts
Monday, December 28, 2015
Tuesday, January 27, 2015
10 Tips Pemasaran Dengan Facebook untuk Bisnes Skala Kecil
Berikut adalah 10 cara promosi perniagaan melalui Facebook untuk perniagaan kecil untuk memaksimumkan perniagaan anda dengan kerja yang minimum.:
Tetapkan tujuan yang realistik
Jangan berharap untuk mendapatkan ribuan ”LIKE” dalam bulan pertama Anda, tetapi berfikirlah dengan realistik dengan mulakan dari yang kecil untuk mendapat angka yang lebih besar.
Luangkan sedikit waktu anda
Cuba untuk membahagikan waktu anda, paling 1 satu jam sehari untuk update posting Facebook tentang perniagaan anda dan berkomunikasi terus dengan pelanggan.
Pelajari sebanyak yang boleh
Mulakan iklan dengan modal kecil
Anda boleh mula membuat iklan Facebook ads untuk melihat seperti apa hasilnya dengan kos iklan yang dikeluarkan samada efektif atau tidak. Kaji kedudukan demografi dan kata-kata kunci (keyword) untuk menghasilkan Return of Investment (ROI) yang bagus.
Buat halaman Fanpage
Buatlah halaman Fanpage untuk perniagaan anda. Setelah anda buat Fanpage, undanglah semua teman-teman anda agar menjadi FANS pertama untuk halaman Facebook anda.
Status dengan yang terkini
Update status Fanpage anda dengan status terkini yang boleh mendorong teman anda untuk terlibat aktif dengan halaman perniagaan anda. Hal ini akan membuat status Fanpage anda banyak memperolehi LIKE.
Sapa FANS anda
Kirim ucapan terima kasih tepat setelah seseorang mengklik “LIKE” pada halaman anda, Perhatikan baik-baik apa yang dilontarkan atau yang disarankan oleh FANS laman Facebook perniagaan anda, dari sana anda akan membuat fanspage lebih aktif dan berkembang.
Jangan spam
Promosi kupon diskaun
Berikanlah kupon diskaun untuk menarik peminat pembeli anda, agar mereka berminat untuk membelinya/berlanggan dengan anda. Lakukan secara berkala agar pelanggan yang sudah ada tetap setia dengan anda.
Tawarkan membership
Tawarkan membership atau keanggotaan dengan berbagai macam tawaran menarik jika menjadi anggota atau berlanggan dengan perniagaan anda.
Wednesday, January 14, 2015
Business Social Networking – Kepentingannya Dalam Perniagaan
Kesilapan
yang sering dibuat oleh segelintir syarikat ialah mengunakan rangkaian
sosial untuk menjual produk dan perkhidmatan, sedangkan para pengguna
ingin berkomunikasi dengan syarikat dan berkenalan dengan
pengguna-pengguna lain yang mempunyai minat yang sama.
Menurut IDC (International Data Corporation), inisiatif yang
berkaitan dengan rangkaian sosial dengan tujuan membuat urusniaga akan
merangkumi 2,000 juta USD perniagaan dalam tahun 2014.
Masih ada usahawan yang menganggap rangkaian sosial sebagai sesuatu
yang mahal atau sesatu yang akan mengurangkan nilai jenama mereka.
Strategi komunikasi internet mereka sebaliknya, biasanya lebih murah,
lebih fokus dan dapat diukur.
Cara para pengguna mempengaruhi pengguna-penguna lain dalam keputusan
pembelian, antaranya melalui perkongsian pendapat, harus dijadikan
faktor utama untuk melakukan kegiatan pemasaran produk anda melalui
rangkaian sosial.
Impak rangkaian sosial
Bidang komunikasi telah berubah. Semua teknik komunikasi yang
bersifat satu hala di antara komunikasi syarikat dan pelanggan sudah
tinggal kenangan. Rangkaian sosial membantu menjadikan syarikat-syarikat
lebih telus, mendapat kepercayaan dan membina kredibiliti melalui
komunikasi dengan para pelanggan. Di zaman ini, sebelum membuat
pembelian, para pelanggan akan mencari maklumat tentang produk yang
diperlukan menggunakan enjin carian atau rangkaian sosial. Mereka
memperolehi maklumat bukan sahaja berkenaan tawaran semasa, tetapi juga
tentang pengalaman pelanggan-pelanggan lain yang telah menggunakan
produk tertentu.
Kehadiran dalam rangkaian sosial juga penting kerana ia membolehkan
hubungan lebih rapat dengan pelanggan. Tugas para pakar adalah untuk
mewujudkan persekitaran yang sukar ditolak, yang akan menarik orang
ramai yang berpotensi menjadi pelanggan/pengguna, bergantung kepada
pemikiran dan tindakan mereka.
Apabila anda mengambil keputusan untuk menceburi rangkaian sosial,
adalah penting untuk mengetahui akan kelebihannya, dan juga risiko yang
perlu dihadapi. Pertama sekali, paling asas ialah menentukan halatuju
dalam menentukan strategi pemasaran selanjutnya. Kehadiran anda haruslah
bermakna; jika anda hanya sekadar terikut-ikut syarikat-syarikat lain
yang telah menyertai rangkaian sosial, tindakan ini tidak masuk akal.
Kelebihan Rangkaian Sosial
Banyak syarikat yang belum cukup faham tentang faedah-faedah apabila
sesebuah syarikat menyertai rangkaian sosial, manakala syarikat-syarikat
yang memahaminya telah menjadikannya keutamaan dalam melaksanakan
kegiatan pemasaran. Berikut adalah sebahagian daripada faedah-faedahnya:
Khidmat Pelanggan. Tiada cara yang lebih baik untuk
memastikan para pelanggan sentiasa gembira selain daripada menyediakan
kaedah yang membolehkan para pelanggan mendapat maklumat penuh dan
sokongan tentang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Rangkaian
sosial membolehkan anda sentiasa berkomunikasi dengan pelanggan, dan
dengan itu memberi perkhidmatan yang sentiasa diingati dan diganjarkan
dengan pembelian baru.
Promosi produk. Rangkaian sosial bukan sekadar untuk
penjualan produk atau perkhidmatan, sebaliknya, ia bertujuan untuk
mendengar dan berkomunikasi. Ia merupakan saluran yang sangat penting
dalam mempromosikan produk baru. Ia juga merupakan saluran yang baik
untuk mempromosikan laluan (traffic) ke laman web anda.
Kajian Pemasaran secara real time. Berbeza dengan
sebelum ini, sekarang kita boleh mendapatkan banyak data tentang produk
atau perkhidmatan anda, termasuk maklumat tentang projek baru atau
perasmiannya, secara real time. Lebih mudah untuk mendapatkan informasi
yang dapat membantu memperbaiki dan memajukan produk dan perkhidmatan
dengan penyertaan yang dapat membawa maklumbalas yang bernilai, dan yang
paling enak ialah ianya percuma.
Saturday, November 15, 2014
FB Viralism: Gandakan Trafik & Prospek 300%
Naikkan Fans, LIKE Artikel Blog, Jana Trafik ke Blog, Affiliate. . .
Kumpul List, Tingkatkan Jualan, & Gandakan Prospek Percuma Ke Mana-mana Offer Anda Hari Ini Secara Automatik!
Tingkatkan Jualan Produk Dengan FB Viralism!
Sebenarnya saya sangat suka dengan pemasaran viral. Kenapa?
Sebab kerja yang saya lakukan hanyalah minimum tapi kesannya saya dapat
trafik beribu-ribu lemon terutamanya di media sosial.
Beberapa tahun dulu, jika anda kenal saya, saya telah
lancarkan produk FB Ninja Viral dan Alhamdulillah telah banyak membantu
usahawan di Malaysia dengan produk tersebut.. Hasilnya,banyak
fanpage-fanpage di Malaysia mempunyai LIKE atau FANS yang banyak dengan
singkat dan pelanggan yang mereka dapat lebih dari apa yang diusahakan.
Kali ini, saya datang lagi dengan produk terbaru iaitu FB VIRALISM yang kini lebih power dengan 3 kuasa kuda!!!
FB Viralism merupakan software yang mampu tingkatkan jualan
produk dengan menggunakan kuasa pemasaran viral melalui Facebook. Ia
mempunyai fungsi yang akan menyebabkan tawaran anda akan dapat dilihat
oleh ribuan prospek dengan hanya buat kerja sekali.
Saya yakin anda dah tahu tentang keberkesanan post yang
dipaparkan melalui newsfeed pengguna Facebook dan saya yakin anda pernah
klik salah satu post newsfeed memandangkan post jenis ini mudah untuk
dapat tarikan prospek sebab gambar pada post tersebut memenuhi ruang
newsfeed mereka. Jika anda tidak faham apa yang saya katakan ini, jom
saya tunjukkan satu contoh post yang saya maksudkan di bawah:
Monday, November 4, 2013
7 APLIKASI TERKAYA DUINA... SIAPA PEMILIKNYA?
DALAM MELAYARI DUNIA TEKNOLOGI MASA KINI, PASTI RAMAI YANG MENGEMARI
APLIKASI TELEFON PINDAR YANG SEMEMANGNYA MEMUDAHKAN KEHIDUPAN SEHARIAN.
TAHUKAH ANDA BAHAWA APLIKASI TELEFON JUGA MAMPU MERAIH KEUNTUNGAN YANG
MENAKJUBKAN. SIAPA SANGKA ADA DI ANTARA MEREKA YANG MERUPAKAN TULANG
BELAKANG APLIKASI INI JUGA MAMPU MENJANA KEUNTUNGAN SEBANYAK JUTAAN
RINGGIT. DIBAWAH ADALAH SENARAI 7 PEMILIK APLIKASI YANG TERKAYA DUNIA...
Wechat – Ma Huateng
WeChat adalah sebuah aplikasi chat lintas platform/OS yang berfungsi
untuk menghubungkan beberapa pengguna smartphone. Aplikasi ini untuk
pertama kalinya diperkenalkan di China, dan dari sanalah aplikasi WeChat
ini berasal, lalu berkembang hingga menjadi cukup populer di seluruh
dunia seperti di saat sekarang ini. Pengasas We chat ialah Ma Huateng
merupakan seorang jejaka bangsa Han berasal dari Chaoyang, wilayah
Guangdong. Beliau dilahirkan pada tahun 1971 dan merupakan lulusan
Jabatan Sains Komputer Universiti Shenzhen. Ma Huateng telah
menghabiskan keseluruhan kerjaya dalam bidang komputer. Beliau menyertai
Runxun Komunikasi Development Co Ltd pada tahun 1993. Aplikasi ini
boleh di katakan telahpun menjadi fenomena di Malaysia. Mana tidaknya
sterategi promosi mereka mampu menarik seramai 50 juta pengguna yang
menggunakan aplikasi ini. Selaras dengan aplikasi komunikasi ia juag di
lengkapi dengan penasan ringkasn, audio, video serta gambar.
Facebook – Mark Zuckerberg
Apabila revolusi aplikasi ini mula menyerang masyarakat serata dunia
ramai yang mula menggunakan aplikasi ini sebagai salah satu batu
lonjatan dalam pelbagai aspek. Malah rata-rata usahawan muda yang mula
berjinak-jinak dalam bidang perniagaan menggunakan facebook sebagai
medium perniagaan mereka. Pasti ramai yang sudah mengenali dengan Mark
Zuckerberg yang merupakan individu penting dalam menghasilkan aplikasi
serbaguna ini. Mark juga di antara pemilik aplikasi yang paling popular
di serata dunia. Pengguna aplikasi ini ialah 425 million dan semakin
bertambah sepanjang tahun.
KakaoTalk – Beom-Soo Kim
Kakoa talk merupakan salah satu aplikasi baru yang mula menempa nama
di hati peminat seluruh dunia. Menambil ikon seperti kumpulan hangat Big
Bang dari korea sebagai penarik utama, aplikasi ini berjaya menarik
ramai peminat mereka untuk mengguna aplikasi ini. Miliki pelbagai fungsi
sememangnya banyak membantu masyarakat untuk memudahkan komunikasi.
Hanya dalam masa tiga tahun sahaja pengguna KakaoTalk hampir mencecah
angka 90 juta. Satu pencapaian yang cukup membanggakan. Aplikasi yang
berasal dari china ini di asaskan oleh Beom-Soo Kim ini cukup
berkembang dari segi publisiti serta fungsi yang pelbagai memberi
manfaat kepada pengguna
Instagram – Kevin Systrom and mike krieger
Ia boleh dikatakan Instagram merupakan salah satu perkhidmatan
popular dikalangan pengguna peranti Android dan juga iOS. Hari ini,
pembangunnya secara rasminya mengumumkan yang mana kini mereka mempunyai
lebih daripada 100 juta pengguna aktif seluruh dunia yang menggunakan
perkhidmatan Instagram. Pada awalnya hanya eksklusif untuk pengguna iOS.
Pada tahun lepas, ia telah melancarkan aplikasi untuk Android, dan
seterusnya diambil-alih oleh pihak Facebook pada harga yang agak
mengejutkan ramai pihak. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah
Instagram akan dilancarkan untuk platform lain. Beberapa laporan sebelum
ini mengatakan mereka akan hadir dengan aplikasi BlackBerry 10 tidak
lama lagi.
Waze – Uri Levine
Salah satu aplikasi popular yang berasaskan komuniti yang memfokuskan
kepada perkongsian berkaitan trafik dan lalu-lintas di sekitar anda.
Pada masa yang sama, ia juga membawakan sokongan navigasi bersama
dengannya. Memandangkan ianya aplikasi percuma dan berasaskan komuniti,
kini pengguna Waze Malaysia juga turut dilihat bergiat aktif dalam
berkongsi data melaluinya. Melalui Waze, para pengguna boleh mengetahui
keadaan trafik masa-nyata, selain turut mengetahui keadaan jalan raya
sekitar anda, sekaligus memudahkan anda membuat perancangan untuk
perjalanan anda. Pada masa yang sama juga, ia turut membolehkan para
pengguna memuat-naik gambar keadaan jalan raya dan sebagainya, serta
berkongsi bersama yang lain. Bagi para pengguna Malaysia, untuk
mengenali dengan lebih rapat antara satu sama lain dikalangan komuniti
Waze Malaysia (tidak rasmi) melalui halaman Facebook, dan bagi mereka
yang baru ingin mempelajari bagaimana anda boleh menyumbang kepada
komuniti, anda boleh mengikuti tutorial ringkas yang disediakan oleh
salah seorang dari komuniti Waze Malaysia ini. seramai 50 juta pengguna
di seluruh dunia di laporkan dan ia semakin meningkat setiap hari.
Twitter – Jack Dorsey
Twitter merupakan salah satu aplikasi social yang semakin di minati
oleh golongan muda. Kebanyakan daripada pengguna tediri daripada remaja
yang ingin tahu mengenai informasti. Ramai juga di atara usahawan muda
khususnya menggunakan twitter sebagai bahan hebahan berita. Twitter
adalah perkhidmatan rangkaian sosial dan micro-blogging yang membolehkan
pengguna menghantar dan membaca mesej yang dipanggil tweet, iaitu
pesanan teks sekurang-kurangnya 140 patah pertaaan yang dipaparkan dalam
halaman profil penulisnya dan diutuskan kepada para pelanggan penulis
yang dikenali sebagai “pengikut” (follower). Penghantar boleh
mengehadkan utusan kepada lingkungan rakan-rakan, ataupun membenarkan
capaian terbuka kepada semua pengguna web. Pengguna boleh menghantar dan
menerima tweet melalui laman web Twitter, SMS atau mana-mana aplikasi
luaran. Sungguhpun perkhidmatan Twitter sendiri adalah percuma,
penggunaaannya melalui SMS boleh dikenakan yuran telekom. Jack Dorsey
merupakan pencipta aplikasi ini sememangnya merupakan di antara pemilik
aplikasi yang cukup popular. Beliau juga pernah menerima anugarah
“Innovator of the Year Award” for technology dari The Wall Street
Journal.
SKYPE – Janus Friis and Niklas Zennström
Aplikasi video merupakan salah satu gaya berhubung masa kini yang
cukup popular. Kebanyakan daripada pengguna aplikasi ini terdiri
daripada peniaga serta syarkat besar yang inginkan berhubung di dalam
talian video. Dengan ada nya aplikasi ini dalam mudah alih sememangnya
membantu kita untuk berhubung di antara satu sama lain di serata dunia.
Skype memiliki 280 juta pengguna di seluruh dunia pelibatan ini juga di
katakan salah satu cara terbaik untuk menarik pelanggan serta cara
menyampaikan masej yang effective dalam perniagaan. janus friis and niklas zennström merupakan
anak muda kelahiran Denmark mula. Dia juga pernah mendapat anugerah
dari Time Magazine’s sebagai list of 100 most influential people pada
tahun 2006
Sumber: majalah.jootawan.com
Friday, April 26, 2013
8 Life Lessons Taught by Candy Crush
Candy Crush is the sweetest addiction to hit our smartphones this year, by far. It's a huge time sink and despite being immensely frustrating in the later levels, people just can't stop playing.
In many ways, Candy Crush is just like real life, with 8 lessons we can use four our day-to-day lives.
In many ways, Candy Crush is just like real life, with 8 lessons we can use four our day-to-day lives.
8. Life is not always fair. Sometimes you get lucky with a good board, sometimes you don't. Deal with it.
7. Persistence is the key to success. If you persist long enough, one of these days you are bound to get it right somehow. Or get lucky. Or both.
6. Ask friends for help when you need it. You'll be surprised at how many are able and willing.
5. Help friends as much as you can. Life is all about give and take after all.
4. There will not always be friends who can help you out. It happens. Suck it up and wait.
3. You won't always understand what's going on. That's fine, you're not expected to.
2. Chocolate is evil. It will mess things up.
1. Life is equal parts fun and frustrating. It is full of challenges every step of the way, yet it can also be sweet and colorful!
Saturday, September 1, 2012
Can't get enough of FB or Twitter? Here's how social media addicts like you can get a job!
Is your dream career to FB and tweet all day long? Meet Amanda!
Visume is one of the many
exciting features brought to you by the new myStarjob. From job listings
to industry features to ground events, they bring career seekers and
career makers together like never before. Find them every Saturday in
The Star or at mystarjob.com.
Introducing Visume, one of the many exciting features brought to you by myStarjob.
Upload. Apply. Attend interviews. All from the same seat.
More info at mystarjob.com
* Deposit a resume with us from 20 September 2012 & stand a chance to win a ride!*
Subscribe to:
Posts (Atom)