Oleh Murshid Eunos
Hari ini istilah tatarias diri bukan hanya
untuk kaum wanita sebaliknya lelaki juga perlu memberi penekanan kepada
keseluruhan aspek penampilan dan kebersihan diri. Jangan anggap ia
sebagai beban kerana setiap langkah penting bagi mendapatkan awet muda
biarpun tubuh terus dimamah usia. MURSHID EUNOS senaraikan 10 ciri ini.
1. Sabun buku bukan untuk wajah
Lelaki mempunyai kulit berminyak kira-kira 15 peratus melebihi
wanita. Pori besar membenarkan segala kekotoran meresap ke dalam kulit.
Usah malas mencuci muka menggunakan pembersih wajah yang betul. Elakkan
penggunaan sabun buku untuk badan pada wajah. Begitu juga dengan syampu
dan krim pencukur, pastikan anda mempunyai sabun khusus untuk setiap
perkara.
2. Krim pelindung matahari
Disebabkan kebanyakan lelaki banyak menghabiskan waktu dengan
aktiviti luar pejabat, kulit mereka mudah terdedah pada cahaya matahari.
Bagi mengelak diserang masalah warna kulit tidak sekata, jangan
ragu-ragu menggunakan krim atau losyen pelindung matahari setiap hari.
3. Pelembap rambut
Langkah yang sering ditinggalkan jejaka ialah merapi rambut selepas menggunakan syampu. Tiada salahnya merapi rambut sebanyak dua kali seminggu (bergantung pada jenis rambut) kerana ia penting bagi mengekalkan kelembutan tekstur rambut. Ia juga mampu menyingkirkan minyak berlebihan pada akar kepala sekali gus mengurangkan risiko rambut gugur.