Showing posts with label LZS. Show all posts
Showing posts with label LZS. Show all posts

Sunday, August 4, 2013

Hukum tunai zakat dengan cara moden

Oleh: www.hamizul.com

Apakah hukumnya membayar zakat dengan pelbagai kaedah terbaharu pada hari ini, misalnya dengan kad kredit, perbankan internet dan SMS?

Jawapan: Allah SWT menyatakan di dalam al-Quran: “Allah menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu,” (al-Baqarah: 185). Manakala di dalam kaedah dakwah Islam, ada suatu kaedah yang berbunyi “mudahkan jangan kamu payahkan.”

Berbalik kepada persoalan di atas. Menunaikan zakat adalah kewajipan dan berdosa hukumnya jika ia dilalaikan. Maka, institusi zakat seperti Lembaga Zakat Selangor yang dilantik oleh pemerintah Islam hendaklah berusaha agar kewajipan itu mudah untuk dilaksanakan oleh semua orang. Apabila mudah ditunaikan, maka kewajipan umat Islam akan terjaga dan ia memberikan kesan yang baik kepada pihak pembayar zakat (muzakki) mahu pun pihak penerima zakat (mustahiq).

Iktibar memberikan kemudahan dalam urusan zakat dapat disandarkan kepada amalan pada zaman dahulu. Misalnya, rasulullah SAW telah melantik ramai daripada kalangan sahabat baginda sebagai amil. Tujuannya, supaya mereka dapat mendekati lebih ramai umat Islam dan memudahkan urusan zakat ditunaikan. Bahkan pada zaman Umar bin al-Khattab r.a misalnya, baginda melantik amil berjawatan tetap yang ditugaskan bukan sekadar mengutip zakat, bahkan menolong para muzakki menaksir berapakah jumlah zakat daripada harta mereka.

Pada zaman Saiyidina Uthman bin Affan r.a menjadi khalifah pula, Uthman antara lain memberikan keizinan agar harta yang mahu dikeluarkan zakat itu boleh ditukar ganti dengan nilaian wang. Uthman berijtihad demikian demi mengelakkan harta zakat seperti buah-buahan menjadi rosak jika sudah lama disimpan di dalam Baitul Mal.

Maka, pada hari ini perkembangan dalam sektor kewangan dan transaksi sudah begitu meluas. Pelbagai inovasi sudah dan akan terus diterokai oleh umat manusia. Ia termasuklah dengan kewujudan internet, kad kredit, mesin bayaran tanpa tunai, SMS dan sebagainya lagi yang memungkinkan transaksi tanpa bersemuka dapat dijalankan semudah A, B dan C. Semuanya cukup hanya dengan menekan butang demi butang lalu memasukkan angka dan semuanya sudah terlaksana.

Oleh itu, Islam sebagai agama yang meraikan perubahan tidak rigid dalam menerima pembaharuan seperti ini. Bahkan Islam memanfaatkannya agar ia dapat memberikan kemudahan kepada penganutnya. Sungguh pun inovasi ini mungkin dicipta oleh orang bukan Islam, namun selagi ia tidak bertentangan dengan kaedah syarak dan hukum Islam, maka ia dapat diterima untuk diamalkan. Samalah seperti mana kerajaan Islam pada zaman Bani Abbasiyyah yang menerima kemasukan pengaruh kerajaan Parsi yang sudah maju dalam membangunkan wilayah Islam.

Kesimpulannya, menunaikan zakat dengan pelbagai kaedah baharu ini tidaklah menjadi suatu kesalahan di sisi Islam. Ia adalah sah bahkan memudahkan urusan dengan syarat, hendaklah dipatuhi segala rukun zakatnya, iaitu niat dan berlakunya perpindahan harta zakat daripada muzakki kepada mustahiq. Wallahua’lam.

Sebarang kemusykilan zakat sila e-mailkan kepada hamizul@e-zakat.com.my atau layari www.e-zakat.com.my

Wednesday, August 15, 2012

MAIS - Pengurus Perkhidmatan Korporat


IKLAN JAWATAN KOSONG
LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (MAIS)
Tarikh Tutup Permohonan: 9 September 2012


PENGURUS PERKHIDMATAN KORPORAT
Selangor - Shah Alam


Responsibilities:

  1. Merancang pembangunan strategi jangka pendek dan jangka panjang Lembaga Zakat Selangor (MAIS), menyediakan perancangan tahunan dan anggaran bajet untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan.
  2. Menyatukan pelan-pelan strategik dari Jabatan-jabatan utama, menganalisa dan melahirkan pelan strategik organisasi yang selari dengan niat strategik Lembaga Zakat Selangor (MAIS).
  3. Menyemak, memantau dan membuat laporan pencapaian inisiatif dan petunjuk prestasi utama (KPI) Lembaga Zakat Selangor (MAIS) sebelum dibentangkan kepada pihak pengurusan dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah.
  4. Menjalankan kajian-kajian yang menyokong pembangunan dasar dan penyediaan perancangan Lembaga Zakat Selangor (MAIS) di dalam bidang keberhasilan utama organisasi.
  5. Melaksanakan analisa kutipan dan agihan zakat dalam usaha meningkatkan kutipan serta pengagihan yang tersusun dan berkesan.
  6. Menyelaras kertas-kertas cadangan, laporan dan kajian untuk dibentangkan ke Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah.
  7. Membina dan mengekalkan hubungan strategik dengan pihak-pihak yang berkepentingan.

Requirements:
  1. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Ekonomi, kewangan  atau yang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan, luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  2. Mempunyai 7 pengalaman dalam bidang perancangan korporat, perniagaan, pembangunan perniagaaan, operasi, kewangan.
  3. Pendedahan kepada berbagai cabang operasi perniagaan dan organisasi merupakan satu kelebihan.

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil sesi temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 2 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya


The Most Popular Traffic Exchange