Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Thursday, August 1, 2013

Proton Hari Raya TVC 2013

 

The bus driver found something inside the Proton car. 

It changed his life forever.


New Hari Raya TVC from Proton. Will the bus driver be impressed by Proton in the end?


 Proton Hari Raya TVC 2013 

Watch how Proton is using technology to make Hari Raya even more meaningful for these kids.  

 Click the photo to watch the Video

Tuesday, July 30, 2013

BIASISWA SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA (TPM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) TAHUN 2014



TAWARAN BIASISWA 
SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA (TPM) UITM 
BAGI PENGAJIAN DI PERINGKAT DOKTOR FALSAFAH/SARJANA 
TAHUN 2014

TARIKH TUTUP: 21 OGOS 2013



UiTM mempelawa Bumiputera Warganegara Malaysia yang dinamis dan ingin membina kerjaya dalam bidang pengajaran dan penyelidikan serta mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk memohon biasiswa di bawah Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) Universiti Teknologi MARA Tahun 2014 bagi mengikuti kursus-kursus Ijazah Kedoktoran dan Ijazah Sarjana dalam bidang-bidang pengajian sepertimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Latihan & Pembangunan Staf (Induk) UiTM.

CARA-CARA MEMOHON
Calon-calon adalah diminta untuk mengisi borang permohonan Tenaga Pengajar Muda (TPM) secara atas talian melalui laman web UiTM http://www.uitm.edu.my/.

TEMPOH IKLAN
Iklan akan dibuka dari 01 Ogos 2013 hingga 21 Ogos 2013.

SYARAT
Syarat-syarat kelayakan memohon adalah seperti yang diiklankan.
Sebarang permohonan yang dibuat TANPA mengisi borang TPM secara atas talian TIDAK AKAN DIPROSES.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.



BAHAGIAN BIASISWA JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
PEJABAT PENDAFTAR
UiTM SHAH ALAM 

Monday, July 29, 2013

Jahit - Petronas short film for Raya (2013)

A video that will make you rethink your life.


Satu lagi filem sempena Raya 2013 dari Petronas. Tak mengecewakan!

A heartwarming story with a simple message that with hard work and diligence, good things will come.

 Click the photo to watch the Video 

Tuesday, July 23, 2013

Senarai Lengkap 50 Orang Terkaya di Dunia 2012

Bilionair dari Mexico, Carlos Slim mengekalkan kedudukan tempat teratas sebagai individu terkaya di dunia buat kali ketiga berturut-turut dalam senarai majalah Forbes baru-baru ini. Beliau memiliki anggaran kekayaan berjumlah AS$69 bilion (RM207 bilion).


Pengasas Microsoft Corporation, Bill Gates menduduki tempat kedua dengan anggaran kekayaan sebanyak AS$61 bilion (RM183 bilion).

Ahli perniagaan dari Amerika Syarikat (AS), Warren Buffett berada di tempat ketiga dengan anggaran kekayaan berjumlah AS$44 bilion (RM132 bilion).

Peniaga barang-barang mewah yang memiliki syarikat LVMH dari Perancis, Bernard Arnault masih kekal di tempat keempat dengan anggaran kekayaan berjumlah AS$41 bilion (RM123.41 bilion).

Empat individu teratas itu masih kekal sama seperti senarai Forbes pada tahun lepas.

Berikut senarai lengkap 50 orang terkaya di dunia mengikut senarai Forbes:




 

Wanita paling muda dalam senarai itu ialah pengasas syarikat Spanx, Sara Blakely yang mempunyai anggaran aset berjumlah AS$1 bilion (RM3 bilion) hasil perniagaan pakaian pelangsing badan dan berada pada kedudukan 1,153. Beliau merupakan antara 104 wanita dalam senarai itu.

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, 27, berada di tempat ke-35 dengan anggaran kekayaan berjumlah AS$17.5 bilion (RM52.67 bilion).

Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg berada pada tangga ke-20 dengan anggaran kekayaan sebanyak AS$22 bilion (RM66.2 bilion).

Seorang kerabat diraja Arab Saudi, Putera Alwaleed Talal al-Saud memiliki anggaran kekayaan berjumlah AS$18 bilion (RM54.18 bilion) berada pada tangga ke-29.

Menurut perangkaan Forbes, terdapat seramai 1,226 bilionair di dunia.

Sementara itu, Robert Kuok menduduki tangga ke-64 dengan anggaran kekayaan AS$12.4 bilion (RM37.32 bilion) diikuti Ananda Krishnan di tangga ke-93 yang dianggarkan mempunyai kekayaan berjumlah AS$9.9 bilion (RM29.79 bilion).

Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary menduduki tangga ke-344 dengan anggaran kekayaan sebanyak AS$3.3 bilion (RM9.93 bilion).

Wednesday, April 24, 2013

Get Malaysian Business Online (GMBO)

 

Get Malaysian Business Online


Tahukah anda bahawa terdapat bantuan geran sebanyak RM1000 untuk anda para usahawan mikro?


Pemberian geran RM1000 ini adalah kelangsungan daripada program "GET MALAYSIAN BUSINESS ONLINE" yang dikhaskan untuk para usahawan-usahawan mikro yang ingin membawa perniagaan mereka secara online. Namun usahawan-usahawan lelaki juga boleh memohon untuk mendapatkan geran yang bernilai RM1000 ini dengan membuat permohonan. Dibawah ini saya sertakan maklumat2 berkenaan GMBO yang diambil dari laman web SKMM sendiri.

 

usahawan mikro

Perkara yang anda perlu tahu tentang GET MALAYSIAN BUSINESS ONLINE


1.  Apakah itu Get Malaysian Business Online?
Get Malaysian Business Online ialah inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2013 oleh Perdana Menteri bagi membantu 50,000 usahawan mikro terutamanya wanita untuk melonjakkan perniagaan atas talian. Geran RM1,000 akan diberikan kepada pemohon yang

layak.

2.
Apakah syarat untuk mendapatkan geran Get Malaysian Business Online?

Syarat-syarat permohonan:
  1. Warganegara Malaysia berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita;
  2. Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
  3. Pendaftaran nama domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my) dan laman sesawang yang aktif;
  4. Mempunyai langganan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M);
  5. Akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan; dan
  6. Keutamaan kepada usahawan mikro – jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 5 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.

3.  Bilakah saya boleh mula memohon?Permohonan dibuka bermula dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 atau sehingga peruntukan RM50 juta telah dipenuhi.


4.  Bagaimana cara untuk saya memohon?Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di www.skmm.gov.my atau di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang berdekatan. Klik sini untuk download senarai PI1M.



borang geran rm1000



5. Bagaimanakah geran diagihkan?
Geran RM1,000 akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan atas nama usahawan/syarikat/perniagaan.

6. Berapa lamakah masa yang diambil untuk permohonan diproses?
Permohonan yang diterima akan diproses dalam tempoh 30 hari bekerja.

7. Apakah sebab permohonan ditolak?
Permohonan ditolak disebabkan beberapa faktor:

- Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat;
- Syarat-syarat tidak dipenuhi;
- Permohonan telah dibuat oleh ahli kongsi usahawan/syarikat/perniagaan.

8. Berapa kali permohonan boleh dibuat?
Setiap usahawan/syarikat/perniagaan hanya boleh memohon sekali sahaja.

9. Bagaimanakah pemohon mengetahui bahawa permohonan telah diterima?
Akuan penerimaan dan nombor rujukan akan diberikan oleh SKMM setelah borang permohonan telah diisi sepenuhnya dan dihantar.

10. Bagaimanakah untuk mengetahui status permohonan?
Pemohon boleh menyemak status permohonan melalui laman sesawang SKMM melalui nombor kad pengenalan pemohon. Semak status permohonan disini.

11. Adakah terdapat sebarang perjanjian antara usahawan dengan pihak SKMM setelah mendapat dana tersebut?
Tiada.

12. Adakah terdapat sebarang caj perkhidmatan bagi memohon geran tersebut?
Tidak

13. Adakah penerima geran perlu melaporkan penggunaan wang RM 1,000 yang diterima kepada SKMM?
Penerima geran tidak perlu menghantar laporan. Pihak SKMM akan membuat pemantauan dan tinjauan berterusan mengenai keberkesanan program.

14. Adakah terdapat sebarang bantuan/geran susulan bagi membantu usahawan meneruskan perniagaan?
Tiada

15. Adakah terdapat sebarang bantuan atau syarat minima bagi membantu usahawan membuka akaun bank?
Tiada.

16. Adakah geran RM 1,000 ini hanya boleh digunakan untuk pembangunan laman sesawang atau kegunaan lain syarikat?
Geran yang diberikan adalah untuk melonjakkan perniagaan atas talian dan tidak terhad kepada pembangunan laman sesawang tetapi boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti latihan/kursus, langganan perkhidmatan jalur lebar atau telefon pintar, komputer, langganan perkhidmatan aplikasi perniagaan awan (cloud based business applications) dan sebagainya.

17. Adakah usahawan lelaki dibenarkan untuk memohon geran tersebut?
Ya.

18. Saya adalah usahawan yang memasarkan perkhidmatan dalam talian. Adakah saya layak memohon?
Anda layak memohon sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

19. Adakah saya layak memohon sekiranya saya hanya memasarkan produk melalui laman blog dan facebook?
Anda perlu mempunyai lawan sesawang (.com.my) atau (.my) bagi memasarkan perniagaan anda selain dari laman sosial yang digunakan. Anda juga boleh menggunakan domain lain seperti .net.my/.org.my/.edu.my.

20. Adakah geran RM1,000 tersebut akan dibayar terus kepada saya atau disalurkan kepada pembangun laman sesawang tersebut?
Geran akan disalurkan terus kepada usahawan/syarikat/perniagaan yang memohon melalui akaun bank yang didaftarkan.

21. Saya mempunyai perniagaan tetapi masih belum berada dalam talian. Bagaimanakah saya hendak mendaftar dan membangunkan laman sesawang perniagaan saya?
Pendaftaran laman sesawang boleh dilakukan dengan myDomain Registry manakala pembangunan laman sesawang boleh dilakukan dengan mana-mana agensi atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan pembangunan laman sesawang. Anda juga boleh menggunakan kemudahan yang terdapat di www.getmybusinessonline.com.my untuk membina laman sesawang dan pengehosan percuma.

22. Perniagaan saya adalah perniagaan pemilikan tunggal. Adakah saya boleh menggunakan akaun bank peribadi bagi memohon geran tersebut?
Ya.

23. Saya mempunyai syarikat perniagaan tetapi tidak mempunyai akaun bank syarikat. Adakah saya layak mendapatkan geran ini?
Ya. Akaun atas nama usahawan boleh digunakan.

24. Saya mempunyai 3 buah syarikat. Adakah saya boleh memohon untuk ketiga-tiga syarikat tersebut?
Tidak. Setiap individu/syarikat hanya boleh memohon sekali sahaja.


25. Sekiranya saya ada pertanyaan, kepada siapakah patut saya ajukan?
Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu gmbo@cmc.gov.my atau telefon 1-800-88-4040 (Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang) mulai 1 Januari 2013.

26. Adakah pendaftaran secara talian ini akan beroperasi 24 jam?
Sistem talian ini akan diberhentikan seketika pada pukul 11 malam sehingga 7 pagi setiap hari. Ini bertujuan agar penyelenggaraan sistem dan mengemaskinikan data dapat dilakukan.

Kepada usahawan-usahawan mikro yang belum ada website atau ingin membangunkan lagi website anda atau usahawan-usahawan internet atau pemasar-pemasar servis ambillah peluang dari geran RM1000 yang diperuntukkan kepada anda sebaiknya untuk memajukan lagi perniagaan anda.


Site Logo

Dengan kerjasama:
1Malaysia PageKPKK PageSKMM PageNational Broadband Initiative

Thursday, February 28, 2013

FREE!!! RM300 Salomon Voucher (6 left)

 

Hurry and get your Rm300 voucher. Limited amount. Click here to find out more and sign up.....Our March intake start on the 4th and 5th of March 2013

Only 6 Vouchers left...

Wednesday, September 26, 2012

CompuGroup Medical Malaysia Sdn Bhd


IKLAN JAWATAN KOSONG
CompuGroup Medical Malaysia
 
CompuGroup Medical is one of the leading eHealth companies in the world. Its software products are designed to support all medical and organizational activities in doctors’ offices, pharmacies and hospitals. Its information services for all parties involved in the healthcare system and its web-based personal health records contribute towards safer and more efficient healthcare.  CompuGroup Medical’s services are based on a unique customer base of over 385,000 doctors, dentists, hospitals, pharmacies and networks as well as other service providers. With locations in 19 countries and customers in 34 countries worldwide, CompuGroup Medical is the eHealth company with one of the highest coverage among eHealth service providers. Approximately 3,500 highly qualified employees support customers with innovative solutions for the steadily growing demands of the healthcare system.
 

Application Analyst / Specialist

Responsibilities:
• Installation of software applications
• Training of Users (Healthcare professionals)
• Diagnosing,  troubleshooting and rectifying technical problems
• Providing on-site and telephone support to customers on hardware, software applications and network installations
• Software application testing
• Developing User Documentation for the company’s software products
• Future opportunities in project management and to lead project team

Requirements:
Required skills:

  • Minimum 2 years relevant working experience in customer services area
  • Understanding of software testing and documentation methodology
  • Ability to train users 
  • Ability to develop User Documentation
     
Preferred skills (An added advantage but not compulsory):
  • Experience of MS-Windows Server, MS-SQL Server and SQL Programming
  • Experience in hardware, and networking
  • Experience in Delphi programming & Report Builder
  • Knowledge and experience from the Healthcare industry
  • Posses a recognized degree in Computer Science, IT or related discipline
  • Must be able to work full-time on project site spread worldwide
  • Must possess own transport and be willing to travel outstation and overseas
  • Able to multi task and deliver results under tight schedules without supervision
  • Highly motivated, innovative and capable of working and delivering under tight schedules 
  • Required languages: English (compulsory) & Bahasa Malaysia (preferably) 
  • Good interpersonal and communication skill
  • Peferably Malaysian citizens or hold relevant residence status. 


If you feel you have the right background and skills set to fulfill this role, please send your detailed resume,  recent photograph, salary expectation, contact  details to:
 
CompuGroup Medical Malaysia Sdn Bhd (641262-M)
Unit L3-I-2, Level 3, Enterprise 4
Technology Park Malysia
Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil
57000 KUALA LUMPUR, Malaysia
 
e-mail
 

Saturday, September 22, 2012

Says.com?? Jana Pendapatan sampingan say.com RM60++ sehari



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Jom Jana Pendapatan dengan SAY.COM/MY… anda akan di bayar berdasarkan pada jumlah klik link  iklan yang di berikan. Anda akan dibayar rm0.20-rm0.40 per klik .



anda boleh daftar disini. KLIK SINI


Selepas daftar ,sila semak email** anda dan verify pendaftaran anda di say.com..sila klik link yang diberikan.

**EMAIL AKAN DIHANTAR DALAM MASA 24 JAM
selepas daftar ,sila LOGIN di say.com dan pergi ke menu SPECIAL untuk mendapatkan iklan untuk dipromosi.



Contoh iklan :



Pilih iklan hendak Di Promosi .contoh pilih iklan astro


Cara hendak iklan :




Cara post Iklan di facebook ,PASTIKAN ayat dan gambarkan yang di gunakan menarik perhatian untuk klik link tersebut ..


Setiap klik link ,anda akan dibayar.







Antara iklan yang saya Berjaya dapat earning hari.... 1 hari sahaja dapat RM60++





Total earning dalam masa SEBULAN RM524!!


CARA "CASH OUT"

lihat gambar di bawah





Untuk mendaftar … KLIK SINI

Friday, September 14, 2012

INSTITUT SUKAN NEGARA (ISN)



IKLAN JAWATAN KOSONG
INSTITUT SUKAN NEGARA (ISN)
Tarikh Tutup Permohonan: 16 SEPTEMBER 2012


Lokasi : Bukit Jalil, Kuala Lumpur 
Sektor : Badan Berkanun

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-


JAWATAN YANG DITAWARKAN:
 
1.Pegawai Penyelidik Q (Flexibel) Q41 -Q54 - Tetap / Kontrak 

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional 

Kem./Jab.: Institut Sukan Negara 

Syarat Lantikan: 
- Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang Sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau 
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau 
- Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Sains daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan 
- lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

Lantikan Terus Ke Gred Q43, Q47, Q51 atau Q53: 
Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q43, Gred Q47, Gred Q51 atau Gred Q53 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut: 
   - mempunyai kelayakan di atas; dan 
   - telah terbukti kemampuan dari segi pengalaman dan sumbangan kepada bidang pembangunan dan penyelidikan (R & D). 

Deskripsi Tugas: 
- membantu menyediakan pangkalan data dan maklumat unjuran dari sudut penyelidikan sains perubatan sukan; 
- membantu dalam menyelia dan melaksanakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta pembangunan pangkalan data sumber sains perubatan, pelbagai jenis sukan, program dan polisi adaptasi perubahan terhadap sains perubatan sukan; 
- membantu dan bertindak sebagai kumpulan pakar dan khidmat nasihat teknikal kepada Kementerian dan agensi serta jabatan kerajaan berkaitan dengan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R & D) dalam bidang adaptasi sains perubatan, sains sukan, kejuruteraan dan pengurusan; 
- membantu menyediakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan berhubung dengan pengurusan-pengurusan risiko bencana (disaster risk reduction) dan adaptasi perubahan iklim (climate change adaptation); dan 
- membantu dalam memberi input saintifik dan kejuruteraan dalam kumpulan kerja (working group)/badan bertindak (task force) yang dibentuk oleh kerajaan/kementerian dan atau agensi/jabatan kerajaan termasuk pembangunan kapasiti dalam bidang yang berkaitan. 



2.Pegawai Belia dan Sukan S41 - Tetap /Kontrak 

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional 

Kem/Jab: Institut Sukan Negara 

Syarat Lantikan: 
- Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan P1 : RM1,908.45 ] atau 
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan P1 : RM2,112.86 ] dan  
- lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

Deskripsi Tugas: 
Merangka dasar, merancang program serta aktiviti berkaitan kegiatan belia dan sukan di peringkat Kementerian/Jabatan. Meliputi memberikan bantuan dalam bentuk pinjaman kewangan, memberikan nasihat kepakaran serta penyeliaan berterusan bagi mengembangkan program-program belia dan sukan. 



3.Juru X-Ray U29 - Tetap / Kontrak 

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional, Sokongan 

Kem/Jab: Institut Sukan Negara 

Syarat Lantikan: 
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut : 

(i) Diploma Radiografi atau Radioterapi daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau [ Gaji Permulaan P1 : RM1,687.59 ] 
(ii) Diploma daripada Society of Radiographer United Kingdom yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 

Deskripsi Tugas : 
1. Tanggungjawab klinikal 
2. Aspek pengurusan organisasi 
3. Perlindungan sinaran terhadap pesakit, orang awam dan staf. 
4. Memastikan kualiti selaras dengan garis panduan MS ISO 9002. 
5. Pendidikan dan latihan 
6. Teknologi terkini : 
a) Pengimejan diagnostik dengan menggunakan sinaran mengion/tidak mengion, medan magnet, ultrabunyi dan denyutan elektronik (digital). 
b) Rawatan dengan penggunaan sinaran mengion. 



4.Jurupulih Perubatan U29 - Tetap / Kontrak 

Kumpulan: Sokongan 

Kem/Jab: Institut Sukan Negara 

Syarat Lantikan: 
- warganegara Malaysia; 
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; 
- Diploma Jurupulih Cara Kerja atau Diploma Fisioterapi daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji Permulaan P1 : RM1,687.59 ] 
- Diploma Jurupulih Cara Kerja (Occupational Theraphy) daripada London School of Occupational Theraphy yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yan diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji Permulaan P1 : RM1,762.79 ] 
- lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 

Deskripsi Tugas: 
i.    Pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan karan/elektrik. 
ii.   Merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memberi kesan yang diperlukan. 
iii.  Membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik. 
iv.   Menyimpan laporan kemajuan pesakit-pesakit terutama penyakit yang mengambil masa panjang seperti polio. 
v.    Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit. 
vi.   Membuat pesanan bekalan peralatan. 
vii.  Mengajar pesakit-pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan di rumah terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan dan sukar untuk datang ke hospital. 
viii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa. 



5. Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27 - Tetap / Kontrak 

Kumpulan: Sokongan 

Kem/Jab: Institut Sukan Negara 

Kelayakan: 
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau [ Gaji Permulaan P1 : RM1,361.14 ] 
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau [ Gaji Permulaan P1 : RM1,361.14 ] 
- Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji Permulaan P1 : RM1,661.95 ] 
- lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

[Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam kegiatan-kegiatan belia dan sukan]

Deskripsi Tugas: 
Bertanggungjawab menguruskan dan melaksanakan program/projek belia dan sukan termasuk kerja-kerja menyelaras kegiatan-kegiatan berkenaan, memberi nasihat, bimbingan, kursus-kursus, membuat kajian keperluan sukan dan jenis-jenis sukan, merancang dan juga melaksanakan program pelajaran tata negara di peringkat daerah, negeri dan persekutuan.



6. Juruteknik Komputer FT17 - Tetap/Kontrak 

Kumpulan: Sokongan 

Kem/Jab: Institut Sukan Negara 

Syarat Lantikan: 
- Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi maklumat pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; [ Gaji Permulaan P1 : RM952.66 ] atau 
- Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan P1 : RM1,010.77 ] atau 
- Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan P1 : RM1,068.89 ] atau 
- Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan P1 : RM1,243.24 ] atau 
- Sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan P1 : RM1,417.59 ] dan 
- lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 

Deskripsi Tugas: 
Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi perkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah organisasi.
 

Muat Naik CV anda di bawah. Format diterima adalah Adobe PDF dan Microsoft Word sahaja. Saiz Maksimum 500kB 
 
 
The Most Popular Traffic Exchange