Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Wednesday, July 2, 2014

SOAL JAWAB: Hukum Memakai Contact Lens Ketika Puasa atau Solat

Assalamualaikum, Saya ingin bertanya dan mendapatkan kepastian tentang penggunaan  contact lens (kanta lekap) semasa solat, puasa, adakah sah ibadatnya? Dan di dalam islam bolehkan seseorang itu menggunakan contact lens samada menpunyai masalah rabun atau sekadar pakai suka-suka?


Jawapan:

Ada dua tujuan memakai kanta lekap:

1. Tujuan perubatan; iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.

2. Tujuan perhiasan; iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu:

a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan

Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doctor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).[1]

3. Adapun penggunaan contact lens semada mengambil wudhuk, solat dan puasa; ia tidak menjejaskan ibadah-ibadah tersebut kerana bahagian dalam mata tidaklah wajib dibasuh atau disampaikan air ketika mengambil wudhuk atau ketika mandi (yang wajib ialah bahagian luar sahaja iaitu kelopak mata). Begitu juga dengan puasa; menurut ulamak memasukkan sesuatu ke dalam mata tidaklah membatalkan puasa. Solat pun begitu juga; tidak ada yang akan menjejaskan solat kerana contact lens.

Wallahu a’lam.

Rujukan;
1. Fatwa Syeikh Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin (http://www.ibn-jebreen.com/).
2. Fatwa Syeikh Mohammad Soleh al-Munajjid (http://islamqa.com/).
3. Fatwa Syeikh Dr Ahmad al-Hija al-Kurdi (http://www.islamic-fatwa.com/)

Sumber: Islam Itu Indah

SOAL JAWAB: Adakah Memakai Gincu Bibir Batal Puasa?

Assalamualaikum, terima kasih ustaz atas perkongsian ilmu yang dapat saya manfaatkan. di sini saya ada sedikit kemusykilan. adakah benar pemakaian gincu akan menyebabkan puasa terbatal? bagaimana sekiranya menyapu pelembab bibir? terima kasih.

Jawapan:
1. Dari segi puasa, memakai gincu atau pelembab bibir tidaklah membatalkan puasa jika dapat dijaga jangan sampai bahan dari gincu itu bercampur dengan air liur dan tertelan ke dalam kerongkong. Hukumnya sama seperti menggunakan ubat gigi ketika sedang berpuasa. Jika bahan dari ubat gigi tidak masuk ke dalam kerongkong (yakni kita menggosok gigi dengan menjaga jangan sampai tertelan bahan dari ubat gigi itu) tidaklah membatalkan puasa kita.

2. Dari segi hukum berhias, tidak harus wanita Islam memakai gincu bibir yang terlalu menonjol warnanya yang menarik perhatian lelaki kepadanya. Itu termasuk dalam tabarruj yang dilarang agama. Sebaiknya gincu bibir berwarna hanya dipakai isteri untuk suami sahaja di rumah. Adapun yang sederhana yang sekadar mengekalkan warna asal bibir atau untuk melembabkan bibir sahaja, insya Allah diharuskan.

3. Satu lagi perlu dingatkan; bahan-bahan solekan yang digunakan (sama ada losyen, gincu, bedak muka dan sebagainya) wajib dipastikan ia bersih dan suci, iaitu bebas dari bahan-bahan najis seperti lemak babi, gelatin haiwan yang syubhah dan sebagainya. Di samping hendaklah dipastikan juga tidak mendatang mudarat kepada kulit atau badan kerana setiap yang memudaratkan adalah dilarang dalam Islam.

Wallahu a’lam. oleh USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
 
Sumber : Islam itu indah

Monday, June 16, 2014

Perkara-perkara Bertentangan Islam dalam Majlis Kenduri Kahwin

Dari semasa ke semasa penulis juga diminta terlibat apabila saudara mara mengadakan majlis kenduri kahwin. Kini penulis merasakan begitu ngeri sekali apabila melihat betapa umat Islam hari ini telah lari jauh dari ajaran Islam dalam menjalankan majlis kenduri kahwin.

Kali ini kami ingin membincangkan perihal majlis perkahwinan ini di kalangan umat Islam di Malaysia.

Perkara 1:
Adakah hantaran belanja termasuk di dalam ajaran Islam?

2
Sekadar Gambar Hiasan

Setelah merujuk dalil berkenaan perkara ini, sememangnya hantaran belanja tidak termasuk dalam ajaran Islam. Islam hanya meminta seorang lelaki yang ingin mengahwini seorang perempuan untuk membayar maskahwin sahaja. Maskahwin ini boleh terdiri dari emas, duit, besi atau sekadar bacaan dari Al Quran.

Maskahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

” Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka “. ( Surah An-Nisaa’ – Ayat 4 )

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi .” ( Riwayat Bukhari )
.
2
Sekadar Gambar Hiasan

Dari hadith di atas nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat sebagaimana diberitakan Rasulullah s.a.w. pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz ) sedikit daripada ayat Al-Qur’an, lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.

Maskahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
” Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah “. ( Riwayat Abu Daud )

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
” Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “. ( Riwayat Ahmad )

Mas kahwin ini yang bakal diterima oleh bakal isteri menurut ulamak tidak boleh diambil oleh ibu bapa wanita atau oleh bakal suaminya. Maskahwin ini tidak boleh digunakan untuk majlis jamuan makan kenduri kahwin.

Hantaran belanja yang kini mencecah belasan ribu RM adalah tambahan adat Melayu yang bukan untuk memudahkan proses berkahwin tetapi sebenarnya adalah untuk menyusahkan orang yang ingin berkahwin.

Perkara 2:
Adakah bersanding dan berinai merupakan ajaran Islam?

2
Sekadar Gambar Hiasan

Setelah dikaji dari sumber yang sahih dari hadis dan sunnah, sememangnya adat ini juga tidak bersumber dari ajaran Islam. Ia lebih bersumberkan ajaran dari agama Hindu. Malahan adat tepung tawar yang berasal dari ajaran Hindu masih lagi dikekalkan pada hari ini.

Apa yang kami lihat dari majlis bersanding dan berinai ini lebih kepada pembaziran dan sesungguhnya didalam Al Quran dikatakan orang yang membazir Tuhan mengatakan mereka itu adalah kawan-kawan syaitan.

Disini kita faham, membazir itu sangat dibenci Tuhan, sehingga Tuhan kata “Siapa yang membazir itu adalah kawan syaitan”. Mari kita belajar apa itu membazir?

Erti membazir itu ialah menggunakan nikmat Tuhan, bukan kerana Tuhan. Menggunakan nikmat dari Tuhan iaitu wang ringgit untuk disedekahkan kepada anak yatim bukan membazir kerana ia dilakukan kerana Allah.

Menyewa dan memasang peralatan pelamin lengkap dengan pelbagai lampunya bukan dapat RM400. Sudah pastinya ini adalah satu pembaziran.

Perkara 3:
Apakah sebenarnya tujuan pengantin perempuan bermake up di majlis persandingan ini?

Antara jawapannya mungkin ialah:
1. Supaya aku kelihatan cantik menarik
2. Supaya orang ramai memuji aku bahawa sesungguhnya aku memanglah cantik
3. Agar aku dapat menarik perhatian orang ramai dengan kecantikan aku
4. Mungkin untuk menutup kecacatan di muka saya seperti jerawat dan jeragat
5. Engkau ingat aku ni tak cantik ke?

Tambahan pada 23 Ogos: Kami ada satu tambahan cerita sebagai iktibar. Ayu seorang anak yang baik dan kelihatan baik. Ayu menjaga auratnya serta bercampur dengan kaum lelaki secara sopan. Ayu belajar di sekolah aliran agama hingga tingkatan 5. Sambung pelajaran di luar negara dan berjaya mendapat pekerjaan yang baik. Ayu cukup menjaga sentuhan yang tidak perlu sehingga mengelakkan dari bersalam dengan pakcik sebelah suami adek beradek ibu ayahnya. Namun apa yang sangat kami kesalkan ialah demi untuk kelihatan cantik anggun bergaya dengan berbagai solekan make up terkini, sewaktu berinai dan bersanding, seorang jurusolek khas dari kaum lelaki mengandamkan Ayu. Juru andam lelaki inilah yang menghiaskan Ayu. Waktu ini agaknya bersentuhan dengan kaum lelaki sudah berubah hukum dari haram kepada sunat agaknya!!

Perkara 4:
Apakah tujuan membuat majlis kenduri kahwin ini?

Berdasarkan Islam, sepatutnya majlis perkahwinan ini dilakukan bertujuan:
Mengadakan majlis walimah untuk pernikahan sepasang pengantin merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW kerana dengan adanya majlis walimah, sesuatu perkahwinan itu boleh diumumkan kepada khalayak, demikian juga para tetamu undangan boleh menghadirinya sambil bersilaturrahim dan mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin. Ia juga sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan rahmatnya iaitu seorang menantu dan tanda kesyukuran ini ialah dengan menjamu tetamu makan terutama sekali yang miskin.

Islam mengajarkan umatnya untuk mendahulukan orang fakir miskin sebagaimana mafhum hadis berikut. Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan Bukhari bermaksud: “Sejelik-jelik makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang kaya, orang fakir dan miskin tidak diundang untuk makan bersama.”

Namun kini manusia melakukan majlis kenduri kahwin ini dengan pelbagai tujuan antaranya:

1. Memberitahu masyarakat bahawa aku mampu membuat majlis kenduri dengan penuh kemewahan dengan belanja melebihi RM20,000.00

2. Aku ini orang berduit. Lihatlah majlis kenduri kahwin ini.

3. Orang yang lebih miskin dari aku pun berani belanja lebih RM20,000.00 untuk majlis kenduri kahwin. Tak kan aku dengan gaji lebih besar dari dia tak sanggup belanja lebih RM20,000.00 untuk kenduri kahwin!!!

4. Majlis mewah seperti ini barulah sesuai dengan status saya sebagai orang berduit di kawasan perumahan ini.

5. Anak aku bukan janda atau minah kilang, kenalah buat majlis yang grand habis.

6. Biarlah orang asyik bercerita tentang kehebatan majlis kenduri saya ini. Barulah seronok.

7. Kalau aku keluar belanja RM20,000.00 tetapi dapat sumbangan RM25,000.00 bolehlah dapat keuntungan dari majlis kenduri kahwin ini.

Perkara 5:
Mengapa hantaran belanja perlu dibayar dengan bayaran yang tinggi?

Bayaran hantaran belanja yang tinggi tidak pernah disarankan oleh Islam. Sebagaimana telah kami jelaskan dalam perkara 1 di atas, Islam menggalakkan mahar yang rendah semoga memudahkan proses perkahwinan.

Antara tujuan mengenakan bayaran hantaran belanja yang tinggi mungkin ialah:

2


1. Menilai status keluarga dan pekerjaan anak dara yang ingin dikahwini. Lagi tinggi status keluarga, lagi mahal hantaran belanja. Kalau anak dara yang ingin dikahwini ini sekadar minah kilang, murahlah sikit hantaran belanja. Kalau ada degree apatah lagi kalau berjawatan tinggi seperti doktor atau jurutera atau pensyarah, kenalah letak hantaran belanja yang tinggi. Kalau artis kenalah lagi tinggi.

2. Boleh bermegah dengan masyarakat sekeliling. Maklumlah kalau hantaran belanja sekadar RM5000.00, macam mana nak bermegah.

3. Lagi tinggi hantaran belanja, lagi mewah majlis kenduri boleh diadakan. Baru ada kelas!!

4. Boleh beli set bilik tidur yang ada kelas. Nanti kalau orang masuk bilik pengantin, taklah malu atau koman sangat.

5. Aku sudah membelanjakan sekian banyak duit untuk membesarkan dan mendidik anak perempuan aku. Siapa nak kahwin dengannya kenalah sanggup keluar duit yang tinggi. Nak beli lembu seekor pun sudah lebih dari RM2000 ini kan pula anak aku!

Sebenarnya dengan meletakkan hantaran belanja yang tinggi, inilah dia tujuan sebenarnya yang tidak disedari atau dengan disedari:.
3

1. Agar orang Melayu Islam semakin sukar dan melewatkan untuk berkahwin secara sah.

2. Menggalakkan maksiat, maklumlah nak kahwin tak mampu

3. Melatih calon menantu satu latihan yang amat penting iaitu BERHUTANG UNTUK KAHWIN.

4. Agar anak lelaki lupa tanggung jawab kepada ibu bapanya yang telah membesarkan dan mendidik untuk sekian lama. Tiba-tiba bila baru dapat degree nak kahwin, nak beri duit kepada ibu bapa sudah tiada lagi maklumlah kena menabung untuk membayar kos berkahwin yang gila habis. Bukan cukup RM15,000.00 untuk kahwin. Itu belum masuk lagi duit ansuran kereta, sewa rumah dan potongan PTPTN.

5. Agar belajar untuk AMBIL RASUAH DAN AMBIL KOMISYEN di tempat kerja agar memudahkan urusan untuk berkahwin

6. Mendidik anak Melayu dengan budaya BIAR PAPA ASAL BERGAYA

7. Agar selepas kahwin pasangan ini hidup melarat maklumlah hutang keliling pinggang. Bolehlah kelak selalu berperang suami isteri bila dah bengang.

Perkara 6:
Bagaimana untuk mempastikan hari kenduri kahwin cuaca adalah baik tanpa hujan.

2
Sekadar Gambar Hiasan

Bila kos makanan tetamu sahaja sudah mencecah lebih daripada RM15,000.00, tuan rumah mulalah naik risau kelak kalau waktu majlis kenduri kahwin hujan ribut dari pagi sampai petang, orang ramai tak datang, macam mana dengan makanan yang berlebihan dan paling penting tentunya duit sumbangan pun tak masuk, rugi besarlah. Bagi mempastikan hari kenduri kahwin tidak mengalami hujan ribut maka:

1. Pergi berurusan dengan bomoh atau dukun yang boleh menahan hujan.

2. Mengamalkan pelbagai petua orang Melayu seperti membuang pakaian dalam pengantin ke atas bumbung, meletakkan payung secara terbalik lalu meletakkan air ke dalam payung terbalik tersebut

3. Berbagai amalan karut marut lain

Mudahnya orang Melayu untuk sesat. Allah berikan rahmat dengan diberiNya menantu dibalas pula oleh manusia dengan melakukan pekerjaan syirik. Memanggil bomoh tolak hujan adalah sesat dan mengamalkan pelbagai petua seperti di atas juga adalah sesat.

Baru-baru ini kami menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di kampung. Pada pukul 11.45, semua keluarga, saudara mara, penanggah dan tuan rumah makan maklumlah tetamu dijangka akan datang pada pukul 12.00 tgh sebagaimana tertera dalam kadar jemputan. Kami turut makan bersebelahan tuan rumah. Cuaca ketika itu memang terang benderang. Tuan rumah dalam keseronokan dapat menantu berkata “bagus betullah petua dari kak chik pakai payung diterbalikkan, cuaca hari ini cukup cantik”.

Astagfirullah…  berkata-kata dalam hati. Nak dihujah, keadaan tidak sesuai. Penulis berkata-kata di dalam hati “kalau macam ini sunnatullahnya tak lama lagi memang hujan nak turun di majlis ini”. Perbuatan tuan rumah ini bagi kata bidalan diberikan susu dibalas tuba.

Dengan kuasa Allah, mulai pukul 1.00 tengahari gerimis halus sudah mula turun. Kira-kira pukul 1.45 tgh hujan lebat turun sehingga pukul 2.30 ptg. Dalam hati kami berkata “Inilah satu pengajaran yang sangat baik kepada orang yang mensyirikkan Allah. Percaya benar payung terbalik ada kuasa untuk mengelakkan hujan turun. Sama sebiji macam orang kafir berharap kepada patung yang dibuat daripada batu, Astagfirullah…”.

Secara mudahnya tetapi sukar untuk dilaksanakan ialah untuk Allah memberikan rahmatNya dengan tidak mengirimkan hujan pada hari kenduri kahwin ialah dengan pelbanyakkanlah solat sunat terutama sekali solat malam. Mintalah kepada Allah secara terus, insyaAllah majlis tersebut tidak turun hujan.

Perkara 7:
Majlis kenduri kahwin adalah majlis untuk hiburan…

Majlis kenduri kahwin adalah majlis memberi makan kepada orang miskin dan tetamu lain sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Kalau tak mampu buat kenduri besar, buatlah sekadar saranan Islam iaitu sekadar sembelih seekor kambing. Jemputlah orang yang perlu sahaja seperti jiran terdekat dan saudara mara terdekat. Inilah latihan yang baik dari Islam sebagaimana majlis aqiqah apabila dapat anak.

Kini dalam majlis kesyukuran majlis kenduri kahwin sudah menjadi pesta hiburan dan antaranya ialah seperti berikut:

1. Bergilir-gilir anak dara belajar buat dosa iaitu menyanyi secara karaoke.

2. Orang lelaki pula seronok mendengar nyanyian secara karaoke oleh anak dara.

3. Inilah masa bagi anak dara menayang body dengan pasang badan agar dapat menarik perhatian lelaki dan lebih baik lagi kalau dapat boyfriend. Mereka pakai pakaian yang ketat, tidak menutup aurat, bermake up, berminyak wangi dengan lengang lengguk badan dan punggung untuk mendapatkan perhatian.

4. Bagi wanita yang sudah berkahwin, ada yang menjadikan majlis ini untuk menunjukkan bahawa badannya masih cantik walaupun sudah ada anak dengan memakai pakaian pelbagai fesyen yang jauh dari kehendak Islam.

5. Menjadikan majlis kenduri kahwin sebagai majlis pesta fesyen pakaian. Ada yang terbelah mendedah peha, ada yang low cut mendedahkan buah dada yang membulat dan sebagainya.

6. Pesta bagi wanita menunjukkan kekayaan dengan memakai pelbagai barang kemas yang mahal-mahal untuk menjadi kayu pengukur kemewahan masing-masing. Allah membenarkan barang kemas tetapi bukan untuk tontonan semua orang!!!! Ada wanita yang sanggup meminjam barang kemas untuk hadir ke majlis kenduri kahwin keran takut dimalukan.

7. Tidak cukup dengan muzik dan nyanyian, diadakan pula majlis tari menari joget lambak. Yang muda dan yang tua tak sedar diri berjoget antara lelaki dan wanita.

8. Disetengah tempat, majlis kenduri kahwin adalah majlis mengajar kanak-kanak lelaki untuk merokok kerana tuan rumah memang menyediakan banyak rokok secara percuma untuk semua penanggah. Hisaplah seberapa banyak yang diingini asalkan sanggup menjadi penanggah.

Maafkan kami jika artikel ini membuatkan anda setuju/ kurang setuju kerana kita semua pernah mengalami perkara sebegini baik diri, rakan taulan atau saudara mara kita. Memang susah untuk kita laksanakan syariat Islam, ditambah pula persekitaran kita yang memaksa perkara sebegini berlaku secara sedar ataupun tidak.

Kami mengalu-alukan pandangan balas lain dari pembaca agar isu ini dapat ditangani dengan sewajarnya berlandaskan Islam.

Islam menyarankan majlis kenduri kahwin tetapi realitinya majlis kenduri kahwin kini menjadi satu majlis yang mengundang pelbagai dosa, bagaimanalah Allah nak memberikan rahmatNya kepada pengantin yang baru berkahwin ini.

Sekian wassalam wallahualam
Diolah dari sumber asal
Sumber Gambar :Vimeo

Sunday, August 4, 2013

Hukum tunai zakat dengan cara moden

Oleh: www.hamizul.com

Apakah hukumnya membayar zakat dengan pelbagai kaedah terbaharu pada hari ini, misalnya dengan kad kredit, perbankan internet dan SMS?

Jawapan: Allah SWT menyatakan di dalam al-Quran: “Allah menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu,” (al-Baqarah: 185). Manakala di dalam kaedah dakwah Islam, ada suatu kaedah yang berbunyi “mudahkan jangan kamu payahkan.”

Berbalik kepada persoalan di atas. Menunaikan zakat adalah kewajipan dan berdosa hukumnya jika ia dilalaikan. Maka, institusi zakat seperti Lembaga Zakat Selangor yang dilantik oleh pemerintah Islam hendaklah berusaha agar kewajipan itu mudah untuk dilaksanakan oleh semua orang. Apabila mudah ditunaikan, maka kewajipan umat Islam akan terjaga dan ia memberikan kesan yang baik kepada pihak pembayar zakat (muzakki) mahu pun pihak penerima zakat (mustahiq).

Iktibar memberikan kemudahan dalam urusan zakat dapat disandarkan kepada amalan pada zaman dahulu. Misalnya, rasulullah SAW telah melantik ramai daripada kalangan sahabat baginda sebagai amil. Tujuannya, supaya mereka dapat mendekati lebih ramai umat Islam dan memudahkan urusan zakat ditunaikan. Bahkan pada zaman Umar bin al-Khattab r.a misalnya, baginda melantik amil berjawatan tetap yang ditugaskan bukan sekadar mengutip zakat, bahkan menolong para muzakki menaksir berapakah jumlah zakat daripada harta mereka.

Pada zaman Saiyidina Uthman bin Affan r.a menjadi khalifah pula, Uthman antara lain memberikan keizinan agar harta yang mahu dikeluarkan zakat itu boleh ditukar ganti dengan nilaian wang. Uthman berijtihad demikian demi mengelakkan harta zakat seperti buah-buahan menjadi rosak jika sudah lama disimpan di dalam Baitul Mal.

Maka, pada hari ini perkembangan dalam sektor kewangan dan transaksi sudah begitu meluas. Pelbagai inovasi sudah dan akan terus diterokai oleh umat manusia. Ia termasuklah dengan kewujudan internet, kad kredit, mesin bayaran tanpa tunai, SMS dan sebagainya lagi yang memungkinkan transaksi tanpa bersemuka dapat dijalankan semudah A, B dan C. Semuanya cukup hanya dengan menekan butang demi butang lalu memasukkan angka dan semuanya sudah terlaksana.

Oleh itu, Islam sebagai agama yang meraikan perubahan tidak rigid dalam menerima pembaharuan seperti ini. Bahkan Islam memanfaatkannya agar ia dapat memberikan kemudahan kepada penganutnya. Sungguh pun inovasi ini mungkin dicipta oleh orang bukan Islam, namun selagi ia tidak bertentangan dengan kaedah syarak dan hukum Islam, maka ia dapat diterima untuk diamalkan. Samalah seperti mana kerajaan Islam pada zaman Bani Abbasiyyah yang menerima kemasukan pengaruh kerajaan Parsi yang sudah maju dalam membangunkan wilayah Islam.

Kesimpulannya, menunaikan zakat dengan pelbagai kaedah baharu ini tidaklah menjadi suatu kesalahan di sisi Islam. Ia adalah sah bahkan memudahkan urusan dengan syarat, hendaklah dipatuhi segala rukun zakatnya, iaitu niat dan berlakunya perpindahan harta zakat daripada muzakki kepada mustahiq. Wallahua’lam.

Sebarang kemusykilan zakat sila e-mailkan kepada hamizul@e-zakat.com.my atau layari www.e-zakat.com.my

Thursday, July 25, 2013

Tanda-Tanda Seseorang Akan Mati

Semua yang hidup pasti akan mati. Seperti proses kematian yang akan dialami oleh setiap makhluk hidup? Kematian itu sendiri boleh datang dari disebabkan sakit, kemalangan atau sebab lain.

Pada keadaan normal seperti orang sakit biasanya seseorang akan menunjukkan gejala yang menunjukkan bahawa hidupnya akan berakhir beberapa minggu lagi seperti dipetik dari Mayoclinic


iaitu:


1. Merasa gelisah.
Seseorang akan merasa tidak tenang serta sukar tidur, selain itu dia akan seringkali menukar kedudukan semasa tidur kerana perasaan gelisah.

 

2. Menarik diri.
Seseorang tidak ingin lagi terlibat dalam aktiviti sosial ataupun melakukan kegiatan kegemarannya.

 

3. Sering mengantuk.
Seseorang akan menghabiskan lebih banyak masa untuk tidur.

 

4. Kehilangan nafsu makan.
Seseorang hanya akan makan dan minum dalam jumlah sedikit dan berbeza dari biasanya.

 

5. Mengalami lelah ketika bernafas.
Hal ini biasanya terjadi ketika seseorang sedang tidur ataupun terjaga.

 

6. Luka yang sukar sembuh.
Luka atau jangkitan yang dialami mengalami kesulitan untuk disembuhkan.

 

7. Pembengkakan.
Pada beberapa orang terjadi pembengkakan di kawasan tangan, kaki atau bahagian badan lain.

 

Proses kematian mulai berlaku ketika tubuh tidak mendapatkan pengambilan oksigen yang diperlukan untuk boleh bertahan hidup. Sel yang berbeza akan mempunyai kelajuan kematian yang berbeza pula, sehingga panjangnya proses seseorang mati bergantung pada sel-sel yang kekurangan oksigen ini.
 

Sedangkan otak memerlukan oksigen dalam jumlah yang besar dan sebaliknya mempunyai sedikit oksigen . Sehingga jika pengambilan oksigen berkurang maka akan mengakibatkan kematian sel dalam masa 3-7 minit sahaja.
 

Beberapa tanda yang ditunjukkan oleh orang yang akan mati adalah lebih banyak tidur, hal ini untuk menjimatkan tenaga yang tinggal sedikit di tubuh. Apabila tenaga tersebut hilang, maka seseorang akan kehilangan nafsu untuk makan ataupun minum. Proses menelan pun menjadi sukar dan mulut akan sangat kering, sehingga memaksa orang yang mati untuk minum akan membuatnya tersedak.
 

Selain itu orang yang mati akan kehilangan kawalan pada pundi kencing dan ususnya, sehingga seringkali terkencing. Orang akan merasa bingung, gelisah dan tidak tenang kerana tidak dapat bernafas dengan teratur. Apabila sel-sel di dalam tubuh mulai kehilangan sambungan, maka akan mengalami kejang otot.
 

Kematian akan semakin dekat jika kaki dan tangan terasa dingin dan sedikit membiru akibat terhentinya aliran darah ke kawasan tersebut. Tapi lama-kelamaan akan semakin merebak ke bahagian atas tubuh seperti lengan, bibir dan kuku. Selain itu orang menjadi tidak responsif, walaupun matanya terbuka tapi mempunyai tatapan mata kosong atau tidak melihat sekelilingnya.
 

Setelah itu pernafasan akan terhenti sama sekali dan diikuti oleh berhentinya kerja jantung, maka secara klinikal orang tersebut sudah mati kerana tidak ada peredaran dan oksigen untuk boleh mencapai sel-sel di tubuh. Namun kematian klinikal boleh dikembalikan melalui proses CPR (nafas bantuan), pemindahan atau ventilator. Tapi jika 4-6 minit selepas kematian klinikal tidak ada perubahan, maka itu ertinya jantung sudah tidak boleh bekerja lagi.
 

Kerana jantung sudah tidak bekerja, maka secara automatik aliran darah dan oksigen ke seluruh tubuh dan otak juga akan terhenti. Akibat tidak adanya pengambilan oksigen dan darah ke otak, maka dalam hitungan beberapa saat otak juga akan mati dan disitulah akhir dari perjalanan hidup seorang manusia.

Friday, April 19, 2013

KHASIAT PELUK ISTERI

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

"Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

"Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah," katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

"Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap," katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

"Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri," kata Fadzilah. 

HAA...TUNGGU APA LAGI...PELUK JANGAN TAK PELUK

Tuesday, January 25, 2011

MIMPI SEORANG GADIS



Untuk Renungan Bersama....

Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi - TV3 (6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya...

"Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut...

"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata."

Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanan ya ada sehelai tuala kecil.. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya.

Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku.

"Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama"

Lalu dijawab oleh ayahnya. "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia"

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."

Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam..

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah....Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. اِÙ†ْ Ø´َØ¢ Ø¡َ اللّÙ‡ُ "

Thursday, December 9, 2010

Hukum Isteri Meleteri Suami......


" Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerjar umah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga. Sekurang-kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.


Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri, sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Ina menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.


Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.


Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.


Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.


Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumahtangga.


Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. mikraj kelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.


Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan." Akubertanya, " Ya Rasulullah, apa yang membuat anda menangis? "


Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang akulihat. "


MENGHERDIK


Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.


Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.


Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.


Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaanAllah.


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. "


Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.


Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja, namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.


Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah padasuatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w.dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.


Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.


Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.


Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.


Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripadaapa yang kamu minta siang hari tadi? "


Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.


Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.


Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.


Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.


Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullah s.a.w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka. Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.


Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "


Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.


Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah. .


SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang.Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.


TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilah dihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.


WASSALAM..

by Islam Itu Agamaku

Wednesday, September 22, 2010

Azab Bagi Wanita

Seorang kawan ana telah memberi artikel ini kpd ana untuk sampaikan kepada kaum hawa. Apabila ana baca artikel ini,ana takut jika ana berada di tempat salah satu di bawah ini..

Kepada kaum hawa,terlalu byk ujian bagi kaum hawa. Semoga artikel ini bermanfaat buat kamu.

Buat kaum adam, kamu juga pasti tidak mahu orang yang kamu syg menghadapi salah satu siksaan di bawah ini.

Harap artikel ini dapat disampaikan kepada org lain. INSYAALLAH...

khususnya untuk para wanita dan diri sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.

Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya."Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

* Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta.. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.

"Mendengar itu,Sayidina Ali dan Fat imah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

sampai2kan kpd kwn2 kita yg lain..insyaALLAH

The Most Popular Traffic Exchange