Showing posts with label Pinjaman Perumahan. Show all posts
Showing posts with label Pinjaman Perumahan. Show all posts

Saturday, February 6, 2016

3 Perkara Asas Bank Periksa Sebelum Luluskan Permohonan Pinjaman Rumah Anda

3 Perkara Asas Bank Periksa Sebelum Luluskan Permohonan Pinjaman Rumah Anda

Disediakan Oleh  — Jan 26, 2016
Nota Editor :
Perkongsian menarik  ini ditulis oleh Amir Syahir di Facebook dan kami kongsikan semula artikel ini atas kebenaran beliau sendiri.

Ada yang tanya saya “Gaji saya sekian sekian, boleh ke saya beli rumah harga sekian sekian.” Saya jawab, boleh. Bagi semangat supaya beli rumah banyak dari beli jubah dan tudung mahal alih-alih simpan dalam almari jugak. 
Okay, perkara yang anda perlu tahu yang melayakkan anda diluluskan permohonan pinjaman perumahan ada banyak. Antaranya;

#1 – CCRIS

CCRIS (Central Credit Reference Information System) ini merupakan rekod bayaran pinjaman kita seperti, kereta, kad kredit, peribadi. Penting ada CCRIS ini untuk pihak bank meluluskan permohonan pinjaman kita. Laporan CCRIS boleh disemak di Bank Negara Malaysia.

#2 – CTOS

ctos
CTOS ini sistem informasi rujukan. Pastikan kita juga bebas dari CTOS. Bahasa lain dia disenarai hitam. Kadangkala kita tak sedar pun kita kena CTOS disebabkan kita menjadi penjamin pada adik beradik ataupun sedara mara. Kalau dah kena CTOS , wajib langsaikan dahulu hutang tertunggak.

#3 – DSR

DSR ni bukan macam DSLR kamera itu. Debt Service Ratio adalah nisbah hutang kepada pendapatan. Semakin tinggi nisbah dia, semakin tinggilah komitmen. Pihak bank mengambil kira faktor ini untuk menentukan berapa Margin Of Financing (MOF) kita layak. Pengiraan DSR ini berlainan tiap bank namun konsep dia tetap sama. Contohnya;
  • Gaji Bersih: RM2000
  • Komitmen:
  • Hutang peribadi: Tiada
  • Hutang kereta: Tiada
  • Hutang kad kredit: Tiada
Dan rumah yang mahu dibeli RM130,000 bayaran bulanan dalam RM600, boleh periksa menggunakan aplikasi iMoney.
Jadi RM600/RM2000 X 100% = 30%.
Kebanyakan bank meletak maksimum DSR 60% untuk gaji pokok bawah RM3000. Bawah DSR 60% lagi bagus. Macam contoh di atas DSR 30% layak lah dapat pinjaman perumahan.
Jadi anda sudah faham bagaimana orang gaji rendah boleh beli rumah? Ya. Mereka tiada komitmen kad kredit, pinjaman peribadi dan kereta mewah import. 
kad-kredit-
Hutang bukan dari institusi kewangan tidak dikira sebagai komitmen bulanan oleh pihak bank. DSR ni dijadikan panduan anda layak atau tidak. Kalau suddah mencapai DSR melebihi 60%-70% tu anda sudah tidak layak untuk beli rumah harga itu.
Antara dokumen sokongan untuk naikkan pendapatan kita;
  1. Amanah Saham Nasional
  2. Tabung Haji
  3. Simpanan Tetap
  4. Perjanjian Sewaan
  5. Akaun Simpanan Emas/Perak
Sesetengah bank sukar untuk memberi pinjaman jika tidak pernah mempunyai apa apa pinjaman. Dengan kata lain tiada rekod CCRIS. Jika umur melebihi 30 tahun pun bank susah nak beri kelulusan.
Akhir kata, anda kena siap sedia daripada sekarang. Kurangkan berhutang tu, tingkatkan pendapatan.

Thursday, February 19, 2015

Pembiayaan Islamik Yang Tidak Menindas

Selalunya pembeli rumah atau hartanah akan bertanyakan tentang pinjaman konvensional dan juga pembiayaan rumah secara islamik. Kedua-dua perkhidmatan mempunyai objektif yang sama iaitu memberikan perkhidmatan membayar rumah dan hartanah anda.
Namun demikian pembiayaan secara islamik akan menyatakan secara awal (up front) kadar keuntungan yang bakal di ambil oleh pihak perbankan dalam pembiayaan rumah anda. Mereka di pihak bank juga akan memaklumkan kadar BFR (base floating rate) iaitu keuntungan berubah dengan kadar siling sebanyak 10%.
Saya suka menyarankan bagi mereka yang beragama islam untuk mengambil pembiayaan rumah secara islamik. Untuk makluman anda, pembeli hartanah bukan islam juga sekarang lebih cenderung untuk memilih pembiayaan secara islamik kerana risiko yang rendah. Kadar siling telah di tetapkan sehingga 10%.
Pernah sesekali kadar faedah pinjaman kenvensional naik sehingga 12% pada ketika negara terkesan dengan krisis kewangan tahun 2008. Oleh itu kadar siling 10% mengurangkan beban terhadap pengguna untuk membuat pembayaran setiap bulan.

Friday, January 9, 2015

Syarat Kelayakan Pinjaman Perumahan Mulai 1 Januari 2015

Syarat kadar kelayakan baru pinjaman perumahan kakitangan awam mulai 1 Januari 2015. Seperti yang dibentangkan dalam bajet 2015, kadar kelayakan baharu minimum bagi pinjaman perumahan kini dinaikkan daripada RM80,000 kepada RM120,000 manakala pinjaman maksimum daripada RM450,000 kepada RM600,000. Kadar kenaikan pinjaman perumahan itu adalah relaven dengan kenaikan harga rumah pada masa kini. Bagaimanapun, kadar pinjaman perumahan adalah bergantung kepada tangga gaji pemohon. Selain itu, yuran pemprosesan pinjaman perumahan sebanyak RM100 turut dimansuhkan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015.

Syarat Kelayakan Pinjaman Perumahan Mulai 1 Januari 2015

baru-2
The Most Popular Traffic Exchange