Terlalu banyak buku yang telah kita baca, seminar, kursus dan membaca tip-tip di Facebook. Akhirnya kita pening kepala, apakah yang perlu kita fokus dalam perniagaan?
Dari sudut perjalanan perniagaan (tidak ambil kira soal pengurusan),
berikut adalah tiga tindakan yang perlu anda lakukan dalam perniagaan.
Tiga perkara yang paling perlu anda fokus.
1. Pilih satu jalan
Tetapkan satu jalan perniagaan yang anda mahu lakukan. Jangan lihat
apa yang usahawan lain buat, tetapi apa yang boleh anda buat? Mula-mula
pilih industri, niche, kemudian pilih pasaran yang anda mahu masuk dan
kemudian baru sediakan produk.
Contohnya, saya memilih industri Information Technology.
Pasaran saya adalah usahawan-usahawan online di Malaysia. Produk saya
pula terdiri daripada produk informasi (ebook, video, kursus) dan juga
perkhidmatan. Niche saya adalah lebih kepada teknikal online seperti
website, WordPress, blog dan shopping cart.
Saya melihat ramai usahawan berjaya fokus pada satu perjuangan sahaja
terutama pada permulaan. Malah ada yang menjadi jutawan dengan satu
‘jalan’ sahaja. Sudah banyak contoh sebegini. Jadi apa salahnya kita
mencontohi mereka yang telah berjaya dan gunakan cara yang sama (iaitu
mula dengan satu usaha perniagaan terlebih dahulu).