Showing posts with label Business Accounting. Show all posts
Showing posts with label Business Accounting. Show all posts

Saturday, February 6, 2016

Perakaunan Syarikat Rutin Mingguan Yang Wajib Dilaksanakan

Memulakan perniagaan merupakan suatu usaha murni yang dituntut oleh Islam bagi memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat dan keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa 9 daripada 10 punca rezeki datangnya dari perniagaan.
Perniagaan merupakan sebuah bidang yang memerlukan komitmen yang tinggi. Kajian yang terperinci perlu dilakukan sebelum memulakan sesuatu usaha tersebut. Pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum memulakan sesuatu perniagaan termasuk kajian pasaran, penggajian pekerja, sumber bahan mentah dan bidang perniagaan yang berpotensi.
Bidang perniagaan yang dipilih merupakan di antara faktor penentu kejayaan sesuatu perniagaan. Kajian pasaran yang menyeluruh serta kajian mengenai potensi sesuatu bidang perniagaan pada masa hadapan juga amatlah penting bagi memastikan perniagaan yang diceburi masih relevan di dalam pasaran akan datang.
kepentingan-perakaunan-syarikat
Bagi memastikan kelancaran sesuatu perniagaan, seseorang ahli perniagaan perlu mempunyai kemahiran asas untuk merekod dan menganalisa penyata kewangan perniagaan pada sesuatu masa tertentu. Perkara-perkara ini adalah penting supaya ahli perniagaan tersebut dapat mengkaji:
    1. Kadar keuntungan sesuatu operasi perniagaan.
    2. Memastikan kelicinan aliran tunai perniagaan.
Disiplin merekod dan menyimpan dokumen-dokumen kewangan perniagaan seperti penyata akaun bank, invois dan resit merupakan asas utama di dalam penyediaan penyata kewangan perniagaan. Aktiviti tersebut merupakan disiplin asas yang diperlukan oleh seseorang ahli perniagaan untuk berjaya di dalam bidang yang diceburi.
Kesibukan menjalani operasi harian perniagaan bukanlah menjadi alasan untuk tidak berpeluang untuk merekodkan transaksi-transaksi kewangan perniagaan dari masa ke semasa. Ahli perniagaan mestilah mewujudkan disiplin yang teguh atau “Standard Operating Procedure (SOP) bagi merekodkan transaksi-transaksi kewangan tersebut.

4 Rutin Pengurusan Akaun Syarikat

Setiap ahli perniagaan mestilah mempunyai disiplin diri bagi merekod dan menganalisa prestasi perniagaan sekurang-kurangnya sekali di dalam seminggu. Antara rutin mingguan tersebut merangkumi:

#1 – Pengeluaran Invois Jualan Terkini

Invois jualan merupakan dokumen transaksi yang amat penting bagi membuktikan produk jualan atau perkhidmatan telah disediakan kepada pelanggan perniagaan. Ianya amat penting untuk dikeluarkan dan dihantar kepada pelanggan agar bayaran yang dikenakan dapat dikutip berdasarkan produk atau perkhidmatan yang telah dikeluarkan.
Kutipan tunai dari para pelanggan amatlah penting demi menjamin kelancaran aliran tunai sesebuah perniagaan terutamanya dalam menanggung segala komitmen perbelanjaan perniagaan serta kos untuk menghasilkan satu-satu jualan. Tanpa kutipan tunai ini, perniagaan pastinya tidak akan ke mana-mana.
kira-kira

#2 – Merekod Bil & Perbelanjaan Overhead

Bil-bil pembelian mestilah direkod serta dijelaskan mengikut jangkamasa yang dipersetujui bersama para pembekal. Ini adalah penting supaya bahan-bahan mentah yang dibekalkan dapat diterima pada masa yang telah ditetapkan supaya ianya tidak mengganggu proses jualan perniagaan dari masa ke semasa.
Merekodkan semua bil-bil semasa serta perbelanjaan syarikat ini dapat membantu anda untuk menganalisa berapakah kos operasi syarikat anda. Anda juga dengan mudah untuk memotong perbelanjaan yang tidak diperlukan seperti bil-bil tambahan untuk berjumpa pelanggan agar bisnes anda lebih menguntungkan.

#3 – Memeriksa Penyata Akaun Perniagaan

Penyata Akaun Semasa perniagaan yang dibuka di bank-bank perdagangan amat penting kerana ianya merupakan sumber rekod utama pembayaran dan penerimaan tunai dari pembekal dan pelanggan perniagaan. Setiap penyata ini menunjukkan berapa banyakkah keuntungan serta kos yang diperlukan setiap minggu.
Kaedah hubungan perniagaan yang menggunakan transaksi pembayaran cek-cek perniagaan akan ditunjukkan di dalam Penyata Akaun Semasa dari masa ke semasa. Penyata Akaun Semasa ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan di dalam menganggarkan prestasi dan keupayaan perniagaan di masa hadapan.

#4 – Memeriksa Transaksi Urusniaga

Pemeriksaan dokumen transaksi-transaksi perniagaan seperti yang dinyatakan ini amatlah penting bagi menjamin setiap barangan belian dan jualan direkodkan. Ia dapat membantu ahli perniagaan untuk melihat keupayaan bisnes dan merangka strategi bisnes untuk jangka masa panjang.
Keupayaan seseorang ahli perniagaan memastikan rekod yang baik akan mengurangkan risiko kehilangan barangan perniagaan, memastikan penyimpanan stok berada di tahap optimum serta pengurusan aliran tunai yang cekap. Ia dapat memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kerugian perniagaan.
konsep-syarikat
Setiap kerja yang dilakukan mestilah mempunyai disiplin yang khusus agar kerja-kerja yang dilakukan akan berada pada tahap yang terbaik. Perkara tersebut tidak terkecuali kepada setiap ahli perniagaan yang inginkan kejayaan di dalam perniagaan yang diceburi.
Selain dari persediaan awal sebelum memulakan perniagaan, setiap ahli perniagaan perlu memastikan bahawa aktiviti perniagaan yang diceburi mempunyai keuntungan yang diimpikan. Sekiranya terdapat perbezaan di dalam transaksi perniagaan, perkara tersebut boleh dikenal pasti dan diperbetulkan dengan cepat.
Pada masa kini, terdapat pelbagai perisian komputer yang membolehkan para ahli perniagaan membuat catatan rekod perniagaan yang sempurna dan berkesan. Ia memudahkan kita untuk melihat tahap prestasi sesuatu perniagaan tersebut dan mengenal pasti kelemahan utama terutamanya di dalam aspek kawalan perbelanjaan perniagaan.
Tambahan pula, terdapat juga beberapa firma perakaunan yang menyediakan khidmat simpan kira (‘book-keeping’) bagi membantu ahli perniagaan di dalam menganalisa serta merekodkan dokumen-dokumen perniagaan yang berkaitan. Ia juga penting agar ahli perniagaan diberi input yang berguna demi kemajuan perniagaan masing-masing.

(Sumber gambar: IzzboxGlassdoorgerindiacitrawisegeek)

Rizal Hafiz merupakan Pengarah Bahagian Corporate Secretarial di Signtake Resources Sdn Bhd. Mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang audit dan pernah berkhidmat di England & Wales. Kini memberi tumpuan mengenai hal-hal corporate secretarial dan bahagian undang-undang.

Thursday, November 13, 2014

Top Ten Do's and Don'ts in Business Accounting

Do's
  1. Learn basic accounting before you go into business. Go to school if necessary.
  2. Consult and retain an accountant familiar with your industry before you start.
  3. Determine what accounting software program works best for your business.
  4. In the beginning, do your own bookkeeping to gain knowledge of your accounting.
  5. Set up inventory policy and internal controls including safeguards against dishonesty.
  6. Reconcile your bank account at least once a month when your bank statement is received.
  7. Maintain and update your cash flow control spreadsheet monthly.
  8. Plan to outsource your payroll and payroll reporting to a payroll service provider.
  9. Prepare financial statements at least monthly.
  10. Keep your business records separate from your personal records.
Don'ts
  1. Delegate the authority to sign checks to anyone.
  2. Use money withheld for payroll taxes or sales taxes for other purposes.
  3. Commingle personal assets with your business assets.
  4. Delegate cash flow projections--your lifeline to liquidity.
  5. Be optimistic in sales projections or conservative in expense projections.
  6. Rely on verbal agreements on any important matter including purchases.
  7. Pay an invoice without matching it to your purchase order.
  8. Delegate your relationship with your lending sources.
  9. Wait to establish credit sources until you have a need for financing.
The Most Popular Traffic Exchange