Showing posts with label Resepi/Sajian. Show all posts
Showing posts with label Resepi/Sajian. Show all posts

Thursday, March 19, 2009

TEPUNG BUNGKUS

Bahanbahan:

Untuk inti:

1) ½ biji kelapa muda parut
2) 1 ketul gula melaka
3) 2 sudu makan air
4) 1 helai daun pandan

Untuk kuih:
1) 1 cawan tepung beras
2) 2 cawan santan
3) ½ sudu teh garam
4) 4 sudu besar tepung pulut (bancuh dgn 1 sudu makan air membentuk doh)
5) Daun pisang yang telah dilayur dan lidi secukupnya


Cara-cara membuatnya:

Untuk inti:

1) Cairkan gula dengan air bersama daun pandan di atas api kecil hingga mendidih.
2) Masukkan kelapa parut dan gaul rata. Tutup api dan sejukkan.

Untuk kuih:
1) Leperkan doh tepung pulut dan masukkan sedikit inti. Tutup jadikan bebola. Buat sampai habis.
2) Bancuh tepung beras bersama santan. Kacau atas api hingga separuh masak.
3) Panaskan kukusan.
4) Ambil dua sudu makan bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 bebola tadi dan tutup dengan dua sudu lagi tepung.
5) Tutup daun pisang dan lipat keduadua hujung daun seperti bungkus tapai, semat dengan lidi dan kukuskan selama 20 minit.
6) Sejukkan dan hidangan sedia untuk dihidangkan.

Spaghetti Goreng

Bahan-bahan A:
200 gm isi ayam, hiris nipis
10 ekor udang
2 sudu makan (bumbung) sos barbeku tradisional
2 sudu makan (bumbung) sos tiram
2 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan oregano
1 sudu makan lada hitam, tumbuk kasar - boleh kurangkan jika tak mahu pedas
Sedikit lada sulah

Bahan-bahan B:
1 labu bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, cincang
1 biji tomato, hiris
1/2 biji lada benggala, hiris

Bahan-bahan C:
200 gm spaghetti, direbus

Cara menyediakannya:
1. Campurkan semua bahan A dan perap (saya perap dalam 4 jam).
2. Panaskan sedikit minyak zaitun, tumis bawang besar dan bawang putih.
3. Masukkan A, tomato dan sedikit air.
4. Setelah mendidih, masukkan spaghetti dan lada benggala. Gaul rata.
5. Sedia untuk dihidang.

Friday, February 27, 2009

Dorayaki

Dorayaki

Bahan-bahan (10 biji)

100gm tepung kek atau tepung gandum
½ sudu kecil baking soda
60gm gula halus
2 sudu besar madu
2 biji telur
½ sudu besar minyak masak
½ sudu kecil esen vanilla

Inti:1½ cawan kacang merah yg manis


Cara-cara

Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang.

Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.

Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat.

Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4".

Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).

Letak 1 sudu besar kacang merah ditengah sekeping pan-cake, tutup dgn satu keping pan-cake. Tekan dgn tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah.

Bagi yg tinggal kat Jepun, boleh guna sup kacang merah ini, tambah sedikit tepung gandum dan panaskan untuk memekatkan nya. 3pkt x 180gm cukup untuk 10 biji.

Selamat Mencuba!!!
The Most Popular Traffic Exchange