Showing posts with label Usahawan. Show all posts
Showing posts with label Usahawan. Show all posts

Thursday, June 21, 2018

Bagaimana Usahawan Mendapat Idea Bisnes


Usahawan perlukan idea bisnes untuk dijana dan direalisasikan sebagai suatu usaha dan strategi. Segalanya bermula dari idea bisnes. Banyak faktor mengapa idea bisnes penting kepada usahawan. 
Antaranya ialah:
  • Membantu memacu tindakan bukan angan angan yang tidak terlaksana.
  • Ia suatu bentuk kreativiti yang menghasilkan keunikan bisnes yang akan dijalankan.
  • Membantu usahawan untuk fokus terhadap bisnes mereka.
  • Menetapkan kriteria perancangan dan strategi bisnes.
Ramai orang yang mahu menceburi dunia bisnes atau usahawan mahupun mereka yang sudah bergelar usahawan tercari-cari idea bisnes. Ada pelbagai cara anda boleh mendapatkan idea bisnes iaitu:
1. Bekerja
Bidang pekerjaan yang diceburi sekarang ini boleh menjadi satu idea bisnes. Ia satu idea yang bagus jika diri sendiri mempunyai kemahiran. Seorang guru yang bekerja makan gaji umpamanya, boleh membuka bisnes tusyen atau tutor persendirian. Seorang mekanik boleh membuka kedai membaiki kereta.
2. Bersembang
Sembang kosong bersama rakan tidak akan memberi manfaat. Namun jika perbualan terarah kepada menjana idea bisnes maka pasti akan wujud idea-idea bisnes baru yang boleh dilaksanakan. Ketika berbincang dengan usahawan yang berjaya, pengalaman mereka boleh dijadikan panduan.
3. Ketika memandu
Berfikir ketika memandu kenderaan adalah keadaan yang paling baik juga untuk idea bisnes hadir. Kaedah pemerhatian sewaktu memandu amat sesuai digunakan. Senario yang berlaku sewaktu pemanduan banyak mendatangkan idea bisnes. Contohnya melihat paparan iklan ‘billboard’ di jalan raya, boleh memberi idea untuk ditiruvasi.
4. Mimpi
Mimpi adalah satu perkara yang abstrak. Namun bukan sesuatu yang pelik bila seseorang mendapat idea bisnes dalam mimpi. Seorang usahawan berjaya pernah berkongsi beliau mendapat ilham membuka butik melalui mimpi. Mimpi yang direalisasikan bakal menjadi satu realiti.
5. Bersenam
Bersenam merehatkan minda dan fizikal. Contoh di awal pagi, dalam keadaan dan suasana yang segar, idea boleh datang dengan mudah. Apabila minda tidak tertekan, banyak perkara boleh difikirkan secara tidak langsung.
6. Bersendirian
Termenung di bilik air ada ketikanya menjadi tabiat. Ada yang menggunakan masa untuk mandi sambal berfikir tentang sesuatu perkara. Idea terhasil kerana minda berada dalam keadaan paling tenang. Justeru, latih minda untuk bertenang, cari suasana tenang untuk berfikir.
7. Bercuti
Ramai yang memilih untuk pergi bercuti bagi merehatkan minda. Percutian memberikan kerehatan pada minda yang penat bekerja. Idea bisnes lebih mudah hadir, sebab itu banyak syarikat menganjurkan ‘retreat’ di tempat percutian, ia bagi membolehkan pekerja mereka mendapat idea baru dan keselesaan untuk berfikir disamping menjadi platform melegakan ketegangan.
8. Ketika Makan
Ketika sedang menikmati makanan, banyak ketikanya fikiran menerawang. Otak saat sangat aktif berfikir. Badan ibarat kereta yang diisikan petrol. Idea idea baru boleh dijana ketika ini. Namun jangan silap faham, ia bukan bermaksud seseorang perlu makan untuk menjana idea bisnes yang baru.
9. Ketika membaca buku
Banyak membaca menambah ilmu. Membaca memberikan lebih kefahaman. Ia membantu minda membuat analisa dan lebih memahami sesuatu perkara yang mahu dilakukan.
10. Menonton filem boleh menjana idea baru
Contohnya ialah rancangan dokumentari yang bersifat memberi dan menambah maklumat.
11. Mendengar ceramah oleh usahawan boleh memberikan idea secara tidak langsung
Melibatkan dalam sesi perkongsian maklumat oleh usahawan atau platform tertentu juga penting. Ada input-input penting yang dikongsi oleh penyampai yang boleh diserap dan dijana lalu menghasilkan idea bisnes yang baru.
12. Ketika mendengar masalah
Ketika mendengar masalah orang lain kita dapat selesaikan masalah sendiri. Ketika bermasalah juga idea lebih cepat datang.
Kesimpulannya, idea bisnes dijana dalam pelbagai bentuk dan keadaan tanpa mengira masa dan tempat. Seseorang hanya perlu berfikir bersungguh-sungguh untuk menjana idea melalui pengalaman atau pengamatan yang dibuatnya terhadap persekitaran semasa. Usahawan juga perlu sentiasa peka terhadap persekitaran dan cepat melihat peluang bagi menjadikan ia sebagai proses penjanaan idea bisnes. Idea bisnes selagi tidak diterjemahkan dalam bentuk tindakan maka ia hanya kekal sebagai idea. Oleh itu ia perlu divalidasi terlebih dahulu bagi memastikan idea tersebut memberikan keberhasilan.

Friday, July 15, 2016

10 Langkah Untuk Memulakan Bisnes Kedai RM2

Melalui posting Tawaran Bisnes Kedai RM2, banyak panggilan yang kami terima...


Ini antara soalan favourite yang kerap saya terima tapi tak sempat nak menjawab nya kerana kekangan masa. Jadi hari ni saya kongsikan kepada anda 10 Langkah Untuk Memulakan Bisnes Kedai RM2 : 

1st ? Anda kena dapatkan dulu kedai / lokasi di mana anda ingin buka kedai RM2 tersebut. Dapatkan semua maklumat ttg kedai ini seperti sewa, deposit, keluasan kedai dsb. Sila rujuk dalam posting sebelum nya ttg teknik untuk memilih lokasi yang terbaik. 

2nd ? Daftar sykt anda di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Sekarang waktu yg terbaik untuk daftar kerana SSM ada buat promosi daftar 5 tahun hanya RM60 sahaja. Kadar biasa untuk 5 tahun adalah RM250. Bawa salinan IC dan 3 nama cadangan syarikat. Tulis dalam column bidang perniagaan ? Menjual Barang Serbaneka dan Runcit. Dalam 1 jam anda akan dapat lesen SSM anda. Lesen ini penting untuk sewaan kedai dan appy lesen majlis nanti. 

3rd ? Selesaikan proses sewaan kedai dengan owner. Dapatkan salinan aggrement sewaan kedai, bil cukai pintu dan cukai tanah. Dapatkan juga slip bomba warna biru untuk pemadam api. Jika tiada, anda perlu beli atau hantar servis pemadam api yg sedia ada untuk dapatkan slip biru nin. Gantung banner di hadapan kedai ? KEDAI RM2 AKAN DI BUKA? sbg promosi awal / tanda pemberitahuan kepada org lain supaya tidak buka kedai RM2 yg lain. Anda dah booking dulu.. 

4th ? Order barang dengan saya. Anda boleh order barang sahaja atau ambil pakej setup satu kedai. Hubungi kami untuk detail ttg pakej ini. Saya boleh supply brg ikut budget anda..Packing dan penghantaran barang yg di tempah akan mengambil masa 7 hari selepas confirm order. 

5th ? Lakukan kerja renovation (wiring, partition, cat, CCTV). Semua kerja ini mesti selesai sebelum rak di pasang. Kedai RM2 tidak perlu nampak mewah, nnt customer takut nak masuk Nampak mcm mahal. Apa yg perlu hanya lampu yg byk kerana kedai perlu nampak terang. Lampu perlu di pasang semasa operasi kedai. 

6th ? Pemasangan rak. Budget untuk rak mestilah tidak lebih dari 30% nilai barang. Contoh jika anda order barang dengan saya RM30,000 maka kos rak tidak lebih dari RM9000. Rak adalah kos hangus yang tidak mendatangkan duit. Lebih baik duit di habiskan pada stok barang yg boleh di jual. Jika anda perlu rak yg murah, boleh berhubung dengan saya kerana kami ada panel kami sendiri..Anda juga boleh mula tempah sign boad waktu ini. 

7th ? Susun barang. Untuk dapat idea mcm mana nak susun barang, anda boleh kunjungi kedai saya ataupun mana kedai RM2 yg berdekatan. Selepas susun anda akan dapati ada lagi ruangan yg kosong, maka anda boleh tambah lagi stok2 baru. Cara menyusun yg betul perlu mengambil kira faktor kemas, padat, mudah di cari, ikut jenis dan dalam lingkungan pemerhatian anda ? supaya tak senang di curi. Jika anda menggunakan pos system (barcode), proses susun barang ni akan lebih rumit kerana anda perlu key in satu persatu pada computer dan tampal barcode pada yg tiada. Ambil masa seminggu lebih untuk selesai. 

8th ? Apply lesen majlis perbandaran. Gunakan khidmat runner jika nak mudah. Sykt pasang sign board biasanya ada servis begini. Anda sediakan dokumen ? salinan ic, gambar 4 keping, aggrement sewa, bil cukai tanah, bil cukai pintu, slip bomba, salinan ssm dan duit lesen RM150++. Kos runnner dalam RM100++. Majils akan beri anda lesen sementara 3 bulan. Anda boleh berniaga terus dan selepas 3 bulan tu anda kena renew lesen setahun RM400++. Bomba akan datang check premis anda dalam 3 bulan pertama ni.. 

9th ? Mula berniaga. Saya galakkan owner jaga sendiri kedai dalam 3 bulan pertama. Kenal customer anda dan dapatkan feedback dari mereka ttg barang apa yg mereka perlukan. Sediakan brg2 tersebut agar mereka tidak beli dari kedai lain. Lakukan promosi seperti banner, bunting, edar fliers ke kawasan sekitar. Jika ada budget, buat kenduri doa selamat agar customer sekitar kenal dengan anda dan kedai anda. Jika byk brg2 yg mereka minta di atas RM2, anda boleh tukar konsep kedai anda ke RM2 KE ATAS. Saya akan terangkan kemudian ttg konsep ini dalam posting seterusnya.. 

10th ? Stabilkan perniagaan anda. Jika lokasi yg anda pilih bagus, dalam 3 bulan anda dah boleh pulang mudal semula. Jika sales tak bagus, perhebatkan lagi promosi pada 3 bulan seterusnya dan perbaiki kelemahan yang ada. Jika dalam 6 bulan sales anda masih teruk, pertimbangkan lah untuk berpindah ke lokasi lain. Saya akan ajar anda nanti bagaimana untuk mengira target sales daily , week ly dan monthly dalam posting seterusnya..

Tuesday, January 27, 2015

17 MINDSET SEORANG JUTAWAN

Untuk menjadi seorang jutawan, ia tidak datang bergolek. Sebaliknya, ia datang bersama impian dan usaha yang bersungguh-sungguh. Ramai usahawan yang lahir pada hari ini, datangnya dari mereka yang mempunyai mindset jutawan.

Sebelum mereka menjadi jutawan, mereka telah programkan dalam minda mereka supaya menjadi jutawan. Berikut adalah 17 mindset seorang jutawan:

1) Jutawan bukan bergantung kepada nasib, takdir atau perjudian. Ia bergantung kepada usaha dan disiplin yang kuat.

2) Jutawan adalah seseorang yang mempunyai kemahiran untuk menjual produk, perkhidmatan dan idea sendiri.

3) Jadikan cerita kejayaan orang lain sebagai pembakar semangat untuk berjaya.

4) Sikap positif menjadi penentu kejayaan seorang jutawan.

5) Sikap juga menjadi faktor utama penentu kepada kejayaan seorang jutawan dalam bidang yang diceburinya.

6) Sikap utama yang perlu ada dalam diri seorang jutawan adalah berdisiplin, tabah, berani, fokus dan bercita-cita besar.

7) Sebelum menjadi jutawan, wang bukan satu penghalang.

8) Jangan fikir, tanpa wang tidak boleh menjadi jutawan.

9) Bina pemikiran sebagai seorang jutawan sebelum menjadi jutawan.

10) Cipta impian untuk menjadi seorang jutawan.

11) Gambarkan dalam kepala kekayaan yang mahu kita capai.

12) Kemudian, bertindak mengikut jalan seorang jutawan.

13) Pemikiran yang betul sebagai seorang jutawan menghasilkan tindakan yang betul untuk menjadi seorang jutawan.

14) Sentiasa berdiri di atas kaki sendiri, iaitu pandai berdikari.

15) Selalu melakukan sesuatu pekerjaan tanpa perlu mengharapkan bantuan orang lain.

16) Selain itu, seorang jutawan perlu memiliki ilmu dalam pengurusan, kewangan, bisnes, pelaburan dan bisnes.

17) Hanya diri sendiri yang menjadikan diri sendiri seorang jutawan.

========================

KUASAI MINDSET JUTAWAN

=======================
=

Pelajari cara sebenar bagaimana menetapkan mindset sebagai seorang jutawan. Teknik sesuai buat anda yang mahu menjadi jutawan dalam 5 tahun dari sekarang. Langkah demi langkah bagaimana menetapkan mindset jutawan ditunjukkan satu persatu dalam buku ini.

TEMPAH SEKARANG --> [Blueprint Kejayaan]
 
Blueprint Kejayaan

3 PUNCA USAHAWAN MUDA GAGAL!

Bisnes adalah salah satu cabang untuk menjadi kaya. Habibul ‘Ajmi, pengasas jenama Orang Kampung berkata, “Jika mahu berniaga kerana mahu menyara keluarga, lebih baik kerja makan gaji atau berniaga kecil-kecilan di tepi jalan.”

Bisnes perlu ada matlamat. Apabila kita mahu memulakan sebarang perniagaan, kita perlu ada sasaran yang perlu dicapai. Tidak kira sasaran itu besar mahupun kecil. Tetapkan sebarang sasaran untuk kita lebih berjaya.

Antara punca-punca usahawan muda sekarang gagal dalam perniagaan adalah kerana:

1) Tidak mempunyai impian

Ramai usahawan hari ini berniaga tetapi tidak mempunyai impian. Mereka lebih suka mengikuti rentak orang lain. Mereka lihat ada orang mulakan bisnes, dia pun mahu berbisnes. Ada orang berniaga nasi lemak, dia pun mahu menjual nasi lemak.

2) Keuntungan tidak dibahagi-bahagikan

Setiap keuntungan perlu dibahagikan kepada beberapa bahagian. Keuntungan tidak boleh digunakan semua. Kerana, terdapat kos yang perlu dibayar untuk setiap perniagaan yang kita jalankan.

Antara kos yang perlu dikeluarkan adalah modal pusingan perniagaan, bayaran cover overhead dan mengeluarkan zakat.

3) Tiada simpanan keuntungan

Selain itu, kita perlu mengasingkan sedikit keuntungan ke dalam simpanan. Hal ini kerana, duit daripada simpanan ini akan digunakan semasa kecemasan, belanja ketika membesarkan kedai, melantik lebih ramai pekerja atau mengembangkan lagi bisnes ke tahap yang lebih tinggi.

Apabila kita kuasai keuntungan, kita akan menguasai bisnes. Bisnes tanpa keuntungan akan mati. Bisnes dengan keuntungan akan hidup dan terus berkembang.

Pelajari 12 teknik mengembangkan bisnes gaya jutawan.

12 teknik ini 100% praktikal dan mudah diguna pakai. Teknik-teknik ini bakal membantu anda mengembangkan bisnes, mengawal kewangan seterusnya melonjakkan bisnes ke tahap yang lebih tinggi lagi.

TEMPAH SEKARANG buku ini -->  [Temubual Jootawan, Siri1]

PS: Pelaburan sekecil ini mampu memberi kesan yang besar kepada keuntungan bisnes anda!

Temubual Jootawan

Monday, November 24, 2014

9 Checklist Sebelum Jadi Usahawan

checklistusahawan

Bagi anda yang ingin mencuba membuka perniagaan, berikut adalah  9 langkah yang boleh memandu anda menyusun perniagaan agar ianya dapat berjalan lancar dan berjaya:

1. Lakukan apa yang anda sukai. Anda akan menghabiskan banyak waktu dan tenaga untuk memulakan sebuah perniagaan dan mengembangkannya menjadi perniagaan yang berjaya. Ianya penting supaya anda menikmati apa yang anda kerjakan, apakah perniagaan tersebut ialah perniagaan sewa tempat pancing, merekabentuk tembikar atau perundingan kewangan.

2. Mulakan perniagaan anda ketika anda masih bekerja. Berapa tempoh masa paling lama seseorang itu mampu bertahan dengan tanpa wang? Tidak lama. Tempoh ini adalah tempoh masa yang lama sebenarnya anda telah memulakan perniagaan tetapi tanpa ada wang pusingan modal. Adalah lebih baik sekiranya anda berhasrat untuk memulakan perniagaan ketika anda masih bekerja makan gaji. Mulakan perniagaan anda semasa anda masih bekerja bererti anda masih mempunyai wang saku walaupun ketika menjalankan fasa pertama memulakan perniagaan.

3. Jangan mulakan perniagaan anda sendirian. Anda perlukan orang lain untuk membantu anda memulakan perniagaan pada fasa pertamanya. Cuba ceritakan hasrat anda kepada ahli keluarga atau rakan rapat untuk membantu anda mendapatkan kakitangan yang boleh membantu anda. Atau mungkin ahli kelaurga ada boleh mambantu anda.

4. Pertama sekali, dapatkan pelanggan anda. Sebelum memulakan perniagaan, dapatkan pelanggan terlebih dahulu. Setelah anda mendapat tempahan, kemudian, barulah anda memulakan perniagaan secara rasmi. Untuk dapatkan pelanggan, lakukan strategi pemasaran yang berkesan. Sekiranya anda memulakan perniagaan tanpa mendapatkan pelanggan, ianya mengambil proses yang lama untuk mendapatkan pelanggan.

5. Catatkan rancangan perniagaan anda. Rancangan perniagaan adalah perkara pertama yang perlu anda sediakan. Rancangan perniagaan akan memandu perniagaan anda supaya tidak terbuang masa dan wang.

6. Lakukan kajian. Anda akan membuat banyak penelitian ketika membuat rancangan perniagaan. Sertailah persatuan-persatuan perniagaan yang sama dengan perniagaan yang anda sedang jalankan. Berkongsi pandangan dan menerima nasihat daripada peniaga yang lebih berpengalaman.

7. Dapatkan bantuan profesional. Anda membuka perniagaan kecil, bukan bermakna anda harus tahu semua perkara di dalam perniagaan. Dapatkan nasihat atau ambil bekerja seorang atau dua akauntan supaya dia boleh membantu memberikan nasihat kewangan dan pengurusan kepada perniagaan anda. Sekiranya anda memerlukan menulis sebuah kontrak, anda tiada pengalaman atau pengetahuan mengenainya. Oleh itu, upahlah seorang penguam untuk menulis kontrak untuk membantu anda. Anda akan membuang masa dan wang sekiranya anda lakukan perkara-perkara itu sendiri walhal anda tidak memiliki kelayakkan untuk mengerjakannya.

8. Dapatkan wang. Gambarkan rancangan perniagaan yang jauh ke hadapan. Perniagaan tidak akan berkembang sekiranya anda hanya membayar kos dan menerima hasil jualan. Untuk mengembangkan perniagaan anda, anda harus membuat pinjaman kewangan atau membuat pelaburan supaya aset perniagaan anda bertambah dan anda mampu melebarkan perniagaan anda di masa hadapan.

9. Menjadi profesional sejak anda memulakan perniagaan. Orangg yang terlibat dengan dunia perniagaan sering kali diklasifikasikan sebagai seorang yang profesional. Oleh yang demikian, untuk mencapai jaringan perniagaan yang lebih lebar dan ramai, anda harus mempunyai kad perniagaan supaya mudah anda memperkenalkan perniagaan anda kepada orang lain. Ianya adalah cara yang profesional dan sopan.

Tuesday, November 18, 2014

Rahsia Menenangi Perolehan Kerajaan



PERHATIAN: eBook ini hanya untuk individu-individu dan syarikat-syarikat yang ingin mendapatkan sebahagian dari RM 264.2 Billion peruntukan yang akan dibelanjakan oleh kerajaan Malaysia pada tahun ini.

RAHSIA KINI TERBONGKAR!
Bagaimana Untuk Mulakan Urusniaga
Dengan Pihak Kerajaan?
Bagaimana Untuk Memenangi Perolehan Kerajaan
dan Menjana Keuntungan Minimum RM100,000 Setahun?


Ini bukan satu yang mustahil dan tidak susah untuk dilakukan jika anda tahu caranya. Semua skill dalam menyertai dan memenangi perolehan kerajaan atau juga dikenali sebagai kontrak kerajaan, sebutharga kerajaan dan tender kerajaan boleh dipelajari dan dilakukan oleh semua orang. Tapi realitinya sekarang ramai bakal kontraktor/usahawan dan kontraktor/usahawan diluar sana masih berpegang kepada mentaliti yang lama. Mereka masih percaya untuk menyertai perolehan kerajaan perlu "kabel", "orang dalam" dan "duit kopi", ini adalah sama sekali SALAH dan TIDAK BENAR

Untuk pengetahuan semua, sepanjang 10 tahun saya dalam kerajaan, apa yang saya perhatikan proses perolehan dijalankan dengan telus dan mengikut semua peraturan yang dikeluarkan. Jadi, memang tiada ruang untuk seseorang pegawai itu untuk menyeleweng melainkan akan dihukum dikemudian hari. Selain itu, pelantikan pegawai yang menjalankan perolehan ini juga dipilih dari mereka yang melepasi tapisan keselamatan oleh Jabatan  Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa lain seperti polis dan SPRM. Ini bagi memastikan pegawai yang dilantik benar-benar layak dan berintegriti.

Bagi saya, kata-kata begitu hanya untuk menyedapkan hati mereka yang telah GAGAL dan tidak mahu berusaha untuk menambah ilmu dalam bidang ini. Ramai kontraktor/usahawan berfikir mereka telah tahu semua perkara dan mereka tiada masa untuk belajar dan mendengar pengalaman orang lain. Saya berharap anda tidak tergolong dalam usahawan/kontraktor seperti yang dinyatakan tadi dan jadilah usahawan/kontraktor yang sentiasa belajar dan menimba ilmu dimana sahaja.

Dalam ebook ini saya kongsikan dengan anda pengalaman, pemerhatian dan kajian selama 10 tahun tentang kesilapan-kesilapan kontraktor dalam menyertai perolehan kerajaan. Bagaimana anda boleh mengatasi pesaing anda dalam menyediakan dokumen cadangan kepada kerajaan dalam merebut sebahagian dari peruntukan  perbelanjaan  kerajaan pada  2014 sebanyak  RM 264.2 Billion.

 

bajet perolehan
teras bajet 2014

The Most Popular Traffic Exchange