Thursday, November 26, 2009

SETIAP ORANG PERLU MEMAHAMI ERTI PENGORBANAN ...... Titah


Walaupun titah ini agak lama dahulu... but i like~~~ ahaks~~


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menyeru rakyat dan penduduk negara ini supaya memahami erti pengorbanan.

Menurut baginda : " Dalam zaman serba gawat dan kemelesetan ini, adalah lebih utama kita mempunyai semangat dan jiwa patriotik untuk disumbangkan kepada pembangunan bangsa. Setiap orang perlu memahami erti pengorbanan, iaitu apabila ia dihendaki. Di samping menerima, kita juga perlu memberi untuk kesejahteraan bersama".

Menurut baginda lagi : "Negara yang teguh adalah negara yang didukung dengan pengorbanan. Mungkin juga kelemahan akan menjadi faktor halangan, tetapi apabila kita bersatu, maka yang berat pasti akan menjadi ringan."

Sehubungan dengan itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyeru rakyat dan penduduk negara ini supaya `mengusai' diri dan negara dengan cara berganding bahu, muafakat dan terikat dengan kepentingan bersama. Apabila kita memakai dasar ini dan menjadikannya budaya, maka kitalah bangsa yang mempunyai harapan untuk bangun dan sekaligus mengekalkan kewibawaan kita, titah baginda.

No comments:

Post a Comment

Any comments??? Please Share...
Sebarang komen??? Silakan...

The Most Popular Traffic Exchange