Aktres seksi terkenal Indonesia, Julia Perez yang terkenal dengan panggilan 'Jupe' berikrar mengganggu tumpuan pemain Malaysia dalam perlawanan kedua final Piala Suzuki AFF di sini, esok.
Jupe kesal dengan tindakan peminat bola sepak Malaysia mengganggu pemain Indonesia dengan melakukan ‘serangan’ laser ketika perlawanan pertama di Stadium Bukit Jalil, Ahad lalu.
Oleh sebab itu, dia akan membalas dendam dengan mengenakan pakaian seksi yang nampak dada bagi mengalihkan perhatian anak didik K Rajagobal.
Kata Julia, pemain Malaysia akan ‘diajar’ melalui cahaya laser, tetapi ia lebih unik kerana dipancarkan dari coli khasnya.
“Saya akan turun padang menyaksikan perlawanan pusingan kedua Indonesia menentang Malaysia di Stadium Bung Karno di Jakarta.
“Kali ini saya akan pakai coli dilengkapi cahaya laser - biar buta mata semua pemain Malaysia.
“Saya tak rela pasukan Indonesia diperlakukan begitu oleh penyokong Malaysia di Kuala Lumpur,” katanya.
Perkara itu disuarakannya ketika dihubungi wartawan Indonesia yang kemudian membuat soalan susulan sejauh mana dia serius dengan hal berkenaan.
“Ya, saya serius. Biar semua pemain bola sepak Malaysia buta. Saya akan pakai baju belahan dada supaya mereka buta. Ini adalah laser ciptaan saya,” katanya lagi. Sumber Kosmo
No comments:
Post a Comment
Any comments??? Please Share...
Sebarang komen??? Silakan...