Friday, May 20, 2011

Pemandu Terbaik

Rahim memandu kereta dan tiba-tiba seorang polis menahannya.Rahim menurunkan tingkap keretanya dan bertanya kepada polis tersebut.

Rahim : Ye encik, ada apa masalah?

Polis : Erm! tak ada apa, saya telah memerhatikan cara pemanduan encik.Hari ini adalah hari bertuah encik kerana saya ingin memberikan encik wang tunai sebanyak RM5,000 kerana dianugerah pemandu terbaik.Tahniah! encik akan buat apa dengan wang ini nanti?

Rahim berfikir sejenak lalu dia pun berkata,

Rahim : Saya rasa saya nak guna duit ni untuk buat lesen kereta.

Mahmud yang duduk di sebelahnya menyampuk percakapan Rahim.

Mahmud : Encik jangan dengar apa yang dia kata.Dia ni bengong sikit kalau dah mabuk todi.

Leman yang duduk di belakang pula menjerit dalam kekecewaan.

Leman : Aku dah cakap, kita takkan terlepas dengan kereta curi ni!!

Seketika itu, kedengaran pulak dari bonet belakang kereta di ketuk dan terdengar seseorang berkata, "pak! pak! udah sampe ke belom?"

No comments:

Post a Comment

Any comments??? Please Share...
Sebarang komen??? Silakan...

The Most Popular Traffic Exchange