DALAM MELAYARI DUNIA TEKNOLOGI MASA KINI, PASTI RAMAI YANG MENGEMARI
APLIKASI TELEFON PINDAR YANG SEMEMANGNYA MEMUDAHKAN KEHIDUPAN SEHARIAN.
TAHUKAH ANDA BAHAWA APLIKASI TELEFON JUGA MAMPU MERAIH KEUNTUNGAN YANG
MENAKJUBKAN. SIAPA SANGKA ADA DI ANTARA MEREKA YANG MERUPAKAN TULANG
BELAKANG APLIKASI INI JUGA MAMPU MENJANA KEUNTUNGAN SEBANYAK JUTAAN
RINGGIT. DIBAWAH ADALAH SENARAI 7 PEMILIK APLIKASI YANG TERKAYA DUNIA...
Wechat – Ma Huateng
WeChat adalah sebuah aplikasi chat lintas platform/OS yang berfungsi
untuk menghubungkan beberapa pengguna smartphone. Aplikasi ini untuk
pertama kalinya diperkenalkan di China, dan dari sanalah aplikasi WeChat
ini berasal, lalu berkembang hingga menjadi cukup populer di seluruh
dunia seperti di saat sekarang ini. Pengasas We chat ialah Ma Huateng
merupakan seorang jejaka bangsa Han berasal dari Chaoyang, wilayah
Guangdong. Beliau dilahirkan pada tahun 1971 dan merupakan lulusan
Jabatan Sains Komputer Universiti Shenzhen. Ma Huateng telah
menghabiskan keseluruhan kerjaya dalam bidang komputer. Beliau menyertai
Runxun Komunikasi Development Co Ltd pada tahun 1993. Aplikasi ini
boleh di katakan telahpun menjadi fenomena di Malaysia. Mana tidaknya
sterategi promosi mereka mampu menarik seramai 50 juta pengguna yang
menggunakan aplikasi ini. Selaras dengan aplikasi komunikasi ia juag di
lengkapi dengan penasan ringkasn, audio, video serta gambar.
Facebook – Mark Zuckerberg
Apabila revolusi aplikasi ini mula menyerang masyarakat serata dunia
ramai yang mula menggunakan aplikasi ini sebagai salah satu batu
lonjatan dalam pelbagai aspek. Malah rata-rata usahawan muda yang mula
berjinak-jinak dalam bidang perniagaan menggunakan facebook sebagai
medium perniagaan mereka. Pasti ramai yang sudah mengenali dengan Mark
Zuckerberg yang merupakan individu penting dalam menghasilkan aplikasi
serbaguna ini. Mark juga di antara pemilik aplikasi yang paling popular
di serata dunia. Pengguna aplikasi ini ialah 425 million dan semakin
bertambah sepanjang tahun.
KakaoTalk – Beom-Soo Kim
Kakoa talk merupakan salah satu aplikasi baru yang mula menempa nama
di hati peminat seluruh dunia. Menambil ikon seperti kumpulan hangat Big
Bang dari korea sebagai penarik utama, aplikasi ini berjaya menarik
ramai peminat mereka untuk mengguna aplikasi ini. Miliki pelbagai fungsi
sememangnya banyak membantu masyarakat untuk memudahkan komunikasi.
Hanya dalam masa tiga tahun sahaja pengguna KakaoTalk hampir mencecah
angka 90 juta. Satu pencapaian yang cukup membanggakan. Aplikasi yang
berasal dari china ini di asaskan oleh Beom-Soo Kim ini cukup
berkembang dari segi publisiti serta fungsi yang pelbagai memberi
manfaat kepada pengguna
Instagram – Kevin Systrom and mike krieger
Ia boleh dikatakan Instagram merupakan salah satu perkhidmatan
popular dikalangan pengguna peranti Android dan juga iOS. Hari ini,
pembangunnya secara rasminya mengumumkan yang mana kini mereka mempunyai
lebih daripada 100 juta pengguna aktif seluruh dunia yang menggunakan
perkhidmatan Instagram. Pada awalnya hanya eksklusif untuk pengguna iOS.
Pada tahun lepas, ia telah melancarkan aplikasi untuk Android, dan
seterusnya diambil-alih oleh pihak Facebook pada harga yang agak
mengejutkan ramai pihak. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah
Instagram akan dilancarkan untuk platform lain. Beberapa laporan sebelum
ini mengatakan mereka akan hadir dengan aplikasi BlackBerry 10 tidak
lama lagi.
Waze – Uri Levine
Salah satu aplikasi popular yang berasaskan komuniti yang memfokuskan
kepada perkongsian berkaitan trafik dan lalu-lintas di sekitar anda.
Pada masa yang sama, ia juga membawakan sokongan navigasi bersama
dengannya. Memandangkan ianya aplikasi percuma dan berasaskan komuniti,
kini pengguna Waze Malaysia juga turut dilihat bergiat aktif dalam
berkongsi data melaluinya. Melalui Waze, para pengguna boleh mengetahui
keadaan trafik masa-nyata, selain turut mengetahui keadaan jalan raya
sekitar anda, sekaligus memudahkan anda membuat perancangan untuk
perjalanan anda. Pada masa yang sama juga, ia turut membolehkan para
pengguna memuat-naik gambar keadaan jalan raya dan sebagainya, serta
berkongsi bersama yang lain. Bagi para pengguna Malaysia, untuk
mengenali dengan lebih rapat antara satu sama lain dikalangan komuniti
Waze Malaysia (tidak rasmi) melalui halaman Facebook, dan bagi mereka
yang baru ingin mempelajari bagaimana anda boleh menyumbang kepada
komuniti, anda boleh mengikuti tutorial ringkas yang disediakan oleh
salah seorang dari komuniti Waze Malaysia ini. seramai 50 juta pengguna
di seluruh dunia di laporkan dan ia semakin meningkat setiap hari.
Twitter – Jack Dorsey
Twitter merupakan salah satu aplikasi social yang semakin di minati
oleh golongan muda. Kebanyakan daripada pengguna tediri daripada remaja
yang ingin tahu mengenai informasti. Ramai juga di atara usahawan muda
khususnya menggunakan twitter sebagai bahan hebahan berita. Twitter
adalah perkhidmatan rangkaian sosial dan micro-blogging yang membolehkan
pengguna menghantar dan membaca mesej yang dipanggil tweet, iaitu
pesanan teks sekurang-kurangnya 140 patah pertaaan yang dipaparkan dalam
halaman profil penulisnya dan diutuskan kepada para pelanggan penulis
yang dikenali sebagai “pengikut” (follower). Penghantar boleh
mengehadkan utusan kepada lingkungan rakan-rakan, ataupun membenarkan
capaian terbuka kepada semua pengguna web. Pengguna boleh menghantar dan
menerima tweet melalui laman web Twitter, SMS atau mana-mana aplikasi
luaran. Sungguhpun perkhidmatan Twitter sendiri adalah percuma,
penggunaaannya melalui SMS boleh dikenakan yuran telekom. Jack Dorsey
merupakan pencipta aplikasi ini sememangnya merupakan di antara pemilik
aplikasi yang cukup popular. Beliau juga pernah menerima anugarah
“Innovator of the Year Award” for technology dari The Wall Street
Journal.
SKYPE – Janus Friis and Niklas Zennström
Aplikasi video merupakan salah satu gaya berhubung masa kini yang
cukup popular. Kebanyakan daripada pengguna aplikasi ini terdiri
daripada peniaga serta syarkat besar yang inginkan berhubung di dalam
talian video. Dengan ada nya aplikasi ini dalam mudah alih sememangnya
membantu kita untuk berhubung di antara satu sama lain di serata dunia.
Skype memiliki 280 juta pengguna di seluruh dunia pelibatan ini juga di
katakan salah satu cara terbaik untuk menarik pelanggan serta cara
menyampaikan masej yang effective dalam perniagaan. janus friis and niklas zennström merupakan
anak muda kelahiran Denmark mula. Dia juga pernah mendapat anugerah
dari Time Magazine’s sebagai list of 100 most influential people pada
tahun 2006
Sumber: majalah.jootawan.com
No comments:
Post a Comment
Any comments??? Please Share...
Sebarang komen??? Silakan...