Thursday, June 17, 2010

Jangan biar pasangan kesunyian

Jangan biar pasangan kesunyian


Adalah sangat berbahaya membiarkan pasangan kita berasa sunyi. – Gambar hiasan


ALAM rumah tangga seharusnya menjadi impian setiap pasangan di dunia ini yang menginginkan hidup bersama pasangan yang dicintai hingga akhir hayatnya.

Namun apabila usia perkahwinan semakin lama adakalanya hubungan juga semakin renggang, perasaan cinta dan sayang juga semakin pudar dan semakin kurang ‘magis’nya.

Malah ada ketikanya sudah tidak sama seperti waktu awal-awal perkahwinan dulu. Maklumlah anak-anak sudah besar dan cucu juga semakin ramai.

Ada yang bersikap tidak kisah atau ambil mudah terhadap pasangan mereka.

Hidup bersama bertahun-tahun membuatkan mereka merasakan sudah cukup memahami pasangan, lantas mereka mula bersikap ambil mudah terhadap pasangan.

‘‘Sebenarnya itu satu kesilapan yang sering dilakukan oleh pasangan yang telah lama berkahwin. Jadi tidak hairan jika ada rumah tangga yang runtuh walaupun sudah berusia berpuluh tahun,’’ ujar Penolong Pengarah Kaunseling Kolej Matrikulasi Selangor, Zuaiza Paiman.

Tegas beliau, biarpun sudah lama berkahwin, sebagai manusia normal naluri untuk disayang tetap wujud.

‘‘Biarpun sudah lama mengharungi kehidupan bersama, perasaan cinta dan kasih sayang harus dibajai, jangan sesekali meminggirkan insan yang paling mengharapkan belaian dan perhatian,’’ tegasnya bersungguh.

Tambah beliau, biarpun masing-masing sudah ‘masak’ dengan kerenah sendiri, namun jangan membiarkan pasangan berasa kesunyian.

‘‘Adalah sangat berbahaya membiarkan pasangan kita berasa sunyi, oleh itu anggap pasangan kita sebagai orang yang paling penting,” katanya.

Menurutnya lagi, bermula dengan kesunyian akan menjadikan seseorang itu cuba mencari keseronokan yang lain.

‘‘Oleh itu adalah tanggungjawab kita untuk memberikan perhatian kepada pasangan sendiri. Biarpun sibuk sentiasa beri perhatian setiap perkara yang diingini.

‘‘Bagi isteri menjadi suri rumah ada waktunya mereka tidak menang tangan dalam menguruskan hal anak-anak dan antara mereka terlepas pandang dalam menjalankan tanggungjawab mereka terhadap suami.

‘‘Bagi isteri yang bekerjaya pula, jangan mengharapkan segala urusan suami disediakan oleh pembantu. Walhal itu semua tanggungjawab isteri,’’ ujarnya lagi.

Kata beliau lagi, dalam perhubungan komunikasi adalah perkara yang penting.

‘‘Ini kunci utama. Komunikasi adalah sesuatu yang penting, tanpa komunikasi kita tidak tahu apa yang tersirat di hati masing-masing,’’ ujarnya lagi.

Katanya lagi, dalam keadaan sedemikian biasanya pasangan akan saling memendam, akhirnya apabila meledak, keadaan tidak dapat dipulihkan lagi.

‘‘Oleh itu, jangan pendamkan apa yang terbuku sebaliknya berkongsi cerita dengan pasangan kita,” katanya.

Katanya lagi, biarpun sudah lama melayari bahtera perkahwinan, namun kuasa sentuhan mampu mengembalikan kehangatan dalam hubungan suami isteri.

‘‘Siapa kata orang tua tidak inginkan belaian dan sentuhan. Kadangkala sentuhan juga sudah cukup untuk menyampaikan segala yang terpendam,” katanya.

Wednesday, June 16, 2010

7 Cara menawan Wanita

Sebenarnya untuk memikat wanita tidaklah sesukar mana. Jangan kelirukan diri dengan memikirkan perkara yang sukar. Ikutilah tips mudah menawan hati wanita; tidak sesukar yang anda sangkakan.



1. Jadi Diri Sendiri
Lelaki selalu beranggapan bahawa untuk memikat hati wanita terutama wanita cantik, sesuatu harus dilakukan untuk membuatkan dia kagum denganmu. Sebagai contohnya, anda tidak menjadi diri anda, sebaliknya menjadi lelaki yang anda rasa wanita suka. Lantas, anda bertutur dengan tertib sehingga membosankan dan melakukan perkara-perkara yang diharapkan oleh wanita seperti buka pintu kereta, tarik kerusi sebelum dia duduk dan sebagainya. Kalau semua yang anda lakukan ini perkara biasa yang memang anda ingin lakukan, mungkin tidak mengapa. Tetapi jika anda lakukan sekadar untuk membuat dia terpikat, berhenti! Wanita lebih gemarkan lelaki yang ori atau dalam erti kata lain, lelaki yang jadi diri dia sendiri.


2. Kawal Keadaan
Mungkin anda rasakan jika wanita diberi ‘kuasa’ untuk mengawal keadaan, mereka akan suka. Logik anda ialah jika anda membuat dia rasa bahawa dia telah berjaya memikat dirimu, dia akan suka. Jangkaan ini tidak tepat kerana wanita suka kepada lelaki yang pandai kawal keadaan dan pastikan dia tahu yang dia pilihanmu dan bukan sebaliknya. Anda telah memilih dia dan dia harus gembira dengan hakikat itu.


3. Bijak Meredakan Ketegangan
Wanita paling benci berada dalam keadaan tegang. Apabila tidak sependapat atau berdiskusi tentang apa-apa isu hangat, jangan biarkan emosi memandu anda. Biarkan wanita dengan emosi mereka dan mereka inginkan anda meredakan ketegangan yang ada. Isu yang tidak selesai hanya akan menjadikan perasaan serba salah merebak kepada perasaan yang lebih membahayakan. Tunjukkan pada dia yang anda tidak terjebak dalam emosi yang boleh memusnahkan perhubungan. Jika anda matang mengawal ketegangan, wanita akan tertarik kepadamu.


4. Imej Nakal
Imej budak baik atau anak emak tidak popular di kalangan wanita kecuali di kalangan ibu mereka. Wanita lebih tertarik kepada imej lelaki nakal. Jangan berpakaian umpama nak pergi temuduga apabila berjumpa dia. Biar anda kelihatan sedikit selekeh tetapi seksi, biar renungan anda meremangkan bulu roma dia, biar kerlingan anda membuat dia rasa teruja.



5. Selamba & Selesa
Perasaan gementar, kalut, gelabah pada orang lelaki tidak digemari wanita. Mereka lebih menggemari orang lelaki yang selesa bersama dengan mereka, yang boleh berborak, berjenaka, berkongsi cerita, mendengar masalah mereka. Biarkan wanita yang gementar ketika ingin bertemu dirimu, biarkan dia yang gelabah dan berdebar-debar apabila berhadapan denganmu. Apabila anda cool dan selesa apabila bersamanya, anda nampak seksi sekali.


6. Jangan Gopoh
Apa-apa pun yang ingin anda dilakukan, jangan lakukan dengan gelojoh. Relaks, ambil masa dan sabar. Buat-buat macam anda tidak terdesak langsung dalam hidup. Wanita tidak gemari lelaki yang beriya-iya bagaikan tiada hari esok. Praktikkan kesabaran ini dalam semua aspek hidup anda, ketika makan terutamanya.


7. Yakin
Tiada apa yang lebih menarik daripada seorang lelaki yang cukup yakin dengan dirinya. Elakkan terlebih yakin pula. Jangan teragak-agak atau sering tidak pasti dalam membuat keputusan. Jika wanita anda tidak tahu ke mana nak makan, perbualannya harus begini.

Lelaki: “Mana nak makan?”
Perempuan: “Tak tahu, ikut you”
Lelaki: “Carl’s Jr.”
Perempuan: “Ok” (mungkin dia tidak suka tetapi kerana anda yakin, dia akan ikut dengan hati yang rela kerana keputusan telah dilakukan dan anda bertanggungjawab ke atas keputusan itu)

Wednesday, April 28, 2010

BAGI JADI KERAS (18+)

Bagi Jadi Keras (18+)


Seorang datuk dan cucunya sedang berjalan-jalan. Kerana hari panas mereka beristirahat di bawah pohon yang di depannya ada kolam ikan. Si cucu nie memang suka menanyakan berbagai soalan kepada datuk."Tok, adakah atok akan memberi saya duit RM100, bila saya berhasil menegakkan seekor cacing tegak lurus di atas tanah?" Si datuk tak percaya. Fikirnya mana boleh. Kata datuk: "Ok, kalau berjaya, besok atok kasi kamu RM100."

Si cucu lantas mencari cacing di pinggir kolam. Terjumpa seekor. Dibawanya cacing tersebut ke depan datuknya. Lalu si cucu mengambil hair-spray dari poket baju. Si cacing yang malang dispray beberapa kali, lantas mati keras. Dengan mudah si cucu menegakkan cacing tegak lurus di atas tanah. Si atok kagum, cucunya memang bijak. Sampai di rumah berceritalah si cucu tentang janji datuk pada neneknya. Si nenek mendengar penuh kagum. Leka bercerita si cucu pun tertidur.

Pagi esoknya si nenek mencari cucunya sambil membawa duit RM200."RM100 dari atok, dan RM100 lagi dari nenek untuk idea yang bagus." kata sang nenek. Si cucu melopong tak paham.

Wednesday, April 14, 2010

Mutiara Doa

1. Doa Sukar Selesai Urusan

"Whai Tuhanku, tiada yang mudah melainkan apa yang telah Engkau janjikannya mudah, dan Engkau menghapuskan dukacita dengan mudah jika Engkau kehendaki"

2. Doa Penerang Hati

"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memalingkan hati-hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami dan berilah kepada kami rahmatMu. Bahawasanya, Engkaulah Tuhan yang sangat murah pemberiannya"

3. Doa Hindari Sifat Malas

"Wahai Tuhanku, bahawasanya aku berlindung daripada Engkau daripada kelemahan, kemalasan, ketakutan, kekikiran, kegundalan dan daripada azab kubur"

4. Doa Memohon Kesabaran

"Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran atas kami dan kukuh dan tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah akan kami yang mengingkari"

Thursday, April 8, 2010

Petanda hubungan bakal berakhir

Petanda hubungan bakal berakhir


SETELAH menjalin hubungan sekian lama, tiba-tiba ikatan dilanda badai. Sama ada si dia mula menunjukkan tanda curang atau berlaku sesuatu di luar jangkaan lalu hubungan menjadi tegang dan berakhir dengan perpisahan.

# Berikut adalah panduan untuk membantu anda mengesan lebih awal bibit perpisahan sebelum anda berasa terlalu terluka:

*Antara tanda hubungan bakal berakhir apabila anda berdua sering bergaduh disebabkan perkara remeh-temeh.

Pergaduhan sekali-sekala tiada masalah, tetapi jika kerap berlaku, ia petanda bahaya. Menjadikan hal sekecil semut menjadi sebesar gajah bermakna ada perkara yang anda berdua takut untuk hadapi. Adakah ketakutan untuk berterus-terang mengenai perpisahan membuatkan anda berdua masih bersama? Adakah pasangan anda kelihatan seperti menjauhi atau mengelak daripada anda? Perbuatan menjauhkan diri biasanya berlaku jika seseorang itu berasa tidak selesa dengan perkara yang kurang disenanginya. Jika pasangan anda ada ciri untuk menjauhkan diri, anda patut berasa risau. Contoh paling mudah adalah dia sukar dihubungi melalui telefon.

*Dia juga seronok melakukan aktiviti tertentu seorang diri sedangkan dulu, ia sangat menyeronokkan untuk anda berdua melakukannya.

# Satu perkara paling menyakitkan adalah membuat keputusan untuk meninggalkan pasangan mereka. Memang mengguris perasaan apabila si dia menyatakan tidak boleh menyayangi anda lagi sedangkan anda sudah memberikan segala-galanya kepada si dia.

Selepas berfikir panjang, anda sedar bahawa anda sudah lama menangguh untuk membuat keputusan muktamad dan mengambil tindakan wajar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dia.

# Apabila sedar anda tidak selesa, sepakat atau sehaluan dengan dia, ini masa untuk berpisah. Anda harus menyukai dia seperti mana anda mencintai dia. Memang cinta adalah segalanya, tetapi cinta saja tidak cukup sebagai alasan untuk terus bersama.

Cinta tanpa kesefahaman tidak akan dapat membantu jika anda menghadapi masalah dengannya. Anda tentu lebih bahagia bersama orang yang anda cinta dan selesa untuk hidup bersamanya.

# Anda rasakan tiada keserasian. Jika anda dan pasangan sedar tiada tarikan seksual yang boleh mengikat anda berdua, maka anda dan pasangan harus membebaskan diri masing-masing untuk mencari pasangan yang boleh memberi anda keperluan ini.


Sebelum itu, haruslah sedaya upaya untuk membetulkan keadaan terlebih dulu bagi mengelak keputusan terburu-buru dan menyesal di kemudian hari. Percayalah bahawa setiap situasi ada pengajarannya, begitu juga anda dan pasangan. Sudah tiba masa untuk anda meneruskan perjalanan apabila sebelah pihak dalam sebuah hubungan sudah berubah dan mempunyai haluan berbeza daripada segi kehidupan dan matlamatnya.

# Si dia mempunyai masalah yang dia sendiri tidak mahu selesaikan. Ia mungkin membabitkan masalah besar.

Jika pasangan memilih untuk tidak melakukan apa-apa terhadap masalah ini atau lebih teruk tidak mengaku bersalah, maka anda tiada alasan kukuh untuk tidak mengakhiri hubungan ini.

# Si dia menolak untuk bekerjasama membaik pulih hubungan. Situasi ini paling menyedihkan.

Jika si dia memang tidak aktif ataupun memang tiada niat langsung untuk memulihkan kembali hubungan biarpun dia ada konflik dalaman, anda harus sedar bahawa tiada kesepakatan dalam hubungan ini.

Selain itu, jika anda dan pasangan sudah tidak sehaluan, tetapi anda masih ada perasaan sayang padanya, ketahuilah setelah bersama yang baru kelak, anda pasti akan merasa lebih bahagia dan nikmat lebih daripada apa yang anda rasai sekarang. Inilah hukum alam yang patut disedari. Psikologi manusia sentiasa menginginkan yang terbaik dan lebih baik daripada yang lalu.

# Cinta memang boleh membunuh. Cinta boleh membuat kita hidup dalam kesedihan. Namun, kita berhak untuk menerima kebahagiaan daripada orang yang benar-benar menyayangi diri kita seadanya, justeru luahkan perasaan.
The Most Popular Traffic Exchange