Tuesday, July 30, 2013

BIASISWA SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA (TPM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) TAHUN 2014



TAWARAN BIASISWA 
SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA (TPM) UITM 
BAGI PENGAJIAN DI PERINGKAT DOKTOR FALSAFAH/SARJANA 
TAHUN 2014

TARIKH TUTUP: 21 OGOS 2013



UiTM mempelawa Bumiputera Warganegara Malaysia yang dinamis dan ingin membina kerjaya dalam bidang pengajaran dan penyelidikan serta mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk memohon biasiswa di bawah Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) Universiti Teknologi MARA Tahun 2014 bagi mengikuti kursus-kursus Ijazah Kedoktoran dan Ijazah Sarjana dalam bidang-bidang pengajian sepertimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Latihan & Pembangunan Staf (Induk) UiTM.

CARA-CARA MEMOHON
Calon-calon adalah diminta untuk mengisi borang permohonan Tenaga Pengajar Muda (TPM) secara atas talian melalui laman web UiTM http://www.uitm.edu.my/.

TEMPOH IKLAN
Iklan akan dibuka dari 01 Ogos 2013 hingga 21 Ogos 2013.

SYARAT
Syarat-syarat kelayakan memohon adalah seperti yang diiklankan.
Sebarang permohonan yang dibuat TANPA mengisi borang TPM secara atas talian TIDAK AKAN DIPROSES.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.



BAHAGIAN BIASISWA JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
PEJABAT PENDAFTAR
UiTM SHAH ALAM 

No comments:

Post a Comment

Any comments??? Please Share...
Sebarang komen??? Silakan...

The Most Popular Traffic Exchange