Ini
kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli Amazon yang tinggal di
dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu.
Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi
berburu ataupun memetik buah-buah hutan.
Si
isteri pula tinggal mengemas dirumah. Suatu hari, Si suami pergi
mencari makanan dihutan. Sedang mencari-cari... Tiba-tiba dia terjumpa
cermin. Dia pon bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di
tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.
Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke
bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik
melihat telatah suaminya tu.. Maka disiasatlah bilik yang selalu
dimasuki oleh suaminya.. Bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan
perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya... Dan punyalah terkejut beruk... dia masuk je bilik tu.. dia ternampak cermin suaminya.
Oleh kerana si isteri ni tak tau cermin tu apa.. so, dia ingat orang
dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya. Apa lagi.. Habis
berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya.. Lepas berjumpa dengan
maknya.. Mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya
disembunyikan oleh suaminya tu.. Lalu maknya pon masuk ke bilik
tersebut. Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa
terbahak-bahak. .
Isteri: Apsal mak ketawa?..
Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kahwin lain..
Carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat
bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..
Tanpa maknya sedari sebenarnya yang dia lihat dicermin itu adalah dirinya...hehehe
No comments:
Post a Comment
Any comments??? Please Share...
Sebarang komen??? Silakan...