Kita
tidak semestinya perlu mengeluarkan kos untuk promosi bagi meningkatkan
jualan. Ada banyak cara lain untuk meningkatkan penjualan tanpa
memerlukan kos tambahan.
Perkara pertama yang harus dilakukan adalah meningkatkan keyakinan
diri pekerja Anda. Keyakinan meningkatkan produktiviti. Jika pekerja
merasa yakin dengan masa depannya, mereka akan bertugas dengan lebih
baik. Memang betul, Anda tidak akan sentiasa dapat menjamin pekerjaan
seseorang, dan sepatutnya tidak lansung; tetapi Anda boleh mengambil
satu langkah yang dapat meningkatkan keyakinan diri mereka dengan
perniagaan dan komitmen pengurusan untuk mereka yang mempunyai potensi.
Selepas itu, berikan kepada pekerja yang terbaik anda tugas sebagai
pemimpin. Ciri-ciri pemimpin yang berjaya dalam kelompok penjualan
adalah mereka yang dapat mengembangkan cara-cara terbaik bagi mereka dan
bertindak sebagai pembimbing atau pelatih anggota pasukan penjualan
yang lain.
Pemimpin harus diberi ganjaran hasil penggunaan pelbagai teknik
penjualan terbaik yang mereka praktikkan, dan anggota pasukan lain harus
dapat menerima cadangan-cadangan untuk meningkatkan penjualan mereka.
Bukan itu saja, Anda juga harus menaikkan semangat pasukan penjualan.
Sebuah pasukan penjualan yang bersemangat tinggi akan sentiasa tampak
lebih unggul daripada yang lain. Semangat pasukan yang tinggi adalah
hasil daripada pengurusan yang baik
================================================
LEGENDA JUTAWAN
No comments:
Post a Comment
Any comments??? Please Share...
Sebarang komen??? Silakan...