Thursday, February 19, 2015

Pembiayaan Islamik Yang Tidak Menindas

Selalunya pembeli rumah atau hartanah akan bertanyakan tentang pinjaman konvensional dan juga pembiayaan rumah secara islamik. Kedua-dua perkhidmatan mempunyai objektif yang sama iaitu memberikan perkhidmatan membayar rumah dan hartanah anda.
Namun demikian pembiayaan secara islamik akan menyatakan secara awal (up front) kadar keuntungan yang bakal di ambil oleh pihak perbankan dalam pembiayaan rumah anda. Mereka di pihak bank juga akan memaklumkan kadar BFR (base floating rate) iaitu keuntungan berubah dengan kadar siling sebanyak 10%.
Saya suka menyarankan bagi mereka yang beragama islam untuk mengambil pembiayaan rumah secara islamik. Untuk makluman anda, pembeli hartanah bukan islam juga sekarang lebih cenderung untuk memilih pembiayaan secara islamik kerana risiko yang rendah. Kadar siling telah di tetapkan sehingga 10%.
Pernah sesekali kadar faedah pinjaman kenvensional naik sehingga 12% pada ketika negara terkesan dengan krisis kewangan tahun 2008. Oleh itu kadar siling 10% mengurangkan beban terhadap pengguna untuk membuat pembayaran setiap bulan.
ustaz zaharuddin
Sejak tahun 2009, kebanyakan bank menawarkan ‘zero entry cost’ di mana anda tidak perlu membayar yuran professional dan guaman untuk mendapatkan pinjaman dan pembiayaan.
Pengalaman ketika saya hendak beli rumah, salah sebuah bank islam terkemuka juga telah membuat tawaran seperti ini. Ini salah satu kaedah peribadi saya membuat pelaburan hartanah tanpa modal.
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman antara pakar dalam syariah Islam & rujukan profesional mengenai pembiayaan rumah secara islam. Blog dan buku tulisan beliau boleh diambil sebagai panduan dan rujukan kefahaman tentang pembiayaan secara Islam.
Lampiran ialah Jenis Jenis Pinjaman Bank Yang Ada di Malaysia:

Kaedah Terbaik Memilih Pembiayaan

#1 – Selesai Hutang Cepat-Cepat

Kita berhak memilih pembiayaan mengikut kesesuaian dan kemampuan peribadi. Namun demikian, kita sebagai bakal pemilik rumah mesti berpegang pada tetapan prinsip ‘Begin with end in mind’.  Kita mahu langsaikan hutang ini secepat yang mampu.
Oleh yang demikian jika rumah itu dibeli untuk kita tinggal, sebaik-baiknya jangkamasa pembiayaan rumah tersebut singkat dan manakala hartanah yang dibeli untuk disewakan adalah jangkamasa panjang.
Ini kerana untuk pelaburan, kita hendak bayaran ansuran bulanan rendah berbanding rumah yang kita hendak tinggal untuk membolehkan kita dapat melangsaikan hutang dengan cepat.

#2 Pilih Pembiayaan Flexi atau Semi Flexi

al rajhi bank
Salah satu cara untuk memilih pembiayaan ialah dengan memilih cara pembiayaan yang semi-flexi atau flexi. di mana jika kita mempunyai wang lebih untuk membuat pembayaran ansuran rumah, kadar faedah prinsipal dapat dikurangkan dengan lebih cepat berbanding jenis pembiayaan yang tetap.
Sama juga jika kita mengambil jenis pembiayaan flexi di mana jika pembiayaan hartanah kita adalah RM300,000 dan kita mempunyai wang deposit di akaun semasa adalah sebanyak RM100,000, oleh itu kadar faedah pembiayaan flexi kita di kenakan ke atas jumlah sebenar pembiayaan iaitu RM300,000 – RM100,000 = RM200,000.
Antara yang menawarkan pembiayaan islamik yang syariah adalah seperti Al-Rajhi Bank, Bank Islam, Hong Leong Islam Bank dan bank-bank yang melantik Penasihat Syariah bagi menjaga kebaikan pengguna perbankan islam.

No comments:

Post a Comment

Any comments??? Please Share...
Sebarang komen??? Silakan...

The Most Popular Traffic Exchange