Terlalu banyak buku yang telah kita baca, seminar, kursus dan membaca tip-tip di Facebook. Akhirnya kita pening kepala, apakah yang perlu kita fokus dalam perniagaan?
Dari sudut perjalanan perniagaan (tidak ambil kira soal pengurusan),
berikut adalah tiga tindakan yang perlu anda lakukan dalam perniagaan.
Tiga perkara yang paling perlu anda fokus.
1. Pilih satu jalan
Tetapkan satu jalan perniagaan yang anda mahu lakukan. Jangan lihat
apa yang usahawan lain buat, tetapi apa yang boleh anda buat? Mula-mula
pilih industri, niche, kemudian pilih pasaran yang anda mahu masuk dan
kemudian baru sediakan produk.
Contohnya, saya memilih industri Information Technology.
Pasaran saya adalah usahawan-usahawan online di Malaysia. Produk saya
pula terdiri daripada produk informasi (ebook, video, kursus) dan juga
perkhidmatan. Niche saya adalah lebih kepada teknikal online seperti
website, WordPress, blog dan shopping cart.
Saya melihat ramai usahawan berjaya fokus pada satu perjuangan sahaja
terutama pada permulaan. Malah ada yang menjadi jutawan dengan satu
‘jalan’ sahaja. Sudah banyak contoh sebegini. Jadi apa salahnya kita
mencontohi mereka yang telah berjaya dan gunakan cara yang sama (iaitu
mula dengan satu usaha perniagaan terlebih dahulu).
2. Fokus
Fokus adalah perkara yang paling penting. Kadang-kadang kita mahu
berhenti apa yang kita sedang buat kerana melihat orang lain berjaya
dalam bidang mereka, dan kita mahu lakukan apa yang mereka lakukan.
JANGAN… Jangan ikut bisikan liar itu. Teruskan jalan yang telah anda
pilih, melainkan bidang perniagaan anda sudah malap pasarannya ataupun
ada sebab yang kukuh untuk anda berhenti.
Fokus juga adalah fokus dalam melakukan pemasaran dan jualan. Fokus
juga dalam perkara-perkara dalaman seperti pengurusan perniagaan anda.
Contohnya, anda perlu sentiasa merekodkan keluar masuk duit ke dalam
satu rekod yang kemas. Lakukan secara konsisten.
Fokus juga bermaksud, fokus pada perniagaan dan perkara-perkara
penting sahaja dalam hidup. Tangguhkan dulu “keseronokan” sehinggalah
sampai masanya untuk anda “bergembira”. Anda perlu bekerja keras
terlebih dahulu terutama pada peringkat permulaan perniagaan.
Fokus juga bermaksud, fokus pada strategi, teknik dan tatktik yang
betul terutama yang telah memberikan hasil kepada anda. Jangan
mencuba-cuba strategi baru jika ia boleh ‘membakar’ wang anda, melainkan
anda mempunyai bajet khas untuk mencuba kaedah baru yang belum pasti.
3. Kembangkan
Jika anda berjaya menjual 10 unit produk pada hari ini, usahakan
untuk gandakan lagi jumlah jualan pada hari-hari mendatang. Jika anda
mempunyai 100 orang pelanggan setia pada hari ini, tingkatkan lagi
menjadi lebih daripada itu. Jika anda mempunyai dua produk, tambah lagi
produk. Jika anda mempunyai 50 orang pengedar, tambah lagi.
No comments:
Post a Comment
Any comments??? Please Share...
Sebarang komen??? Silakan...