Wednesday, March 25, 2009

Jimak 4 x dan Mandi Wajib 1 x

Soalan:

Adakah setiap kali keluar mani kita wajib mandi? Misalnya 4 kali keluar air mani, adakah wajib 4 kali mandi wajib? Jika saya hanya melakukan sekali sahaja adakah saya masih didalam hadas besar? Sebelum ini saya tidak tahu yang ianya wajib, adakah saya berdosa besar?
Azwan, Klang

Jawapan:

Bagi suami isteri yang telah melakukan jimak maka hendaklah ia melakukan mandi wajib. Jika dalam melaksanakan jimak tersebut keluar mani beberapa kali, maka cukuplah mandi wajib itu sekali saja setelah proses keseluruhan jimak itu berakhir. Namun setelah berjimak kemudian mandi wajib setelah itu melakukan jimak (atau keluar mani lagi) maka hendaklah mengulangi mandi wajib.

Dalam sebuah hadis dijelaskan bahawa Abdullah bin Qais bertanya kepada Aisyah ra. "Bagaimana perbuatan Rasulullah SAW dalam mandi janabah, apakah baginda mandi sebelum tidur atau tidur sebelum mandi ?" Aisyah segera menjawab: "Semua cara itu pernah dikerjakan oleh baginda. Adakalanya baginda mandi sebelum tidur dan seringkali juga berwuduhuk sebelum tidur". Kemudian Abdullah bin Qais berkata: "Alhamdulillah semua perkara ada kelonggarannya".

Walaupun anda melakukan sekali jimak samada keluar mani ataupun tidak maka anda wajib mandi. Jika selama ini anda tidak tahu tentang ketentuan agama ini lantaran kejahilan anda, maka bertaubatlah dan belajarlah ilmu agama secara lebih mendalam agar tidak terjerumus ke dalam dosa dan maksiat. Untuk lebih jelas belilah buku yang berkaitan tentang mandi wajib ini, kerana ini merupakan perkara asas yang wajib diketahui oleh setiap umat Islam.

No comments:

Post a Comment

Any comments??? Please Share...
Sebarang komen??? Silakan...

The Most Popular Traffic Exchange