Wednesday, March 25, 2009

Makan dan Minum Ketika Mayat di Rumah

Soalan:

Apakah hukumnya jika kita makan atau minum ketika mayat masih berada di rumah?
Hasley, Samarahan

Jawapan:

Dibolehkan makan dan minum bagi ahli keluarga si mati, bahkan dianjurkan bagi yang berziarah membawa makanan untuk mereka, kerana ketika itu keluarga tersebut sedang dalam keadaan duka cita. Menurut fuqaha' Hanbali disunatkan membuat makanan untuk keluarga si mati selama 3 malam kerana berdasarkan kepada hadith Rasulullah SAW yang maksudnya: "Buatlah makanan untuk keluarga Jaafar, kerana mereka sekarang sedang berdukacita".
(HR. Abu Daud dan Tarmizi)

Menyediakan makanan untuk keluarga si mati adalah kerja kebajikan dan makruf, malah keluarga si mati hendaklah dipaksa memakan makanan yang disediakan itu, kerana perasaan dukacita yang melampaui batas sehingga meninggalkan keperluan makanan akan membuat mereka menjadi lemah. Tidak wajar disediakan makanan untuk orang yang berkumpul di rumah, malah makhruh berbuat demikian. Imam Ahmad menganggap perbuatan berkumpul di rumah si mati sebagai amalan jahiliyah. Menurut Imam Malik jika keluarga si mati berada dalam kekurangan diharamkan menyediakan makanan bagi orang yang datang.

Syeikh Ali Mahfuz menjelaskan, perbuatan yang dilakukan oleh masyarakat sekarang dengan membuat makanan untuk orang yang datang mengucapkan takziah dan berbelanja besar untuk mengadakan malam-malam kenduri kemudian diikuti kenduri untuk setiap malam Jumaat dan jamuan yang ke 40 hari adalah termasuk ke dalam bid'ah yang keji dan bercanggah dengan sunah Rasulullah SAW dan amalan salafussoleh.

No comments:

Post a Comment

Any comments??? Please Share...
Sebarang komen??? Silakan...

The Most Popular Traffic Exchange