Dengan seorang bayi dalam kehidupan anda, keselamatan pasti menjadi keutamaan. Lupakan sahaja hasrat untuk memiliki kediaman dan ruang dalam kereta yang bersih dan rapi sepanjang masa!
Kehadiran bayi dalam kehidupan anda pasti mengubah dunia anda. Tiba-tiba sahaja, semua barangan dalam rumah berada dalam keadaan bahaya terutamanya bila bayi anda sudah pandai bergerak sendiri. Ini bermakna anda perlu menyimpan semua pasu kaca, barangan antik dan koleksi hiasan kecil yang dikumpul sewaktu melancong ke luar negara.
Jauhkan barangan berharga ini dari bayi sehingga dia sudah cukup dewasa untuk memahami nilai mereka dan kenapa anda begitu menyayangi mereka. Mengambil langkah untuk menjadikan rumah dan kereta anda selamat untuk kanak-kanak bukan saja menghindari anak anda dari potensi tercedera tetapi juga mencegah kemarahan apabila barangan berharga anda dirosakkan.
Kehadiran bayi dalam kehidupan anda pasti mengubah dunia anda. Tiba-tiba sahaja, semua barangan dalam rumah berada dalam keadaan bahaya terutamanya bila bayi anda sudah pandai bergerak sendiri. Ini bermakna anda perlu menyimpan semua pasu kaca, barangan antik dan koleksi hiasan kecil yang dikumpul sewaktu melancong ke luar negara.
Jauhkan barangan berharga ini dari bayi sehingga dia sudah cukup dewasa untuk memahami nilai mereka dan kenapa anda begitu menyayangi mereka. Mengambil langkah untuk menjadikan rumah dan kereta anda selamat untuk kanak-kanak bukan saja menghindari anak anda dari potensi tercedera tetapi juga mencegah kemarahan apabila barangan berharga anda dirosakkan.
Sebagai permulaan, anda perlu merangkak supaya anda dapat melihat persekitarannya dari pandangan bayi anda. Anda pasti terkejut dengan pelbagai bahaya yang dapat dikesan. Berikut adalah beberapa tapak merbahaya dan perkara yang boleh dilakukan sebagai langkah keselamatan:
Di ruang tamu
- Pasangkan pelindung di penjuru meja untuk mengelakkan kecederaan
- Gantikan meja kaca dengan meja kayu atau plastik.
- Pasangkan pagar di bahagian bawah dan atas tangga dan pastikan tangga tidak bersepah
- Pasang pelindung keselamatan di soket eletrik atau sembunyikan dengan perabot.
- Jauhkan kusyen dari bayi kerana bayi akan menarik dan berpaut padanya sebagai sokongan.
- Rapatkan televisyen ke dinding.
Di bilik air
- Pastikan pintu bilik air sentiasa ditutup.
- Bekas simpanan air mesti ditutup.
- Letakkan shampoo dan bahan pencuci di almari tinggi yang tidak boleh dicapai oleh bayi.
- Sentiasa letakkan kembali sabun di tempat letak sabun; jangan biarkan atas lantai.
- Tutupkan pelapik tandas.
Di bilik tidur
- Pasang pagar besi dan kunci pada tingkap.
- Jangan letakkan terlalu banyak selimut, bantal dan barang permainan dalam kot bayi.
- Jangan tinggalkan bayi berseorangan dalam bilik kerana dia akan memanjat atas katil anda atau merangkak ke bawah katil. Jika bayi sedang tidur, letakkan alat pengawasan bayi berdekatan dengannya supaya anda dapat menyedari apabila dia telah bangun.
- Gunakan pelekat bayi pada almari. Ikat laci dengan tali raffia.
- Periksa selimut dan cadar dengan kerap untuk memastikan tiada benang yang tercabut kerana ia boleh mengikat jari bayi dan menyekat pengaliran darah.
- Periksa jika ada mana-mana bahagian kecil barang permainan yang tercabut kerana ia boleh menyebabkan bayi tercekik.
Di dapur
- Simpan gelas, pinggan mangkuk, pisau dan peralatan tajam dalam almari yang tinggi.
- Pastikan kerusi bayi mempunyai pelana supaya dia tidak berjatuh.
- Kemaskan wayar elektrik dan jauhkan dari kanak-kanak.
- Gunakan pelekat bayi pada pintu peti ais dan lekatkan senarai nombor telefon kecemasan untuk memudahkan penjaga sewaktu anda bekerja.
Di kebun
- Simpan alat berkebun, benih, baja dan racun perosak dalam tempat berkunci.
- Pasang pagar di sekeliling kolam renang dan keringkan air jika ianya tidak digunakan.
- Periksa buaian dan lain-lain alat permainan supaya tiada skru yang longgar, karat dan bahagian yang pecah.
Dalam kereta
Pastikan pengikat kerusi bayi dipasang dengan betul dan tiada apa-apa yang dapat dicapai dari kedua-dua belah.
- Pastikan tingkap ditutup dengan rapat.
- Pasangkan kunci bayi di mana pintu kereta hanya boleh dibuka dari luar sahaja.
Usaha memastikan segalanya selamat mungkin nampak rumit, tetapi biasanya para ibu akan menyesuaikan diri secara perlahan-lahan. Lihatlah dunia dari kaca mata bayi, di mana semua benda kelihatan menarik dan setiap sudut dan penjuru seakan memanggil. Dari sinilah secara natural anda akan mula merangka plan keselamatan yang akan membuatkan anda menolak perabot berwarna putih atau krim, meja dan almari kaca.
Pupuk deria keibuan untuk keselamatan keluarga dan suatu hari nanti anak-anak anda akan bertanya kenapa anda bagaikan bermata seribu, terutamanya ketika mereka melakukan sesuatu yang nakal!
No comments:
Post a Comment
Any comments??? Please Share...
Sebarang komen??? Silakan...