Tuesday, January 27, 2015

17 MINDSET SEORANG JUTAWAN

Untuk menjadi seorang jutawan, ia tidak datang bergolek. Sebaliknya, ia datang bersama impian dan usaha yang bersungguh-sungguh. Ramai usahawan yang lahir pada hari ini, datangnya dari mereka yang mempunyai mindset jutawan.

Sebelum mereka menjadi jutawan, mereka telah programkan dalam minda mereka supaya menjadi jutawan. Berikut adalah 17 mindset seorang jutawan:

1) Jutawan bukan bergantung kepada nasib, takdir atau perjudian. Ia bergantung kepada usaha dan disiplin yang kuat.

2) Jutawan adalah seseorang yang mempunyai kemahiran untuk menjual produk, perkhidmatan dan idea sendiri.

3) Jadikan cerita kejayaan orang lain sebagai pembakar semangat untuk berjaya.

4) Sikap positif menjadi penentu kejayaan seorang jutawan.

5) Sikap juga menjadi faktor utama penentu kepada kejayaan seorang jutawan dalam bidang yang diceburinya.

6) Sikap utama yang perlu ada dalam diri seorang jutawan adalah berdisiplin, tabah, berani, fokus dan bercita-cita besar.

7) Sebelum menjadi jutawan, wang bukan satu penghalang.

8) Jangan fikir, tanpa wang tidak boleh menjadi jutawan.

9) Bina pemikiran sebagai seorang jutawan sebelum menjadi jutawan.

10) Cipta impian untuk menjadi seorang jutawan.

11) Gambarkan dalam kepala kekayaan yang mahu kita capai.

12) Kemudian, bertindak mengikut jalan seorang jutawan.

13) Pemikiran yang betul sebagai seorang jutawan menghasilkan tindakan yang betul untuk menjadi seorang jutawan.

14) Sentiasa berdiri di atas kaki sendiri, iaitu pandai berdikari.

15) Selalu melakukan sesuatu pekerjaan tanpa perlu mengharapkan bantuan orang lain.

16) Selain itu, seorang jutawan perlu memiliki ilmu dalam pengurusan, kewangan, bisnes, pelaburan dan bisnes.

17) Hanya diri sendiri yang menjadikan diri sendiri seorang jutawan.

========================

KUASAI MINDSET JUTAWAN

=======================
=

Pelajari cara sebenar bagaimana menetapkan mindset sebagai seorang jutawan. Teknik sesuai buat anda yang mahu menjadi jutawan dalam 5 tahun dari sekarang. Langkah demi langkah bagaimana menetapkan mindset jutawan ditunjukkan satu persatu dalam buku ini.

TEMPAH SEKARANG --> [Blueprint Kejayaan]
 
Blueprint Kejayaan

No comments:

Post a Comment

Any comments??? Please Share...
Sebarang komen??? Silakan...

The Most Popular Traffic Exchange