Tuesday, January 27, 2015

3 PUNCA USAHAWAN MUDA GAGAL!

Bisnes adalah salah satu cabang untuk menjadi kaya. Habibul ‘Ajmi, pengasas jenama Orang Kampung berkata, “Jika mahu berniaga kerana mahu menyara keluarga, lebih baik kerja makan gaji atau berniaga kecil-kecilan di tepi jalan.”

Bisnes perlu ada matlamat. Apabila kita mahu memulakan sebarang perniagaan, kita perlu ada sasaran yang perlu dicapai. Tidak kira sasaran itu besar mahupun kecil. Tetapkan sebarang sasaran untuk kita lebih berjaya.

Antara punca-punca usahawan muda sekarang gagal dalam perniagaan adalah kerana:

1) Tidak mempunyai impian

Ramai usahawan hari ini berniaga tetapi tidak mempunyai impian. Mereka lebih suka mengikuti rentak orang lain. Mereka lihat ada orang mulakan bisnes, dia pun mahu berbisnes. Ada orang berniaga nasi lemak, dia pun mahu menjual nasi lemak.

2) Keuntungan tidak dibahagi-bahagikan

Setiap keuntungan perlu dibahagikan kepada beberapa bahagian. Keuntungan tidak boleh digunakan semua. Kerana, terdapat kos yang perlu dibayar untuk setiap perniagaan yang kita jalankan.

Antara kos yang perlu dikeluarkan adalah modal pusingan perniagaan, bayaran cover overhead dan mengeluarkan zakat.

3) Tiada simpanan keuntungan

Selain itu, kita perlu mengasingkan sedikit keuntungan ke dalam simpanan. Hal ini kerana, duit daripada simpanan ini akan digunakan semasa kecemasan, belanja ketika membesarkan kedai, melantik lebih ramai pekerja atau mengembangkan lagi bisnes ke tahap yang lebih tinggi.

Apabila kita kuasai keuntungan, kita akan menguasai bisnes. Bisnes tanpa keuntungan akan mati. Bisnes dengan keuntungan akan hidup dan terus berkembang.

Pelajari 12 teknik mengembangkan bisnes gaya jutawan.

12 teknik ini 100% praktikal dan mudah diguna pakai. Teknik-teknik ini bakal membantu anda mengembangkan bisnes, mengawal kewangan seterusnya melonjakkan bisnes ke tahap yang lebih tinggi lagi.

TEMPAH SEKARANG buku ini -->  [Temubual Jootawan, Siri1]

PS: Pelaburan sekecil ini mampu memberi kesan yang besar kepada keuntungan bisnes anda!

Temubual Jootawan

No comments:

Post a Comment

Any comments??? Please Share...
Sebarang komen??? Silakan...

The Most Popular Traffic Exchange