Bagi anda yang ingin mencuba membuka
perniagaan, berikut adalah 9 langkah yang boleh memandu anda menyusun
perniagaan agar ianya dapat berjalan lancar dan berjaya:
1. Lakukan apa yang anda sukai. Anda
akan menghabiskan banyak waktu dan tenaga untuk memulakan sebuah
perniagaan dan mengembangkannya menjadi perniagaan yang berjaya. Ianya
penting supaya anda menikmati apa yang anda kerjakan, apakah perniagaan
tersebut ialah perniagaan sewa tempat pancing, merekabentuk tembikar
atau perundingan kewangan.
2. Mulakan perniagaan anda ketika anda masih bekerja.
Berapa tempoh masa paling lama seseorang itu mampu bertahan dengan
tanpa wang? Tidak lama. Tempoh ini adalah tempoh masa yang lama
sebenarnya anda telah memulakan perniagaan tetapi tanpa ada wang
pusingan modal. Adalah lebih baik sekiranya anda berhasrat untuk
memulakan perniagaan ketika anda masih bekerja makan gaji. Mulakan
perniagaan anda semasa anda masih bekerja bererti anda masih mempunyai
wang saku walaupun ketika menjalankan fasa pertama memulakan perniagaan.
3. Jangan mulakan perniagaan anda sendirian.
Anda perlukan orang lain untuk membantu anda memulakan perniagaan pada
fasa pertamanya. Cuba ceritakan hasrat anda kepada ahli keluarga atau
rakan rapat untuk membantu anda mendapatkan kakitangan yang boleh
membantu anda. Atau mungkin ahli kelaurga ada boleh mambantu anda.
4. Pertama sekali, dapatkan pelanggan anda.
Sebelum memulakan perniagaan, dapatkan pelanggan terlebih dahulu.
Setelah anda mendapat tempahan, kemudian, barulah anda memulakan
perniagaan secara rasmi. Untuk dapatkan pelanggan, lakukan strategi
pemasaran yang berkesan. Sekiranya anda memulakan perniagaan tanpa
mendapatkan pelanggan, ianya mengambil proses yang lama untuk
mendapatkan pelanggan.
5. Catatkan rancangan perniagaan anda.
Rancangan perniagaan adalah perkara pertama yang perlu anda sediakan.
Rancangan perniagaan akan memandu perniagaan anda supaya tidak terbuang
masa dan wang.
6. Lakukan kajian. Anda akan
membuat banyak penelitian ketika membuat rancangan perniagaan. Sertailah
persatuan-persatuan perniagaan yang sama dengan perniagaan yang anda
sedang jalankan. Berkongsi pandangan dan menerima nasihat daripada
peniaga yang lebih berpengalaman.
7. Dapatkan bantuan profesional.
Anda membuka perniagaan kecil, bukan bermakna anda harus tahu semua
perkara di dalam perniagaan. Dapatkan nasihat atau ambil bekerja seorang
atau dua akauntan supaya dia boleh membantu memberikan nasihat kewangan
dan pengurusan kepada perniagaan anda. Sekiranya anda memerlukan
menulis sebuah kontrak, anda tiada pengalaman atau pengetahuan
mengenainya. Oleh itu, upahlah seorang penguam untuk menulis kontrak
untuk membantu anda. Anda akan membuang masa dan wang sekiranya anda
lakukan perkara-perkara itu sendiri walhal anda tidak memiliki
kelayakkan untuk mengerjakannya.
8. Dapatkan wang. Gambarkan
rancangan perniagaan yang jauh ke hadapan. Perniagaan tidak akan
berkembang sekiranya anda hanya membayar kos dan menerima hasil jualan.
Untuk mengembangkan perniagaan anda, anda harus membuat pinjaman
kewangan atau membuat pelaburan supaya aset perniagaan anda bertambah
dan anda mampu melebarkan perniagaan anda di masa hadapan.
9. Menjadi profesional sejak anda memulakan perniagaan.
Orangg yang terlibat dengan dunia perniagaan sering kali
diklasifikasikan sebagai seorang yang profesional. Oleh yang demikian,
untuk mencapai jaringan perniagaan yang lebih lebar dan ramai, anda
harus mempunyai kad perniagaan supaya mudah anda memperkenalkan
perniagaan anda kepada orang lain. Ianya adalah cara yang profesional
dan sopan.
No comments:
Post a Comment
Any comments??? Please Share...
Sebarang komen??? Silakan...