Tuesday, August 28, 2012

LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA (LLM)


IKLAN JAWATAN KOSONG
LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA (LLM)
Tarikh Tutup Permohonan: 10 SEPTEMBER 2012

Pemohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi jawatan berikut di Lembaga Lebuhraya Malaysia:-


1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG (GRED L 41) 

Taraf Jawatan : Kontrak

Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional

Gred & Jadual Gaji : L41
P1 RM 2,248.08 – RM 5,536.08
P2 RM 2,356.57 – RM 5,855.24
P3 RM 2,469.78 – RM 6,185.55

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
=Warganegara Malaysia;
=Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
=Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
=Lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination); dan
=Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


2. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (GRED F41)

Taraf Jawatan : Kontrak

Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional

Gred dan Jadual Gaji : F41
P1 RM 2,145.88- RM 5,553.48
P2 RM 2,254.37 - RM 5,861.53
P3 RM 2,367.59 - RM 6,196.56

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
=Warganegara Malaysia;
=Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
=Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains Komputer dan Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
=Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
=Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat atau Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
=Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat atau Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
=Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 
CARA MEMOHON
- Permohonan hendaklah dibuat secara on-line melalui laman sesawang Lembaga Lebuhraya Malaysia di alamat http://ejawatan.llm.gov.my mulai 
27 Ogos 2012 (Isnin) hingga 9 September 2012 (Ahad).

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 September 2012 (Isnin).

PERMOHONAN DITOLAK sekiranya:
i) Tidak lengkap;
ii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
iii) Permohonan diterima pada atau selepas tarikh tutup permohonan; dan
iv) Tidak menyertakan jawapan soalan esei bersama-sama borang permohonan


1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
3. Segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga tidak ditanggung oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Any comments??? Please Share...
Sebarang komen??? Silakan...

The Most Popular Traffic Exchange