Wednesday, January 14, 2015

Bagaimana Untuk Jadikan Blog Anda Mesin Jana Wang


blog dan wang

Pertama sekali, ini bukanlah artikel yang dibayar atau ditaja oleh mana-mana syarikat pengiklanan. Ini cuma artikel ringkas mengajak rakan-rakan yang mempunyai blog untuk menambah pendapatan sampingan dengan hanya melakukan aktiviti pemblogan. Bagi mereka yang pada ketika ini masih tidak mempunyai blog, diharap selepas membaca artikel ini, akan timbul minat untuk menulis.

Tentu ada dalam kalangan anda yang pernah terlihat rakan-rakan blogger anda yang dengan bangganya menunjukkan cek hasil pendapatan mereka dengan hanya menulis di dalam blog. Cek-cek ini ada yang bernilai tiga angka, dan ada juga yang sudah mencecah empat angka. Dengan hanya bercerita di dalam blog tentang minat, hobi memasak atau melancong, mengupas perjalanan kehidupan seharian mereka, ditambah dengan kualiti blog yang bagus, blogger ini tadi mampu untuk menarik sejumlah pembaca, seterusnya menjana pendapatan yang boleh dikategorikan sebagai lumayan.

Persoalan seterusnya adalah bagaimana hendak menjana pendapatan menerusi blog? Salah satu yang menjadi pilihan blogger kini, dan yang paling mudah untuk dilakukan adalah dengan pengiklanan blog. Terdapat beberapa agensi pengiklanan yang menawarkan kemudahan ini seperti Google Adsense dan NuffNang. Melalui program PPC -  ‘Pay Per Click’ atau juga dikenali sebagai CPC – ‘Cost Per Click’, blogger akan memperoleh pendapatan berdasarkan kepada bilangan klik yang diperoleh terhadap iklan yang ditaja oleh agensi pengiklanan yang dipaparkan dalam blog mereka. Namun begitu, jika pengunjung tadi tidak mengklik pada iklan yang dipaparkan, bermakna pemilik blok tidak akan menerima sebarang komisyen. Contohnya, Nuffnang sebuah syarikat pengiklanan antarabangsa yang amat popular dalam kalangan blogger, akan memberi sekitar RM0.20 – RM0.25 untuk setiap klik pada kempen pengiklanan mereka, dan wang yang terkumpul hanya boleh dikeluarkan atau ‘cash-out’ setelah mencapai RM50. Selain daripada PPC, terdapat juga program CPM – ‘Cost Per Impression’. Pendapatan untuk program ini akan dikira bergantung kepada jumlah pengunjung yang unik yang diterima oleh blog anda sepanjang tempoh kempen. Contohnya bagi setiap 10 pengunjung yang unik, anda akan menerima RM0.20 dan dikira mengikut jumlah halaman blog yang dilihat oleh pengunjung tadi. Dengan kata lain, jika seorang pengunjung membaca 10 artikel blog anda, maka ini akan dikira sebagai 10 pengunjung unik.

Terdapat juga program affiliate yang merujuk kepada penyediaan ruang atau slot di dalam blog anda untuk pemasaran produk milik syarikat lain. Ia merupakan salah satu teknik menjana pendapatan melalui Internet yang semakin berkembang, dan paling mudah untuk mendatangkan keuntungan. Sebagai ejen affiliate, anda diberi pilihan produk untuk diiklankan, dipromosikan dan dijual di dalam blog anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan mendaftar secara percuma dengan syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengiklanan afiliasi ini, contohnya JomNiaga.com. Kemudian, anda perlu memilih kempen yang bersesuaian dengan blog anda. Sekiranya pengunjung blog tertarik untuk membeli produk yang diklik daripada blog anda, maka secara automatiknya anda akan mendapat komisyen, bergantung kepada jumlah yang diberikan oleh pihak syarikat. Kebiasaannya semakin tinggi harga produk, semakin tinggi komisyen yang akan diterima.

Anda juga boleh menulis slot pemasaran atau ulasan terhadap sesuatu produk di dalam blog anda. Slot ini adalah slot yang dibayar oleh pemilik produk berkenaan. Selalunya anda perlu menyediakan statistik trafik pengunjung, halaman yang kerap dibaca agar pihak advertiser tadi merasa lebih yakin untuk mengiklankan produknya di dalam blog anda. Jadilah seorang yang professional dan berkomunikasi dengan cara yang berhemah sekiranya pihak advertiser tadi melakukan penawaran harga yang patut dibayar untuk slot pemasaran produknya. Terdapat juga blogger yang menggunakan blognya sebagai platform untuk menjual produknya sendiri, tidak kira dalam apa bentuk sekalipun seperti gadget elektronik, sewaan kereta dan sebagainya.

 Selain itu, dengan hanya berkongsi link muat turun fail, dapat juga menjana pendapatan kepada blogger tadi. Terdapat dua cara mudah, iaitu dengan menjadi ‘referral’ kepada blogger lain atau mendapat komisyen bergantung kepada saiz file yang telah dimuat turun. Anda boleh memuat naik apa-apa jenis fail, dan letakkan pautan fail tadi dalam blog anda. Sistem pembayaran akan bergantung kepada kategori dan saiz fail yang anda upload. Kebiasaannya, blogger seperti ini akan menjadikan blog mereka sebagai platform untuk pengunjung memuat turun siri-siri drama tv tempatan ataupun rancangan tv yang menjadi kegemaran penonton.

Untuk mendapatkan jumlah trafik pengunjung yang tinggi, anda sebagai blogger haruslah berdisiplin dan perlu acapkali mengemaskini blog anda, memberi entri-entri yang berkualiti dan gunakan cara penulisan yang betul. Iklan-iklan ini juga haruslah diletakkan di tempat-tempat yang strategik seperti di header blog atau di bahagian-bahagian yang senang dilihat, seperti yang disyorkan oleh pihak pengiklanan sendiri. Selain itu, lakukan promosi blog anda di laman-laman sosial seperti twitter, Facebook dan instagram. Blogger juga perlu kerap melakukan ‘blogwalking’ atau berkunjung ke blog rakan-rakan yang lain. Jangan lupa untuk memasukkan URL blog anda dalam ruangan komen. Jika komen-komen kita tadi bernas, secara tidak langsung kita akan akan dapat ‘menjemput’ pengunjung-pengunjung baru!

No comments:

Post a Comment

Any comments??? Please Share...
Sebarang komen??? Silakan...

The Most Popular Traffic Exchange